Tips kenal penipu dalam Himpunan BERSIH

albangi
Bersih 2.0 logo.png

Tahniah kepada JK BERSIH dan semua penyokong BERSIH di atas istiqamah dan kesungguhan mahu terus mara menjayakan DEMO BERSIH sehingga Seri Paduka Baginda DYMM bersedia membuka pagar untuk menerima BERSIH menghadap dan restu dengan himpunan BERSIH di stadium dan bukan di jalanraya.  Sebelum ini Albangi pernah menyarankan supaya polis berikan permit kepada DEMO -BERSIH dengan sebab-sebab munasabah. 

Tujuan BERSIH jelas, mahukan ketelusan dan profesionalisma dalam proses pilihanraya umum. Sebelum ini kita telah berikan bukti pengundi hantu, 88 pengundi berdaftar gunakan satu alamat rumah, senarai isteri tentera dalam undi pos, tentera undi dua kali iaitu satu dalam kem dan satu lagi di luar kem bagi yang telah pencen, dan pelbagai lagi teknik dan muslihat yang diajar oleh APCO Yahudi  kepada BN-UMNO untuk dijalankan oleh SPR.



 Dengan Himpunan BERSIH di stadium negara ini, pastinya akan ada sabotaj dari pihak yang tidak senang: UMNO yang cuba halang DEMO BERSIH, PERKASA yang hendak bertempur dengan BERSIH kemudian gagal bertemu DYMM Sultan Mizan, dan Polis yang telah tutup pintu rundingan sebelum ini.

Sabotaj ketara dan melampau ialah polis mendakwa mereka terjumpa parang dan T-shirt serta molotov *****tail. Tapi tidak ada orang yang didakwa, bukti diragui, skrip jalan  cerita tidak konsiten dan banyak yang tak kena.

Sabotaj ketara dan melampau lagi ialah sekatan jalanraya pada waktu pagi hari Rabu, Khamis dan Jumaat serta waktu  orang balik kerja pada petang Khamis dan Jumaat serta Sabtu pagi di sekeliling pintu masuk Kuala Lumpur dengan tujuan menimbulkan rasa tidak senang dalam kalangan rakyat kononnya akan berlaku huru-hara.

Sabotaj seterusnya yang amat membahayakan pada 8 dan 9 Julai ialah adalah pihak yang diupah MEMAKAI BAJU KUNING BERSIH samada yang dirampas oleh pihak polis sebelum ini atau yang dicetak baru oleh pihak yang tidak puas hati dan tidak senang dengan Himpunan BERSIH. (Tektik purba ini  sering digunakan oleh Pemuda UMNO menyamar menjadi PAS, memakai baju yang ada lambang BERSIH).

Kelompok ini akan menyamar kononnya mereka adalah penyokong BERSIH dan akan turur sama dalam himpunan. Tetapi kehadiran mereka ialah untuk menimbulkan suasana kelam kabut, kekecohan, dan huru-hara.

Bagimana mengenal mereka ini? Bagaimana mengenal penipu ini? Ini adalah pengalaman kita dalam banyak siri demonstrasi dan ceramah umum yang tidak mendapat permit dan yang dapat permit serta dalam pilihanraya umum. Untuk kali ini:
  • Mereka akan pakai baju BERSIH warna kuning yang sudah banyak mereka rampas dan cetak baru. Oleh itu, wajarlah peserta Himpunan BERSIH jangan pakai T-Shirt Kuning BERSIH, tetapi boleh bawa dan pegang sahaja untuk dikibarkan. Ini bermakna jika ada orang pakai T-Shirt KUNING BERSIH, maka itulah orang yang berpotensi penipu samada orang UMNO, atau PERKASA atau polis penyamaran.
  • Mereka memakai reben warna tertentu, diikat pada lengan baju sebelah kri atau kanan, atau memakai reben warna tertentu pada gelang tangan. Ada juga yang akan ikat reben di bahagian kepada Orang yang pakai reben ini berada dalam kelompok orang ramai dengan nisbah 1:20. Tolong pasang mata betul-betul akan orang yang pakai reben ini.
  • Mereka memakai beg kecil silang atau beg kecil digantung pada pinggang dan kelihatan seperti orang awam.
  • Mereka membawa batu-batu kecil untuk dibaling pada orang ramai supaya suasana jadi kelamkabut, atau mancis atau lighter untuk bakar kertas-kertas yang menjadikan suasana kalut dan serabut.
  • Mereka akan menjerit lebih kuat dari orang lain untuk menunjukkan mereka peserta TULEN dan BERANI dengan harapan dapat membakar semangat orang lain khususnya anak-anak muda untuk mengikut jejak mereka.
  • Mereka juga akan pura-pura bergaduh sesama mereka di beberapa lokasi untuk menarik perhatian orang ramai dan kemudian menimbulkan rasa tidak senang di mata polis dan seterusnya polis atau FRI akan menggempur masuk untuk menangkap orang berkenaan dan ketika itu ada pula orang yang menyamar di situ menyerang polis atau membaling polis supaya suasana jadi lebih cemas. Ini semua lakonan.
  • Jika semua ini berjala dilakukan, maka rakyat akan nampak bahawa Himpunan BERSIH ini memang negatif dan tidak wajar, tidak aman, dan membahayakan keselamatan orang ramai dan negara kononnya.
Apa tindakan tuan/puan? Apa anda harus buat?
  1. Jangan terikut-ikut dengan gelagat orang-orang yang disebutkan di atas.
  2. Pegang orang bekenaan beramai-ramai dan periksa dompet mereka dan pastikan mereka bukan polis dan jika mereka tidak ada kad pengenalan, memang sah mereka polis. Kadang kad kuasa mereka ada dalam seluar dalam mereka. Elok dibogelkan atau diugut untuk dibogelkan. Ini adalah pengalaman kita demo semasa zaman rerformasi.
  3. Diamkan orang itu dan pegang dia sehingga selesai himpunan dan selepas itu barulah  serahkan orang itu kepada pegawai keselamatan dari BERSIH yang terdiri dari Unit Amal atau serah kepada polis.
  4. Ambil foto wajah orang itu atau rakam dalam video dengan menggunakan telefon bimbit anda supaya ia boleh menjadi bukti selepas himpunan nanti sekiranya diperlukan.
  5. Laporkan atau maklumkan kepada pegawai keselamatan dari BERSIH yang terdiri dari Unit Amal.
  6. “Bekukan” orang itu denganapa cara sekalipun supaya himpunan tidak jadi CEMAS atau KELAMKABUT.
Selamat berhimpun BERSIH untuk DEMOKRASI YANG ADIL dan TELUS.
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan