Tindakan Lagak Yahudi Laknatullah!


P Hayat
http://cdn.yanmieonline.com/wp-content/uploads/2011/07/sekatan-polis-bersih-2.0.gifSebak menonton Buletin Utama TV3 yang melaporkan perkembangan Himpunan bersih 2.0 di Kuala Lumpur baru inii. Kalau lima puluh sen harga set tv itusilap hari tiada pasal hancur tv itu.

Memang sudah sehari suntuk berdebar mengikuti perkembangan dari jauh himpunan itu dengan iringan doa moga ia berupaya menjadi pemangkin ke arah pilihanraya bersih dan adil di dalam negara tercinta ini.

Bagi rakyat yang mahu membuka sedikit minda agar bebas dari media konkongan pemerintah, amat mudah membaca modus operandi tindakan polis bagi menggagalkan himpunan aman tersebut.

TV3 melaporkan keluhan warga kota terutama peniaga yang rugi jutaan ringgit kerana tiada pelanggan atau premis terpaksa ditutup, lantas dipersalahkan himpunan Bersih 2.0 sebagai punca.

Hakikatnya, pihak polislah yang bertindak membabi buta menutup berpuluh-puluh jalan utama masuk ke Kuala Lumpur dan memberi amaran keras untuk menangkap semua peserta himpunan. Pengangkutan awam juga diarah dihadkan operasi atau membatalkan seluruh operasinya di pusat bandar Kuala Lumpur pada hari itu.

Skrin-skrin digital di lebuhraya juga buat pertama kalinya memaparkan amaran pihak polis agar rakyat tidak pergi ke perhimpunan itu. Ternyata ia adalah ugutan untuk menakut-nakutkan rakyat yang hendak pergi ke perhimpunan tersebut.

Negara tiba-tiba menjadi seperti negara polis. Apa erti kemerdekaan , demokrasi dan keamanan yang dilaungkan oleh Umno-BN kalau begini?

Malah dari awal lagi provokasi telah dilakukan, kononnya telah dijumpai senjata-senjata berserta bahan-bahan untuk membuatnya berserta baju T kuning bertulis Bersih sebagai justifikasi dengan himpunan tersebut.

Kemuncaknya, pastilah dengan mengkaldaikan media massa kongkongannya khususnya suratkhabar Utusan Malaysia untuk melaporkan secara spekulatif dan provokatif bahawa Kuala Lumpur hari ini akan diishtihar darurat.

Habis, siapa yang berani bergerak. Lengganglah Kuala Lumpur.

Inilah entah yang ke berapa kali akhbar Utusan Malaysia berani secara membabi buta mengambil risiko untuk membuat berita spekulatif dan provokatif tanpa memikirkan risiko besar yang diundang oleh pemberitaan seperti itu.

Etika kewartawanan dan pemberitaan dibakul-sampahkan begitu sahaja oleh Utusan hanya semata-mata kerana menurut telunjuk Umno-BN yang sedang tenat sakit dan sedang menggapai talian-talian hayatnya.

Utusan Malaysia hendaklah bertanggungjawab sepenuhnya kerana ia telah menyebabkan warga KL menjadi panik. Amat wajar tindakan keras dikenakan ke atas Utusan Malaysia.

Amat sadis laporan TV3, menyatakan gedung-gedung perniagaan, kedai-kedai dan warung lengang dan rugi jutaan ringgit disebabkan himpunan Bersih, padahal hakikat sebenar adalah disebabkan oleh tindakan polis yang menutup jalan dan menghalang warga dari memasuki pusat bandar.

Ia disebabkan juga oleh provokasi melampau media massa sejak awal lagi yang memberi tekanan dan ketakutan ke atas rakyat agar tidak menyertai perhimpunan, walaupun telah diberi jaminan oleh penganjur bahawa ia adalah perhimpunan aman sepertimana berjaya dianjurkan ketika Bersih 1.0 pada 2007 lalu.

Ratusan ribu warga malah jika tiada sekatan matlamat 2 juta rakyat yang pastinya setiap orang membawa sekurang-kurang RM100 bersedia untuk berbelanja di Kuala Lumpur pada hari itu.

Justeru itulah penggerak himpunan Bersih dari awal lagi memberi jaminan peniaga tidak akan rugi malah perniagaan akan untung berlipat kali ganda hatta yang menjual air sirap di tepi jalan tidak akan menang tangan pada hari itu.

Lalu ditemuramahlah peniaga yang rugi itu dan sesetengahnya menyalahkan Himpunan Bersih. Seolah inilah modus operandi bagi mewujudkan situasi berkonflik antara peniaga dan penganjur Bersih, biarpun pencetus situasi itu sebenarnya adalah pihak berkuasa.

Peniaga dan warga kota dibiarkan memarahi dan memaki hamun penganjur ‘Bersih 2.0’. Lempar batu sembunyi tangan!

Justeru tidak keterlaluan jika dikatakan tindakan pihak berkuasa itu mirip tindakan Yahudi yang sedang menindas rakyat Palestin. Yahudi menggunakan taktik yang sama, menyekat, menutup jalan dan membuat tembok, membuat provokasi , lalu kesengsaraan yang dialami rakyat Palestin dipersalahkan ke atas rakyat Palestin sendiri.

Apapun hakikatnya, himpunan Bersih 2.0 telah berjaya mencapai matlamat biarpun secara minimum. Gerakan Himpunan Bersih 2.0 begitu ‘touching’ . Ia menyentuh hati nurani rakyat yang cintakan kebebasan dan keadilan dari seluruh negara.

Tinjauan awal akhbar ‘The Star’ yang membuat ‘poll’ mendapati hampir 1.6 juta rakyat menyokong “Bersih 2.0” dibanding yang menentang hanya 14,000 ribu.

Berhempas pulas pula pihak berkuasa samada melalui polis atau media massanya sejak awal lagi memberi penentangan terhadap Himpunan Bersih sudah cukup membuktikan himpunan ini mendapat sokongan majoriti rakyat yang berbilang kaum, tetapi disembunyikan.

Reaksi cemas dari awal itu pasti menggambarkan Umno-BN begitu takut dan cemas dengan kebangkitan rakyat yang akan mempusarakan Umno dari tampak kuasa dalam masa terdekat.

Seperti ungkapan Tuan Guru Hj. Abd Hadi Awang, Presiden PAS yang juga menjadi mangsa tangkapan bahawa perhimpunan Bersih 2.0 ini hanya mukaddimah. Pastinya tsunami lebih besar akan berlaku bila-bila masa bergantung kepada tindakbalas pemerintah khususnya reformasi di dalam pilihanraya.

Jika Najib di dalam kegelabahan boleh memberi ucapan tahniah kepada polis kerana dianggap satu kejayaan operasi mereka, maka rakyat juga boleh memberi ucapan tahniah dan syabas kepada lebih 50,000 rakan mereka yang kental menyahut cabaran menjayakan perhimpunan tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan