Hanya Tinggal 10% Rakyat Yang Masih Menyokong Najib.

Mutaligat
Media Sabtu lalu melaporkan bahawa Perdana Menteri menerima  20,000 ucapan hari lahir sempena hari lahirnyapada 23 Julai lalu. Pada masa yang sama beliau menerima lebih dari 200,000 'ucapan' supaya meletakkan jawatan dalam laman facebook 100,000 gesa PM letak jawatan. 

Alangkah baiknya jika PM meletakkan jawatan dalam Ramadhan ini lantaran kegagalan beliau mentadbir Malaysia khususnya dalam urusan melayani rakyat pada peristiwa BERSIH 2.0, penahanan 6 orang rakyat dengan ordinan darurat, kegagalan mempertahankan hak asasi manusia, kegagalan sistem pilihanraya, kegagalan mempertahankan sistem federalisme, menzalimi rakyat Kelantan dengan menafikan hak royalti minyak dan lain-lain

Sempena bulan baik dan hari baik ini adalah lebih baik kiranya beliau melepaskan jawatannya dan memohon maaf kepada rakyat Malaysia atas apa juga kesalahan dan kezaliman yang dilakukan selama ini. Rakyat sudah akan mengenang beliau sebagai seorang pemimpin negara jika beliau berjiwa besar memohon maaf kepada rakyat.

Jumlah ucapan hari lahir yang hanya 20,000 menunjukkan bahawa rakyat tidak senang dengan pentadbiran beliau. Jumlah itu hanya layak untuk seorang Adun atau Ahli Parlimen biasa. Sudah tiba masanya Perdana Menteri memikirkan masa untuk bersara dengan serius.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan