Malaysia Sebenarnya Telah Berjaya Di “Murtadkan” Secara Sah Sejak 31/08/1957 Lagi

Tok Janggut
Sejak akhir-akhir ini timbul pula isu kemerdekaan. UMNO kelihatan sungguh tidak selesa, kelamkabut dan panas kerana bimbang rakyat akan tahu tembelangnya yang selama ini telah menyelewengkan faktar sebenar bagaimana boleh British yang beragama Kristian dengan begitu mudah memberikan kemerdekaan kepada negara kita tanpa perlu menumpahkan darah dari pihak UMNO dan tidak ada seorang pun dari kalangan UMNO yang mati kerana menuntut kemerdekaan dari penjajah dahulu. Persoalanya kenapa dan mengapa British sangat bermurah hati dengan UMNO ketika itu?

Sejarah telah melakarkan sejak berzaman lagi bahawa pihak musuh Islam terutamanya golongan Kristian yang menjajah negara-negara umat Islam dimana saja di dalam dunia ini tidak akan memberikan kemerdekaan dengan mudah termasuk dengan cara rundingan atau sebagainya. Pada zaman ini kita lihat bagaimana umat Islam, para mujahidin, pejuang Islam terpaksa menggadaikan nyawa semata-mata untuk menuntut kemerdekaan ke atas negara mereka seperti Kashmir, di Filipina, Selatan Thailand, di Palestin dan dimana saja pun.

Tetapi mengapa UMNO begitu mudah? Sejarah telah membuktikan bahawa sepanjang negara kita dijajah oleh British, UMNO adalah petualang dan barua yang bekerja siang malam untuk mendapatkan maklumat terhadap penentangan yang dilakukan oleh pejuang Melayu Islam tulen yang berkumpul di dalam hutan belantara untuk di lapurkan kepada pihak British. Polis atau mata-mata yang bersekongkol dengan British adalah talibarut penjajah yang bertugas untuk menangkap pejuang kemerdekaan untuk diserahkan kepada British untuk dihukum termasuk di pasung atau dibunuh, termasuk di rumah pasung Bukit Kepong itu. Walaupun komunis bertindak kejam ketika itu, tetapi kekejaman mata-mata dan puak UMN O yang dibayar oleh British untuk menangkap pejuang kemerdekaan untuk dibunuh ketika itu adalah lebih kejam, hina dan memalukan. Kini komunis sudah tidak wujud lagi tetapi talibarut dan barua penjajah yakni UMNO masih terus hidup dan terus berkuasa untuk melaksanakan ideologi dan arahan British sehingga bila-bila selagi mereka berkuasa.

Kita harus melihat peristiwa besar kekalahan tentera Kristian dalam Perang Salib. Setelah kalah, Ketua Paderi mereka telah memanggil semua mubaligh-mubaligh mereka kembali ke Vetican untuk diberi arahan dan tektik baru untuk melumpuh dan merosakan aqidah umat islam secara halus, terancang dan tanpa disedari oleh orang Islam. Antara kata-kata ketua Paderi mereka ialah " Ingatlah wahai semua, kita telah kalah dalam peperangan Salib, kita sudah tidak mampu untuk mengalahkan tentera Islam dengan cara menggunakan senjata kerana semangat jihad mereka. 

Oleh itu, kita terpaksa mengubah strategi kita untuk merosakan aqidah dan akhlak mereka supaya mereka sama seperti kita. Kita tidak perlu mengajak mereka untuk menukar agama kepada agama kita kerana mereka sudah punya agama. Kita biar mereka solat, berpuasa, bayar zakat, pergi haji, buat masjid, buat tempat mereka mengaji kitab mereka, tetapi kita hampir dan bisikan kepada mereka supaya mereka sentiasa ragu dan kurang yakin dengan hukum dan syariat agama mereka. Jika kita berjaya melakukan ini, sesungguhnya mereka itu sebenarnya sudah mengikuti agama kita dan telah bersama kita. Kita pengaruhi mereka agar mereka tidak benarkan politik Islam tidak diajarkan didalam tempat ibadah mereka, biarkan mereka menganggap bahawa agama dan politik mesti dipisahkan. Dengan ini juga mereka telah mengikuti agama kita, jika kita berjaya, maka kita bantu mereka dan berikan apa saja yang mereka mahu sehinggakan mereka merasakan kita mengajak mereka ke arah kebaikan tanpa mereka sedar bahawa mereka telah kita "murtad"kan dari agama mereka tanpa mereka sedar".

