Perbuatan khianat! Akhbar Selangor Kini dibuang ke longkang!

MiloSuam
PADA hari rabu lepas (24 Ogos 2011), ReJaM© pergi ke Kajang untuk menikmati Sate Kajang sebagai juadah berbuka hari tersebut.

Selesai berbuka di Restoran Sate Kajang Hj Samuri, kami bertiga singgah menunaikan solat Maghrib di salah sebuah masjid berhampiran di Bandar Kajang.

ReJaM© benar-benar terkejut melihat selonggok akhbar Selangor Kini dibuang di longkang masjid tersebut berdekatan dengan sebuah paip air tempat mengambil air sembahyang dan boleh dilihat dengan jelas oleh jemaah yang hadir.


Longgokan Akhbar Selangor Kini ini dilihat sengaja diletakkan atau dibuang di situ supaya ia menjadibasah dan musnah. Dipercayai ini merupakan satu perbuatan khianat pihak yang tidak bertanggung jawab atau boleh dianggap sebagai satu tindakan sabotaj.

Selangor Kini adalah akhbar percuma keluaran Negeri Selangor yang diedarkan di pelbagai lokasi strategik seperti di masjid-masjid dan surau serta kawasan tumpuan rakyat Selangor.

Ia menjadi medium informasi rakyat Selangor tentang aktiviti kerajaan negeri dan pelbagai berita-berita berkaitan Negeri Selangor. Perbuatan khianat ini amat menyedihkan kerana ia melibatkan pembaziran wang Rakyat Selangor.

Pihak yang berkaitan diminta mengambil tindakan yang sewajarnya agar perkara ini tidak berulang.

ReJaM© "Kalau pun benci dengan Kerajaan Selangor, janganlah sabotaj, duit Rakyat Selangor bukan duit bapak kamu!"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan