Mohd Sayuti Omar
SEHARI dua ini media massa penjilat buntut UBN telah melancarkan serangan ke atas timbalan presiden Pas, Mohamad Sabu. Isu yang dikaitkan kali ini ialah kononnya Mat Sabu sokong komunis. Ia bermula dengan ucapan atau ceramah Mat Sabu mengenai kemerdekaan pada bulan lepas di Pulau Pinang.
Dalam ucapan itu Mat Sabu dilaporkan telah mengikhtiraf pihak yang menyerang dan membunuh keluarga polis dalam peristiwa Bukit Kepong (1950) sebagai hero atau perjuang kemerdekaan sebenar. Mat Sabu mengikhtiraf bahawa Mat Indra sebagai hero yang sebenarnya.
Mereka yang tahu menilai dan arif meneliti sejarah tidak akan mudah terkaget dengan dakyah itu. Memang dalam konteks sebenarnya penyerang Balai Polis Bukit Kepong itu terdiri daripada pasukan yang mahu membebaskan negara ini dari penjajah. Balai Polis berkenaan adalah di bawah kuasa Bristish yang menjajah negara ini pada ketika itu.
Saat itu dalam konteks orang Melayu negara ini belum milik Melayu. Atau ia bukan kerajaan Melayu (Malaysia). Malaysia belum merdeka dan berada di bawah pemerintahan British. Jadi pasukan penyerang itu adalah salah satu pasukan atau puak yang ingin memerdekakan negara ini. Apa yang perlu difahami apakah pasukan yang berjuang untuk mendapat kemerdekaan dan menghalau sejarah itu salah?
Itu hakikat dan realitinya. Jadi kalau Mat Sabu mengatakan pasukan penyerang itu adalah hero ia adalah benar dan satu kenyataan yang tidak boleh ditolak dengan apa dalil pun dalam konteks perjuangan membebaskan negara dan bangsa. Cuma di dalam hal ini apa menyebabkan kita merasakan sedikit kontras (mengelirukan umum) dengan pengikhtirafan Mat Sabu itu ialah kerana yang menjadi mangsa serangan itu Melayu beragama agama.
Tetapi perlu diingat jangan pula kerana yang terlibat itu orang Melayu dan Islam mudah kita menerima ia sebagai satu kebenaran? Tidak begitu di dalam memahami sejarah atau pun hubungan peristiwa berkenaan dengan kemerdekaan kita. Sejarah tidak boleh dipesongkan kerana ia ada fakta tentangnya.
Sepatutnya dalam hal ini kita tidak perlu melihat kepada sentimen agama dan bangsa. Yang patut dinilai ialah siapa mereka itu atau apakah kedudukan mereka ketika itu menempati kebenaran? Mereka yang menjadi polis atau tentera yang bekerja dengan British tetap dianggap sebagai berkerja atau berkhidmat di pihak yang tidak benar.
Mungkin sudah menjadi tektik British meletakkan orang Melayu di depan untuk menjadi benteng mereka, dalam kata lain kita hanya menjadi pengawal kepada usaha mengekalkan kuasa mereka saja. Jelasnya di sepanjang pemerintahan British orang Melayu menjadi alat kepada kolonial itu.
Saya rasa kalau yang mati itu bukan Melayu ia tidak akan menjadi masalah hari ini. Kenapa? Kerana kita mudah menerima apa-apa yang dilakukan oleh bukan Melayu dan bukan Islam itu sebagai jahat. Ini menunjukkan kita dalam menilai sesuatu bukan kepada fakta dan situasi sebenarnya tetapi masih berlegar kepada soal bangsa dan agama. Sentiman kaum dan agama terlalu kuat menghujam kita sehingga kita terpesong dalam memahami erti hidup yang sebenarnya. Lantaran itu kehidupan kita seharian dalam apa benda pun penuh dengan bidaah dan sayrik.
Pada saya kalaupun siapa dia tetapi dia mempertahankan kemungkaran - kerajaan penjajah adalah kerajaan mungkar, ia perlu ditentang kerana ia bersubahat dengan kemungkaran. Demikian dengan 25 anggota polis yang meninggal itu adalah mereka yang bersubahat dengan kemungkaran mempertahankan penjajah British. Persubahatan itu mungkin tanpa disedari mereka sendiri.
Jadi kalau semua pihak faham apa yang Mat Sabu utarakan itu ia tidak menjadi masalah. Apakah kerana seseorang itu Melayu dan Islam apabila ia terlibat dengan kegiatan mungkar kita perlu menyokongnya? Tidak... benar tetap benar dan inilah dipraktikan oleh kerajaan UBN selama ini.
Hal atau sejarah Bukit Kepong itu samalah dengan apa yang kerajaan UBN lakukan kepada peristiwa Memali iaini Ibrahim Libya dan pengikutnya. Pembunuhan terpaksa dilakukan kerana kerajaan memutuskan kegiatan Ibrahim Libya itu memberhaya kepada negara. Jadi tanpa mengira siapa Ibahim dan pengikutnya ia dibunuh dengan kejamnya. Kenapa pula dalam kes Ibrahim Libya ini tidak ramai orang Melayu mengambil kira soal sentimen agama dan bangsa? Kenapa kerajaan UBN bunuh?
Demikian juga dengan kumpulan al Mauanah yang diketuai oleh Mohamad Amin. Walaupun Amin itu Islam tetapi kerana aktivitinya mendatangkan kemudaratan kepada kerajaan Yang di-Pertuan Agong ia dianggap sebagai pengkhianat tanpa melihat dia seorang Islam dan Melayu. Anihnya kenapa pula pembunuhan ke atas Ibrahim Libya, Mohamad Amin dan lain-ain itu tidak dianggap sebagai kezaliman? Kenapa tiada kecaman seperti kecaman ke atas Mat Sabu itu dalam kes ini? Kenapa?
Inilah sikap atau pun kesedaran double standard orang kita terhadap sesuatu isu atau peritiwa. Selagi sikap ini terus kekal dan memantap dalam diri kita maka jauh lagilah untuk kita mendapati kebenaran dalam hidup dan akan terus terkeliru yang akhirnya kekeliruan itu menimbulkan polimek dan menjadikan kita terus bergaduh. Orang Melayu hari ini bergasak sesama sendiri disebabkan berlaku kekeliruan dan berpegang kepada teras yangb tidak jelas.
Seluruh kekuarga polis yang mati diserang di Bukit Kepong itu harus menerima hakikat ini. Bahawa kaum kerabat, ayah atau datuk mereka mati bukan mempertahankan hak Melayu dalam erti kata sebenarnya. Mereka bukan mati mempertahankan kemerdekaan atau inginkan kemerdekaan. Tetapi mereka mati kerana mahu mempertahankan kerajaan British yang menjaja bangsa dan budaya kita.
Makanya tanpa merasai sentimen mereka adalah Melayu dan Islam perbuatan mereka itu bukan sesuatu yang perlu dikenang dan diagungkan melewati kewajarannya. Saya menyokong pendapat mengatakan kekeliruan kita dalam menerima siapa hero sebenarnya ini disebabkan putar belit dalam sejarah negara ini yang didongenagkan demi kepentingan penjajah.
Di sini saya ingin menurunkan kata-kata yang pernah dilapazkan oleh bekas tokoh Umno dan perjuang Melayu, Allahyaraham Abdul Ghafar Baba. Katanya apa salahnya kalau komunis itu Islam? Mesej yang beliau hendak sampai, Ghafar sendiri tidak menghukum perjuangan di hutan orang Melayu menerusi PKMM itu sebagai salah ataupun mereka adalah menentang Tuhan.
Mungkin Ghafar sepanjang hayatnya tidak mahu bercakap seperti Mat Sabu bagi membetulkan sejarah kerana kedudukannya di dalam Umno ketika itu cukup lumayan namun dari kata-kata itu dapat ditafsirkan bahawa Allahyarham Ghafar menerima kesucian dan kekudusan perjuangan PKMM.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan