Mutaligat
Program Hi-Tea anjuran MTD Bukit Baru di Kg Musai, Bukit Baru semalam diganggu oleh makhluk yang tidak diundang. Sekatan jalanraya dari kedua-dua arah dilakukan oleh makhluk tersebut menyebabkan jalan menjadi sesak. Selain itu kira-kira 30-40 orang makhluk tersebut ada yang beruniform ada yang berpakaian preman memenuhi jalan masuk ke tapak Hi-Tea iaitu Markaz PAS Cawangan Kg Musai.
Akhirnya ramai masyarakat Tionghua yang ingin turut sama hadir menjamu selera di program tersebut takut dan membatalkan niat mereka. Ini kerana mereka berasa tidak selesa dengan kehadiran makhluk bertopi biru tua tersebut.
Program Hi-Tea yang sepatutnya menampilkan Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berjalan dalam suasana seolah-olah zon perang dengan kereta, lori dan black maria mahluk tersebut memenuhi kawasan tapak Hi-Tea.
sedangkan program itu hanyalah program makan-makan dan ramah mesra.
Lebih memalukan Umno dengan muka tak malu mengadakan ceramah hanya kira-kira 20 meter dari tapak Hi-Tea PAS. Namun makhluk tersebut hanya memandang sahaja tanpa membuat sebarang bantahan dan amaran kepada Umno. Inilah sikap double standard yang melampau-lampau sekarang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan