Patutlah Utusan Meloya bersungguh mempertahankan Dr Rosti Mantan NC UNISEL


Utusan Meloya bersemangat memainkan isu perletakan jawatan Dr Datuk Dr Rosti Saruwono dari jawatan Naib Cancelor Universiti Selangor (Unisel).

Alasan yang diberi oleh Dr Rosti adalah:

"Sah saya letak jawatan berkuat kuasa 3 Ogos (esok). Ada keputusan yang tidak sanggup saya laksanakan iaitu melucutkan jawatan tiga pegawai Unisel tanpa memberi sebab dan tanpa mengikut proses. Selamat berpuasa," katanya kepada Utusan Malaysia melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) di sini hari ini.

Ketiga-tiga orang yang tidak sanggup dipecat oleh Dr Rosti adalah:

1.0 Pendaftar, Rokmaa Mat,
2.0 Dekan Fakulti Perniagaan, Prof. Dr. Khalifah Othman
3.0 Pengarah Pemasaran dan Komunikasi Korporat, Halid Hasbullah

Apa yang tidak dilapurkan oleh Utusan Meloya adalah Rokmaa Mat adalah Mak Saudara kepada bekas Menteri Besar, Khir Toyo.

Ketiga-tiga orang ini telah disiasat oleh sebuah Jawatankuasa yang dilantik oleh Mesyuarat Exco Selangor. Dikatakan laporan dari Jawatankuasa itu membuktikan terdapat banyak kes salahlaku yang melibatkan kewangan serta pemberian kontrak dan juga masalaah moral.

Maklumat yang Tulang Besi dapat adalah disebabkan Rokmaa Mat ini mak saudara kepada Khir Toyo, beliau amat berkuasa di Unisel. Sehingga segala-gala yang berlaku di Unisel dikawal oleh beliau.

Dikatakan juga, Dr Rosti pula adalah seorang penyokong tegar UMNO. MB melantik beliau kerana ingatkan beliau seorang yang professional dan komited kepada tugas Naib Cancellor.

Namun, apabila menduduki jawatan tersebut, beliau terus menyokong “geng UMNO” dan membiarkan Unisel ditadbir seolah-olah Selangor masih diperintah UMNO. Dan Rokmaa Mat ini terus bermaharajalela.

Itu maklumat yang Tulang Besi dapat dari sumber dalaman kerajaan Selangor sendiri.

Bayangkan berapa kali Nurul Izzah tidak dibatalkan program beliau di Unisel. Begitu juga dengan Anwar Ibrahim. Dengan kata lain, Dr Rosti meneruskan penguasaan UMNO ke atas Unisel melalui Rokmaa Mat.

Dan dalam setiap pentadbiran UMNO, mesti ada korupsi. Atas sebab2 ini juga ketiga-tiga di atas mahu dipecat.

Tak hairanlah Utusan Meloya bersungguh-sungguh mempertahankan beliau.

Faktanya adalah Dr Rosti tidak mahu memecat beberapa nama yang salah seorangnya mak saudara Khir Toyo.

Hairan juga. Arahan untuk memecat ketiga-tiga orang ini bukan datang dari MB Selangor. Ianya diputuskan dalam satu mesyuarat yang dihadiri oleh MB Selangor, pegawai2 kerajaan, Dr Rosti sendiri serta kesemua Timbalan Naib Cancelor di Bangunan SUK.

Laporan dari JK Exco itu telah dibentang dalam mesyuarat tersebut bersama-sama dengan segala bukti yang beliau perlu.

Juga, dalam mesyuarat itu, Dr Rosti tidak membantah. Tidak mempersoal hasil laporan JK yang ditubuh Exco Kerajaan Negeri Selangor itu.

Namun, tiba-tiba beliau letak jawatan dan tidak mahu melaksanakan keputusan yang dipersetujui bersama itu. Beliau tuduh pula keputusan itu tanpa sebab dan tidak mengikut proses.

Maka, apabila beliau kata pemecatan itu "tanpa sebab dan tidak mengikut proses" jelas beliau BERBOHONG. Sudah ada JK Khas yang ditubuh Exco bagi menyiasat ketiga-tiga orang ini.

Jelas, perletakan Dr. Rosti adalah kerana beliau tidak sanggup menghapuskan legasi UMNO dalam Unisel. Itu sahaja. Mungkin beliau rasa beliau akan khianat pada UMNO kalau ketiga-tiga orang ini dipecat.

3 ulasan:

  1. MEMANG ANAK AYAM BETOI NAIB CANCELOR PENYOKONG TOTOK UMNGOK@APCO PENGAMPU TOYOL ! SEORANG DOKTOR YANG PENIPU & PEMBOHONG DIBULAN BAIK INI !

    BalasPadam
  2. nak buat macamana lagi , utusan adalah kitab suci orang umno , yang meletak jawatan tu pula jenis darah kumpulan baru iaitu jenis UMNO. Inilah cara dan perkiraan mereka semua.

    BalasPadam
  3. Aslkm buat yg Islam dan salam sejahtera buat yg bukan. Buat penulis blog dn yg tukang komen. Saya kenal rapat dengan Datuk Dr Rosti, maksud saya kenal bermaksud saya sentiasa dapat memerhatikan tabiatnya, prinsipnya, rutinnya dan niatnya. Seperti yg pernah dijanjikan olehnya semasa dia diambil meneraju Unisel mula2 dahulu, dia tak akan biarkan Unisel dijadikan medan utk politik. Tahukah saudara2 yg pemilihannya dibuat sendiri oleh Datuk Khalid, semuanya atas komitmen yg ditunjukkan dan jasa yg dicurahkan beliau dlam pendidikan anak2 malaysia, khususnya golongan bumiputera melayu yg tidak berkemampuan. Beliau juga adalah antara individu yg berhempas pulas mewujudkan UTP. Seorang manusia yg tidak pernah langsung mengamalkan kronism dan yg paling saya respect, beliau hanya akan membantu hanya yg layak dn perlu dibantu. Kemelut Unisel mula muncul apabila Kerajaan Pakatan mengenakan terlalu banyak 'red tape' dalam keputusan pentadbiran. Menyebabkan urusan pentadbiran yg selama ini lancar menjadi kucar kacir dan akhirnya memberi impak kerugian mendadak selepas kerajaan diambil alih oleh Pakatan Rakyat. Datuk Dr Rosti merupakan pejuang pendidikan, seperti yg ditunjukkan sendiri oleh beliau dari seorang anak kampung, dari keluarga yg sgt sederhana, belajar tinggi2 hingga berjaya memegang jawatan yg baik tanpa mempedulikan hal politik. Saya terpanggil utk mengulas disini kerana saya ingin membetulkan komen yang saya rasa amat salah dan seakan menganiaya seorang individu yg selalu berbuat baik dan menjalankan kehidupan hariannya sebagai mana seorang Islam. Jadi yg bg komen tu harap periksa dulu sebelum ikut sedap mulut. Bahaya klu disumpah org yg teraniaya ni.. Aslkm.

    BalasPadam