PRU-13: Muhyiddin susun strategi, Najib bakal gigit jari?

Detikdaily
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiOGfft9jXaJS8zsyovwR07ftxeD40Cf-cC9k0hZlsMwjwUV8fxqROzoRMyB8o5Q-WpLGREFqmMCNyVvrsNfn6hWlOYOhEmo7M_rw-P8F-OkB2pJalOzrwHbayaap3iWvmxhGEUMNIRJkBv/s1600/muhyiddin_1.jpgTimbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ada membayangkan kononnya pilihan raya umum ke-13 bakal diadakan dalam beberapa bulan lagi. Ada yang menjangkakan daripada apa yang disebut Muhyiddin, kononnya pilihan raya akan berjalan seawalnya pada bulan 10 atau 11.

Tidak kurang juga kalangan pengamal media sendiri menjangkakan selewat-lewatnya bulan Mac tahun 2012. Namun, di tengah-tengah kemeriahan politik hari ini, kelibat Muhyiddin menyesakkan fikiran Najib. Tatkala Najib cuba bertemu rakyat, sementara Muhyiddin memasang strate gi bertemu dengan pimpinan peringkat bahagian, ahli Parlimen dan wakil rakyat di kalangan BN.

Walaupun Najib dan Muhyiddin sebelum ini pernah menafikan isu kononnya mereka bergeseran,namun zahirnya nampak berbeza.

Seperti mana kata Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin yang mendakwa Najib bakal menerima nasib sama dengan Tun Abdullah Ahmad Badawi yang disingkirkan sebagai Perdana Menteri selepas pilihan raya umum ke-12 lalu.

Ia berikutan pertemuan Muhyiddin bersama 100 ahli parlimen BN baru-baru ini yang dilihat sebagai langkah awal TPM meluaskan pengaruhnya. Malah Muhyiddin juga meluluskan geran segera sebanyak RM100,000 bagi setiap ahli parlimen BN yang ditemuinya, satu tindakan yang dianggap membelakangkan Najib, katanya.

Saya tidak menolak kemungkinan bahawa wujudnya konspirasi antara Muhyiddin Yassin bersama ahli parlimen BN (berkenaan) ujar Badrul Hisham.

Ia merupakan proses awal untuk menyingkirkan Najib kerana dianggap gagal memperbaiki rekod buruk BN sejak zaman kejatuhan Paklah, malah dianggap lebih teruk daripada mantan PM itu, kata Badrul Hisham.

Tambahnya pertemuan untuk meluluskan geran berkenaan hanyalah alasan Muhyiddin untuk mendapat sokongan. Beliau seterusnya mengingatkan usaha untuk memerangkap Najib yang dibuat secara tersirat, termasuk mengheret namanya dalam perbicaraan skandal Scorpene di mahkamah Perancis.

Badrul Hisham sebelum ini mendedahkan bahawa Umno berpecah kepada dua kumpulan iaitu Najib yang disokong sepupunya, DatoSeri Hishammuddin Hussein, manakala Muhyiddin mendapat sokongan Menteri Pertahanan, Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Pemudanya, Khairy Jamaluddin.

Zahid Hamidi juga pernah mengumumkan kesediaan kerajaan untuk menjadi saksi perbicaraan Scorpene di mahkamah Perancis, yang disifatkan sebagai cubaan untuk mengenakan Najib.

Ia termasuk pendedahan Zahid mengenai kehilangan enjin pesawat TUDM ketika Najib menjadi Menteri Pertahanan dan TPM, katanya.

Tambah Badrul Hisham, melalui sumber dalaman Umno yang diperolehinya mengesahkan bahawa Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor kini dianggap sebagai liabiliti kepada parti itu. Kerajaan Umno-BN tidak boleh lagi berselindung dengan pergeseran yang jelas berlaku di dalam pentadbiran mereka, dakwanya.

Oleh WAN NORDIN Wan Yaa cob dan MOHD SHAFRI SHAMSUDDIN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan