Mohd Sayuti Omar
POLIS Kuala Lumpur telah mendapat perintah mahkamah untuk menghalang 99 orang pemimpin dan 66 individu daripada menghadiri himpunan Bersih. Permohonan mendapat larangan ini dibuat oleh polis Kuala Lumpur. Tindakan terbaru ini menunjukkan kerajaan semakin terdesak dengan suara rakyat yang digelombangkan menerusi Bersih.
Antara mereka yang dihalang ialah Presiden Bersih, S Ambiga, Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu, Musydul Pas, Nik Abdul Aziz Nik Mat, Lim Kit Siang dan Anwar Ibrahim. Pemimpin lain sehingga kini tidak disebut.

Tetapi dipercayai bilangan itu akan bertambah dari masa ke semasa, yang akhirnya berakhir dengan larangan ke atas seluruh himpunan berkenaan. Polis dipercayai akan mendapatkan perintah mahkamah untuk mengangkap sesiapa saja yang berlegar di sekitar lokasi himpunan Sabtu depan.
Turut sama disenaraikan dalam larangan itu ialah Presiden Perkasa(m), Inchik Ibrahim Ali dan beberapa yang lain. Sebenarnya polis tidak perlu pun melarang pemimpin Perkasa(m) kerana ia tidak akan memberi apa-apa bekas. Tetapi kenapa larangan itu dibuat untuk menunjukkan polis adil? Ha.. ha.
Secara tidak langsung tindakan polis itu mengikhtiraf pemimpin-pemimpin berkenaan sebagai hebat dan sangat merbahaya kepada UBN. Sudah pasti kalau himpunan Bersih berjaya dan Pakatan Rakyat dapat mengambil alih kerajaan mereka inilah yang akan jadi pemimpin utama. Dari satu segi pemilihan polis menyenaraikan nama-nama itu memang tepat.
Tindakan terbaru itu akan tambah menimbulkan kemarahan orang ramai. Nampaknya kerajaan pimpinan Najib Razak tidak menghirau pandangan pemimpin tua, Dr Mahathir Mohamad yang memberi pandangan tindakan terhadap Bersih akan menyebabkan Umno akan dimarahi rakyat. Kata Mahathir rakyat akan menyuarakan kekesalahan mereka terhadap Bersih dalam pilihan raya akan datang.
Kandatipun polis telah menghalang tokoh-tokoh rakyat tadi saya yakin dan percaya mereka tidak akan menghiraukannya. Orang seperti Ambiga dan Mohamad Sabu akan tetap mengepalai himpunan berkenaan. Saya juga yakin mereka kini sudah berkhayal untuk ditahan di bawah akta keselamatan dalam negeri (Isa). Sebenarnya itulah pejuang tulen yang tidak mudah kecut perut dan menggeletar. Sesungguhnya kezalaiman hanya boleh dihadapi oleh orang yang berani saja.
Kalau orang-orang ini ditangkap ia membayar harga yang mahal kepada perjuangan untuk rakyat.
Lihat kepada keadaan yang semakin tegang, kerajaan tidak akan teragak-agak untuk menggunakan akta zalim itu terhadap mereka yang menggerakkan Bersih. Tindakan terbaru ini juga merupakan perang saraf yang menuju kepada kemuncaknya. Sekiranya pemimpin Bersih gentar atau takut ia boleh menyebabkan himpunan itu gagal. Kemungkinan mereka ditangkap sudah dibayangkan sejak awal-awal lagi.
Itu perkiraan pihak berkuasa. Tetapi lain pula dikalangan rakyat. Penangkapan ke atas mereka akan menjadikan negara ini tidak akan senang untuk selamanya setidak-tidaknya menjelang pilihan raya umum akan datang. Gelombang yang bakal berlaku di masa akan datang adalah terhebat dan belum pernah berlaku, baik di zaman Mahathir atau Abdullah Badawi.
Sebenarnya tempoh perkhidmatan Najib menjadi semakin pendek, dan demam UBN semakin panas mungkin akan membawa sawan selepas ini.
Persoalan dari sisi lain apakah dalam keadaan hari ini polis juga bersekongkol dengan rakyat untuk menjtatuhkan kerajaan UBN pimpinan Najib? Ada kemungkinannya?

Tiada ulasan:
Catat Ulasan