Dan dari apa yang telah berlaku sejak peristiwa perang salib itu, pihak Krisitian tidak pernah berputus asa untuk menjalankan arahan ini terhadap pemimpin negara umat Islam. Antara kejayaan mereka ialah di negara kita pada tanggal 31hb. Ogos 1957. UMNO mendabik dada kononya mereka jaguh dan hero dalam menuntut kemerdekaan dari British tanpa mereka sedar mereka telah ditipu dan dipengaruhi oleh penjajah untuk dirosakan aqidah mereka. Seperi firman Allah' Tidak sekali-kali orang Yahudi dan Nasrani itu meredhai kamu sehingga kamu tunduk dan ikut agama ajaran, budaya dan cara hidup (termasuk undang-undang) mereka" (Al Baqarah ayat 120). Ayat ini membuktikan bahawa British telah berjaya mengkristiankan Undang-undang dan perlembagaan negara dengan kerjasama UMNO ketika itu maka penjajah bersetuju memberikan kemerdekaan melalui UMNO dan sehingga hari ini. 

Itu sebabnya kita tidak akan berjaya mendaulatkan syariat islam selagi UMNO memerintah kerana mereka adalah serpihan atau barua British yang terus taat setia dengan perjanjian mereka dulu tanpa disedari dalam masa yang sama aqidah mereka telah dirosakan secara halus dan terancang. UMNO cukup bermegah dengan menjaja bahawa Islam adalah agama rasmi negara, ye, betul ....... tetapi apa gunanya jika sekadar digunakan untuk merasmikan majlis UMNO? Islam yang dibawa oleh nabi ialah untuk didaulatkan di bumi Allah ini, bukan hanya untuk dijadikan untuk "rasmi'. 

Sebenarnya pihak British dan Kristian sudah lama ketawa melihat Melayu UMNO yang telah berjaya mereka tipu dan sesatkan ini. Puak mubaligh Kristian tidak perlu lagi bersusah payah untuk merosakan aqidah umat Islam dalam negara ini kerana semua tugas dan perancangan mereka sudah dan sedang dilaksanakan oleh UMNO.

Kita lihat sahaja imam-imam surau atau masjid di kampung-kampung yang totok UMNO sehinggakan jika ada ustaz yang mengajar bab politik yang berkaitan dengan hukum hudud, qisas, ekonomi Islam, pendidikan Islam, bab pergaulan, bab tutup aurat dan sebagainya, kita akan lihat begaimana marah dan melentingnya imam-imam ini sehinggakan ada ustaz tersebut tidak lagi dibenarkan mengajar di rumah Allah itu. Alasan jahiliyahnya ialah ustaz itu bercakap tentang politik dan bercanggah dengan dasar UMNO, katanya. Oleh kerana jahil bab tauhid, imam tersebut lupa bahawa politik berkaitan hudud dan qisas itu adalah dari Allah dan Rasul, dan diambil dari Quran dan Hadis tetapi dilarang pula untuk disampaikan kepada jemaah di dalam rumah Allah. Pelik bukan? Ini membuktikan bahawa imam-imam tersebut jika dari tajwid, lagu dan sebutanya cukup hebat tetapi dari segi aqidah dan tauhidnya jelas nampak hancur dan rosak. Jadi, apakah kita sanggup untuk menjadi makmum dibelakang imam yang jelas rosak aqidahnya ini? Ini juga adalah antara kejayaan Kristian sejak 31 Ogos 1957 dulu. 

UMNO sibuk kononya ada orang Islam murtad dengan menukar agama dari Islam kepada agama lain, tetapi UMNO tidak sedar bahawa dengan menyatakan keraguan dan ketidakyakinan mereka terhadap undang-undang dan syariat Islam itu juga boleh membawa kepada murtad. Ini adalah agenda British ketika bersetuju untuk memberi kemerdekaan kepada negara kita dengan bersyarat yang dipersetujui oleh UMNo ketika itu dan antara syaratnya ialah jangan benarkan syariat Islam dilaksanakan dalam negara ini kerana ia akan menyekat pembangunan, pendidikan, ekonomi dan berbagai lagi rekaan puak British yang termakan oleh UMNO ini kerana kejahilan mereka sendiri dalam ajaran Islam. 

Kata-kata seperti "hudud itu zalim, "hudud tidak sesuai" "hudud bakal mencetuskan huruhara", undang-undang sedia ada sudah cukup baik dari syariat islam", "jika potong tangan orang Islam tidak boleh buat kerja", semua agama sama saja dan berbagai lagi. Tahukan UMNO bahawa semua keraguan mereka ini adalah hasil perancangan halus golongan kristian untuk menjadikan mereka murtad tanpa mereka sedar? Apa yang menyedihkan ialah, setiap orang yang menyokong UMNO juga turut sama mendapat sahamnya dan terus sesat sampai ke hari ini hasil usaha pemimpin UMNO dahulu. Tidak mustahil jika dikatakan bahawa orang Islam yang murtad dengan cara mempertikaikan syariat Allah dan Sunnah Nabi sebenarnya lebih ramai dari yang murtad secara terangan menukar dari agama Islam kepada agama lain. Tetapi tidak diheboh atau dibimbangkan serta tidak berani diambil tindakan kerana ia melibatkan golongan atasan, golongan berkuasa, golongan bangsawan dan golongan yang dilindungi oleh bekas-bekas penjajah dulu.

Yang peliknya ada juga tokoh agama yang sanggup lagi menyokong UMNO, memuji pemimpin UMNo semata-mata kerana pangkat, kuasa dan wang. Inilah golongan yang menjual agama dan akan dimasukan ke dalam neraka dalam keadaan isi perut terburai kelak.

Jika umat islam mengaji dan mendalami ilmu tauhid yang berkaitan dengan sifat-sifat Allah, insyaallah hati-hati mereka akan Allah tutupkan dari terpengaruh untuk menyokong UMNO kecuali mereka yang tidak mendapat hidayah Allah dan sengaja memilih jalan kesesatan, kerana menyokong talibarut British/Kristian ini termasuk dalam dosa syirik.

Oleh itu, apa yang diperkatakan oleh Mat Sabu itu adalah cerita sebenar dan dengan sebenar-benarnya. Hanya UMNO telah mengubah sejarah dan menipu orang Melayu hidup-hidup dan terus diperbodohkan oleh UMNO. Jika Pakatan Rakyat berjaya ke Putrajaya kelak, semua sejarah ini akan diperbetul dan didedahkan dengan sebenarnya kepada rakyat kelak, baru UMNO tahu nanti. Insyaallah. Kini UMNO telah bersahabat pula dengan musuh kedua umat Islam yang lebih bahaya dari Kristian iaitu Yahudi/APCO. Maka sesatlah UMNO sejak dulu, kini dan selamanya. UMNO tidak peduli samada mereka sesat, syirik atau murtad dengan tindakan yang mereka buat asalkan mereka boleh terus berkuasa dan meneruskan agenda British dulu. Setelah UMNO berjaya mengkristiankan undang-undnag negara ketika merdeka dulu, kini UMNO bersahabat pula dengan Yahudi....dan yang terbaru UMNO cuba meng"indon"kan dan meng "Israel"kan negara kita pula supaya terus rosak, punah dan sesat. Tindakan ganas polis dalam Bersih 2 lalu sebagai bukti bahawa polis kita sudah diresapi oleh akhlak dan pemikiran ala zionis atas arahan dan perancangan UMNO laknatullah itu.

Ingatlah kata-kata Dr Hamka dalam salah satu Kitab Tafsir Al Azharnya bahawa ‘mana-mana umat Islam yang mengatakan bahawa Islam itu mesti diasingkan dari politik atau tidak boleh dicampuradukan sekali, tidak boleh diperkatakan dalam rumah Allah, maka orang itu jadi kufur dengan sekufurnya (murtad)'. Wallahualam. 
-tranungkite-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan