Penari bogel ditangkap kerana merompak

KERETA yang dinaiki Lee Grace E. Dougherty (gambar kecil) dan dua beradiknya terbabas di sebuah lebuh raya di Walsenburg, Colorado kelmarin.
PUEBLO, Amerika Syarikat (AS): Seorang penari bogel, Lee Grace E. Dougherty dipindahkan ke penjara dari sebuah hospital di sini selepas dia ditangkap ketika cuba melarikan diri dalam satu rompakan kelmarin.

Penari seksi berusia 29 tahun itu ialah anggota geng penjenayah Dougherty yang amat dikehendaki oleh polis AS kerana melakukan beberapa rompakan bersenjata api.

Selain Lee, geng Dougherty dianggotai oleh dua adik lelakinya iaitu Dylan, 26, dan Ryan, 21.

Lee ditangkap setelah dia cedera ditembak polis di salah satu kakinya selepas keretanya terbabas kerana dia mengacukan senjata api ke arah anggota polis.

Dua adiknya turut cedera apabila kereta Subaru Impreza yang mereka naiki bersama Lee naiki terbabas di sebuah lebuh raya dekat sini, negeri Colorado semasa dikejar polis sejauh 32 kilometer.

Kereta mereka terbabas selepas polis menembak salah satu tayar kenderaan mereka dalam adegan mengejar.

Sebelum itu, trio berkenaan merompak sebuah bank di negeri Georgia pada 2 Ogos lalu dengan melarikan sejumlah wang.

Dalam rompakan itu, kumpulan berkenaan menggunakan senjata api.

Polis telah menemui dua raifal AK-47 dan sepucuk pistol MAC-11 di lokasi kejadian.

Seorang anggota polis pada mulanya mengesan kereta yang dinaiki penjenayah tersebut di sebuah stesen minyak menyebabkan adegan mengejar itu berlaku dekat Walsenburg 
-Agensi-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan