Benarkah anak Mat Sabu tuduh Polis jadi dalang bakar rumah mereka?

Mutaligat

Ketua Polis Negara, Ismail Omar menafikan dakwaan anak lelaki Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu iaitu Ahmad Saiful Islam, 23, bahawa polis menjadi dalang dalam cubaan membakar rumah mereka.


“Orang menuduh polis macam-macam jadi timbanglah sendiri, pada saya bila satu kejadian berlaku, kita adalah satu agensi yang telah menekankan selama ini dan akan datang, bahawa kami agensi profesional,” katanya dipetik Bernama Online.

“Kita bersikap terbuka dan adil dengan semua pihak,” katanya selepas Majlis Pelancaran Triaj PDRM di Balai Polis Travers.

Rumah Mohamad atau dikenali sebagai Mat Sabu cuba dibakar oleh individu tidak dikenali selepas disimbah cecair dipercayai minyak tanah, tengah malam semalam.

Apa yang penting, Polis mesti menyiasat perkara ini dengan terperinci dan mengheret sesiapa yang terlibat ke muka pengadilan. Sudah acap kali berlaku insiden di mana Polis menyiasat tetapi tiada tindakan susulan dilakukan terutama yang melibatkan pimpinan PR dan ahli-ahlinya. Kerap kali laporan Polis atau SPRM yang kita buat tidak mendapat khabar berita.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan