Fahami helah terdesak Najib

Detikdaily
http://1.bp.blogspot.com/-1GMuGLdvIb0/TaI3KD9v88I/AAAAAAAAAhY/24k8rq4O6-Q/s1600/najib+pening.jpg
APAKAH Najib betul-betul terdesak sehingga sedia menciplak janji-janji Pakatan Rakyat se perti dimuatkan dalam Buku Jingga?Walaupun tawaran perubahan Pakatan Rakyat lebih luas berbanding beberapa perubahan yang telah diumum Dato’ Seri Najib Tun Razak malam 15 Sept lalu, tetapi ia agak mengejutkan.


Pengumuman oleh Najib itu melibatkan pemansuhan dan pindaan bilangan akta yang banyak, antaranya termasuk:
1.Perlembagaan Persekutuan;

2.Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960; 3.Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Mencegah Jenayah) (No. 5) 1969;

4.Akta Kediaman Terhad 1933;

5.Akta Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 1964;

6.Akta Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 1979;

7.Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984;

8.Akta Buang Negeri 1959;

Kalau Najib memegang kuat kepada prinsip yang berkait rapat dengan pengumumannya, masa yang cukup harus diperuntukkan untuk urusan dewan berkaitan di mana pertimbangan juga harus diberikan kepada urusan-urusan seperti kemungkinan memansuhkan sama sekali keperluan permohonan lesen penerbitan dan digantikan dengan pendaftaran bersifat administratif, menghadkan kuasa Menteri dengan mengizinkan keputusan Menteri dicabar dalam Mahkamah dan sebagainya.

Namun, apa yang diperlihatkan Najib hanyalah tentang kisah lambat dan lembab Umno dalam menangani kebobrokkan dan menyantuni kehendak rakyat.

PAS dan Pakatan Rakyat telah lama menentang akta zalim ISA, malah ketika Umno mempertahankan akta drakonian itu, ramai pemimpin PAS dan pembangkang disumbat ke Kem Tahanan Kamunting.

Apa yang boleh dikatakan, akhirnya Umno-BN tunduk dengan tuntutan rakyat dalam Buku Jingga yang diļ¬tnah dan dicaci-cerca oleh pemimpin Umno selama ini.

Dalam keadaan terdesak, diakui Najib terpaksa mengambil tindakan drastik dalam percubaannya untuk mendapatkan sokongan rakyat. Kalau selepas Pilihan Raya Umum 2008 Umno memerlukan Najib dengan retorik dan popularitinya untuk menenteramkan kemarahan rakyat terhadap Umno, kini populariti Najib jatuh dan dilihat sebagai liabiliti Umno yang bakal menenggelamkan parti itu kalau dibiarkan terus memegang tampuk pimpinan.

Mahathir baru sahaja menyarankan agar jangan diawalkan pilihan raya umum akan datang, Najib pula mengambil tindakan yang bercanggah dengan kemahuan Mahathir seperti yang pernah dilakukan oleh Pak Lah, dengan membuat pengumuman pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan seumpamanya yang dilihat sebagai indikator ketibaan pilihan raya umum dalam jangka masa yang lebih pendek.

Tindakan tersebut juga dapat dilihat sebagai percubaan Najib untuk mendapat sokongan rakyat agar dapat berdiri teguh sebagai seorang pemimpin negara yang memegang kuasa dan membuat keputusan.

Maksudnya Najib enggan menunduk kepada kuasa dalaman Umno yang semakin hari semakin tidak puas hati de ngan beliau dan juga peranan Rosmah dalam pentadbirannya.

Apabila wujud sebuah parti yang memberikan harapan, adalah wajar pemimpin bermasalah dalam parti tersebut ditukarkan agar parti tersebut dapat bertindak secara gagah membawa perubahan secara dasar kepada negara.

Tetapi, apabila wujud sebuah parti yang terlalu korup sifatnya, tidak cukup sekadar menukar pemimpin dan mengharapkan pemimpin baharu dapat membawa harapan baharu berlandaskan sebuah parti yang korup.

Harapan baharu datang daripada perubahan secara dasar dan pembaharuan keseluruhan. Dalam konteks Malaysia hari ini, pertukaran parti yang memerintah lebih penting daripada pertukaran pemimpin sebuah parti. Jangan lagi rakyat mengulangi sejarah pertukaran pemimpin Umno tanpa menukarkan Umno itu sendiri. Sebarang tindakan drastik setelah mengambil kira percaturan politik realiti tidak bermakna parti yang memerintah mampu berubah secara dasar dan menyeluruh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan