Kebocoran gas punca letupan kompleks beli belah Subang Jaya

SUBANG JAYA 28 SEPT : Operasi mengesan mangsa terperangkap di dalam sebuah letupan di kompleks beli belah Subang Jaya awal pagi masih dijalankan oleh pihak berkuasa.

Menurut laporan wartawan kita, keadaan di Empire Shopping Gallery adalah terkawal selepas letupan jam 3.45 pagi yang memusnahkan sebahagian besar aras bawah bangunan itu yang menempatkan kedai dan restoran.

Setakat ini empat pekerja yang cedera dan terperangkap di dalam letupan itu berjaya diselamatkan.

Dalam perkembangaan terbaru, seorang wakil pejabat ADUN Subang Jaya Hannah Yeoh tampil menyampaikan makanan tengahari kepada petugas yang bertungkus lumus menjalankan operasi menyelamat sejak awal pagi.

Yeoh sendiri tampil melawat tempat kejadian sekitar jam 6.45 pagi.

Penolong pengarah operasi Bomba Selangor Mohd Sani Harun menjelaskan keadaan setakat ini adalah terkawal. Letupan itu dipercayai berpunca daripada kebocoran gas di aras bawah, dia berkata.

“Setakat ini kami masih menjalankan siasatan dan kawalan, kami membawa empat unit forensik, kimia, siasatan dan penyelamat yang kesemuanya 50 anggota,” Mohd Sani berkata ketika di temui.
-tvsnews-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan