Sawan Pak Duta Mesir

abu_zaim

Setelah berlalu tempoh seminggu peristiwa pencabulan hak mahasiswa/wi Melayu di Mesir, maka terbongkarlah pelbagai maklumat dan rahsia pembuat angkara. Berkenaan kes seorang pelajar bernama Mohd Firdaus Madzlan yang telah dibuang dari kursus Darul Ifta’, rupa-rupanya TYT Duta Besar Malaysia ke Mesir  Dato’ Dr. Fakhrudin Abdul Mokhti merupakan watak utama operasi penyingkiran tersebut.

Ceritanya begini. Apabila ditanya kepada tenaga-tenaga pengajar di Darul Ifta’ tentang kes ini, rata-rata mereka menjawab sebenarnya Duta Malaysia telah bertemu dengan Mufti Mesir Syeikh Ali Jum’ah untuk membuang seorang pelajar yang bernama Mohd Firdaus Madzlan. Amat malang apabila Syeikh Ali begitu mudah akur dengan adu domba tersebut. Tanda tangan diturunkan, maka tercampaklah Mohd Firdaus dari Darul Ifta’. Betapa jahatnya Duta Malaysia mengadu domba dan betapa mudahnya Mufti Mesir akur dengan umpatan sawan tersebut. MALANG.

Baling batu sembunyi tangan. Walaupun Fakhrudin mempunyai watak lembut ala-ala zapin, ternyata hati sawannya lebih keras berkarat dari bontot kuali. Sesiapa yang pernah berbual dengannya, pasti menyedari bahawa beliau mempunyai penyakit inferior sawan yang melampau sehingga berbual pun terketar-ketar macam tak cukup makan. Samalah dengan Pengarah JPMK dulu yang bernama Dr. Jamil Hasyim. Rupa dan gaya lembutnya saling tak tumpah seperti Dr. Rozmey, pakar pelangsingan. Tapi angkaranya dalam menyusahkan pelajar, wayang di akhirat sahajalah yang mampu menerangkan angkara yang telah diusahakan.

Maklumat yang diperolehi ‘grand plan’ yang dirangka, Fakhrudin dalam keadaan sawan akan mengetuk pintu pejabat setiap institusi pengajian tinggi. Berbekalkan maklumat pelajar dan fitnah secukup rasa, dia akan mendesak pihak universiti agar membuang pelajar-pelajar yang tidak digemari oleh beliau. Pendek kata, bila dia sawan dengan mana-mana pelajar dia akan berusaha membuang pelajar tersebut dengan modus operandi tersebut.

Maklumat ini telah diketahui ramai oleh mahasiswa/wi Mesir. Cerita yang lebih kurang sama dengan Fakhrudin, seorang pegawai Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK) yang bernama Khairi Jalaluddin turut menunjukkan bakat sawannya mengisi borang ke neraka. Seorang pelajar dari Kuliah Ulum Islamiah Universiti Azhar turut cuba dibuang. Apabila dirujuk kepada dekan kuliah, beliau menyatakan bahawa seorang pegawai JPMK berkulit hitam, berbadan gempal dan pendek yang bernama Khairi Jalaluddin telah bertemu dengannya. Dia bersungguh-sungguh dengan sebeban gambar pelajar-pelajar berbaju BERSIH mendakwa bahawa kononnya mereka amat merbahaya dan mempunyai reputasi yang buruk. Mujur dekan tersebut masih rasional timbangan akalnya, menolak fitnah tersebut dan membuat keputusan untuk membela anak-anak muridnya. Inilah ulama’ yang berprinsip!

Dilaporkan 19 Julai kelmarin, seramai 3000 pelajar berhimpun di dataran Haiyu 10 menunaikan solat hajat dan bermunajat ke hadrat Allah meminta perlindungan dan dikurnia takdir yang terbaik. Dikhabarkan kini semua pegawai Kedutaan 1Malaysia ke Mesir dalam ketakutan rentetan dari tindakan spiritual mahasiswa/wi mengadu hal kepada Allah. Fakhrudin apabila ditemui dalam rangka mahasisa/wi ingin menyerahkan memorandum kepada Jamil Khir (nanti kita cerita pula babak penyerahan memorandum), didapati dia dalam keadaan pucat kemerah-merahan jambu tunduk ke tanah seperti tiada tengkuk dan berjalan laju. Khairi pula tidak ditemui, mungkin menyorok di dalam lubang jamban.

UMNO sanggup buat apa sahaja demi melawan Tuhan. Kuburkan UMNO secepat mungkin. Tak nak delay-delay.
-tko-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan