Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 8 Sept: Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dicabar supaya menyiasat Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Dr Mohamad Satim yang memberikan tazkitah di sebuah masjid di Kampung Melayu Subang.
Cabaran tersebut dibuat oleh blogger Tulang Besi berdasarkan berita Sinar Harian pada 22 Ogos 2011 melaporkan Ketua Pembangkan Selangor, Satim Diman, telah memberi tazkirah di dalam sebuah masjid di Kampung Melayu Subang.
Mengikut laporan Sinar Harian itu:
Blogger itu menyebut bahawa laporan tersebut tidak dinafikan ataupun ditolak oleh Satim.
“Dan saya yakin Satim Diman tidak pernah mendapat tauliah untuk memberi ceramah agama ataupun khutbah.
“Yang hairannya, mengapa Satim Diman tidak disiasat Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor?
“Mengapa hanya Khalid Samad yang disiasat dan didakwa? Mengapa tauliah yang diberikan kepada Dr Rani Othman ditarik balik?” soalnya.
Justeru, beliau merasakan janganlah diharapkan Jais dan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) bebas daripada politik.
“Saya rasa janganlah kita nak harap Jais dan Mais ni bebas dari politik.
“Saya yakin pernyataan YB Khalid Samad bahawa MaisS dan Jais adalah kubu terakhir Umno di Selangor adalah benar dan sangat benar,” tulisnya.
Tambahnya, teori Jais/Mais mahu membalas dendam terhadap Khalid Samad kerana mengagalkan perancangan Umno di dalam serbuan gereja (DUMC) semakin jelas kebenarannya.
Katanya, mungkin juga ini tindakan balas dendam kerana Khalid Samad antara yang lantang mendedahkan kelemahan Lembaga Zakat Selangor (LZS) yang menyebabkan beberapa orang Islam terpaksa mengemis bantuan dari gereja.
Baginya, tidak seharusnya badan yang menjaga hal ehwal Islam di Selangor menggunakan kuasa mereka untuk membalas dendam sebegini.
“Mais dan Jais harus ingat hadis Nabi s.a.w. yang menyuruh kita takut kepada doa orang yang dizalimi.
Jais Dan Mais marahkan Pakatan Rakyat kerana semasa Umno mereintah Selangor dia orang hanya duduk peluk tubuh masing2 (makan gaji buta) dan bila Pakatan merintah dia orang kena kerja lebih dan dikritik pula tu,marah lah dia orang ni
BalasPadam