Datuk termuda Britain: Umur 29 tahun sudah ada cucu?


Keluarga datuk termuda Britain terdiri daripada Shem Davies (dua dari kanan), Kelly, (kanan), Jordan (kiri) dan Tia yang memangku anaknya, Gracie.
LONDON: Datuk termuda di Britain, Shem Davies yang berusia cuma 29 tahun memberitahu, dia akan membantu anak perempuannya, Tia dan teman lelakinya, Jordan untuk meneruskan kehidupan mereka, lapor sebuah akhbar semalam.

Pada awal bulan lalu, Tia yang berusia 14 tahun melahirkan seorang bayi perempuan, Gracie, hasil hubungan intimnya dengan teman lelakinya itu yang berusia setahun lebih tua.

"Pada awalnya, saya agak marah apabila mengetahui anak perempuan saya mengandung. Namun kemarahan itu beransur hilang," kata Shem.

Malah, Davies dan bekas kekasihnya yang berusia 30 tahun Kelly John iaitu ibu Tia, kini gembira dengan kelahiran cucu mereka.

"Saya menerima semua yang berlaku dengan positif," kata Davies.

Sementara itu, Jordan yang menduduki peperiksaan beberapa minggu sebelum Gracie dilahirkan memberitahu, dia sedar tanggungjawabnya sebagai seorang bapa.

"Saya ialah ketua pasukan ragbi sekolah saya, ia seperti memiliki 14 orang anak," katanya. 
-Agensi-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan