Kisah MAT INDERA Mahu Disamakan Dgn Kisah FIRAUN Di Dlm AL-QURAN Oleh YB KERDAU

WFAUZDIN NS


SEORANG `ustaz' iaitu Adun Kerdau, Pahang, YB Syed Ibrahim Syed Ahmad semalam mengulas tentang isu yang kini hangat diperkatakan iaitu berkenaan Mat Indera, tokoh yang diangkat sebagai Pejuang oleh Mat sabu, Timbalan Presiden PAS. Kenyataan Syed Ibrahim disiarkan di dalam akhbar Sinar semalam dan kenyataan beliau tersebut sudah cukup menggambarkan YB ini tidak tahu hujung pangkal isu Mat Indera yang sedang diperbahaskan.


Beliau menggesa rakyat di negara ini tidak mudah terpedaya dengan bukti yang dikemukakan oleh Mat Sabu iaitu sebuah buku yang dikeluarkan oleh Yayasan Johor bertajuk " Pengukir Nama Johor" yang menyenaraikan Mat Indera adalah tokoh yang termasuk di dalam Pengukir Nama Johor

Lojikkah Pengukir Nama Johor dipilih dari kalangan Komunis? Sudah tentu tidak, apatah lagi buku tersebut diiktiraf oleh Kerajaan Negeri Johor sendiri bahkan di dalamnya tercatat kata-kata aluan dari MB Johor.

Melucukan apabila Syed Ibrahim membawa contoh Al-Quran yang juga menyebut nama Firaun di dalamnya. Soal beliau, adakah Allah sebut nama Firaun maka Firaun dianggap pejuang? Teramat dangkal pemikiran YB yang dikatakan berkelulusan agama ini, yang hanya berhujah seperti menggunakan kepala lutut. Memanglah Allah sebut nama Firaun dan banyak lagi nama lain di dalam Al-Quran termasuk juga nama Abu Lahab dan juga nama-nama Nabi. Tetapi, setiap nama yang tercatat di dalam Al-Quran ada kisah dan penceritaannya.

Maksud YB Kerdau ini, kita jangan percaya pada buku yang tertulis nama Mat Indera yang disebut sebagai Pejuang itu kerana di dalam Al-Quran nama Firaun juga disebut sedangkan Firaun bukan Pejuang. Kita mahu memberitahu YB Kerdau, nama Firaun disebut di dalam Al-Quran seperti juga nama Abu Lahab disebut dengan kisah pendurhakannya terhadap Allah. Begitu juga dengan nama Mat Indera, disebut dengan kisah perjuangannya menentang British. Paling jelas, kisah Mat Indera diceritakan di dalam buku yang bertajuk "Pengukir Nama Johor". Ertinya, Mat Indera adalah salah seorang dari `Pengukir Nama Johor'. Komuniskah `Pengukir Nama Johor' ini?

Sewajarnya atau paling bijak jika YB Kerdau ini mahu agar nama Mat Indera disenaraikan sebagai Komunis, beliau patut menggesa agar MB Johor mengharamkan buku tersebut dan menarik balik pengiktirafan MB Johor terhadap `Pengukir Nama Johor' itu. Bukannya membuat perbandingan yang jauh lari dari perbahasan.

Jelas pada kita, kebanyakan pemimpin Umno semakin celaru untuk berdepan dengan isu yang ditimbulkan oleh Mat Sabu ini. Terbaru, seorang Prof bernama Zainal Kling pula menyatakan Mat Indera ini ada dua jiwa, iaitu Pejuang dan Petualang. Lagi berserabut Prof ini punya kenyataan. Seorang lagi Pakar Sejarah yang terkenal dengan sikap `kipas' Umno nya menyebut, sebenarnya negara kita tidak pernah dijajah. Prof Ramlah Adam sebut, “PKM yang berasal dari luar negara mahu menakluk negara ini walhal dari segi perundangan Tanah Melayu tidak ditakluk oleh British.” Ini kerana British tidak mengambil alih kuasa Sultan dan negeri-negeri Melayu ialah negeri naungan. Hanya Pulau Pinang dan Melaka ialah negeri jajahan takluk mahkota." (Free Malaysia Today). Jika tidak pernah dijajah, buang masa sahaja setiap tahun kita menyambut Hari Kemerdekaan. Ulasan apa yang Prof Ramlah sebut, anda boleh baca di dalam blog ASD di sini.

Begitulah keadaannya apabila Umno sudah semakin pening. Sasaran mereka sering tersasar menjelang PRU ke 13 akan datang. Semua isu mereka gagal bahkan menimpa ke atas batang hidung mereka sendiri, apatah lagi muncul orang seperti YB Kerdau ini yang langsung tidak tahu punca ingin juga mengambil bahagian untuk mengulas./wfauzdin.blogspot.com

2 ulasan:

  1. salam,
    mohon tukar link dgn Tuan admin. Blog tuan saya dah link. TK.

    http://utusanm.blogspot.com/

    BalasPadam
  2. Ini lulusan agama apa? Menyamakan firman Allah dengan penulis buku. Betul2 sesat? Ini tahap syirik, sebab nan mengampu sanggup menyamakan firman Allah dengan tulisan manusia...

    BalasPadam