Bapa mabuk, anak 8 tahun pandu trak

NEW ORLEANS: Seorang lelaki mabuk didakwa membenarkan anaknya berusia lapan tahun memandu pikapnya di lebuh raya di tenggara Louisiana semalam, sambil dia tidur di sebelah, sehingga peronda menahan kanak-kanak itu.

Budak itu memandu trak Chevrolet itu berhampiran bandar Holden dengan bapanya tidur di tempat duduk penumpang dan adiknya yang berusia empat tahun di belakang, menurut kenyataan yang dikeluarkan polis Louisiana.

Seorang pemandu menyedari trak itu dipandu tidak tentu arah sebelum menelefon polis.

Peronda yang menahan trak berkenaan di Livingston Paris mendapati ia dipandu kanak-kanak berkenaan sebelum menyoal siasat bapanya, Billy Joe Madden, 28.

Polis berkata, Madden mabuk dan tidur sementara anaknya memandu kenderaan itu dalam perjalanan ke Dallas, Texas.

Lelaki terbabit ditahan dan di penjara atas kesalahan, membenarkan kanak-kanak memandu dan tidak memakai tali pinggang keledar. Madden kekal dipenjara di Pusat Tahanan Livingston Parish kerana gagal membayar ikat jamin berjumlah AS1,474 (RM4,422).

Kedua-dua anaknya diserahkan kepada pihak berkuasa kebajikan sementara menanti seorang anggota keluarga yang boleh mengambil alih penjagaan ke atas mereka, kata polis. 
-Agensi-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan