Adakah Najib sudah buang flip flopnya?.

tokpepijat

Seperti yang dijangkakan, PM Najib membuat satu pengumuman besar dalam sejarah negara yang mana sebelum ini ianya tidak "berani" dibuat oleh PM sebelum ini iaitu Tunku Abdul Rahman,Tun Razak, Husien Onn, Dr.Mahathir dan Pak Lah.

Pengumuman itu disambut baik oleh pengampu Najib walaupun sebelum ini merekalah yang berdegar-degar menyokong ISA. Ulasan merekapun berpusing 360 darjah menyokong PMNajib.

Selain ISA, antara yang turut dimansuhkan ialah Akta Buang Negeri 1956, selain mengkaji semula secara komprehensif Akta Kediaman Terhad 1933, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 serta Seksyen 27 Akta Polis 1967.

Kita menyambut baik pengumuman PMNajib itu yang disifatkan sebagai hadiah Hari Kemerdekaan(ya ke kita merdeka?...sedang British sekadar "penaung" !).

Walaubagaimanapun melihat track record percakapan PMNajib kebelakangan ini, timbul pertanyaan, " Boleh ke percaya 100% cakap Najib? ".

Ini berdasarkan sifat Najib yang turun-naik (flip-flop) semasa isu BERSIH 2.0 tempohari. Awalnya memberi kebenaran menggunakan stadium tetapi akhirnya berdolak dalih apabila BERSIH 2.0 mahu menggunakan Stadium Merdeka.

Apapun buat "sementara waktu", kita boleh lihat dan perhatikan tahap "kejujuran" PMNajib. Kita letakkan beberapa garis pandu buat PMNajib untuk melihat "kejujuran" beliau. Untuk permulaan ini, kita beri DUA sahaja untuk melihat samada liah Najib betul-betul "tidak bercabang" .

Antaranya :

1) Tutup Kem Kamunting. Bebaskan semua tahanan politik.
2) Mansuhkan sepenuhnya PPSM mulai 2012 seperti yang dijanjikan. Tiada lagi kompromi dalam hal ini. Tiada lagi pilihan untuk dwi sistem dalam isu ini. Semua sekolah KPM wajib gunakan Bahasa Melayu sepenuhnya dalam subjek Sains dan Matematik.

Apabila PMNajib lulus DUA PERKARA ujian diatas, ini bermakna PMNajib betul-betul mempunyai LIDAH YANG NORMAL dan boleh dipercayai.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan