Pendedahan kad pengenalan palsu

Suhaizan Kayat
Berdasarkan kepada maklumbalas yang saya terima, terlalu ramai yang berminat untuk mengikuti pendedahan saya berkenaan lebih 10 ribu kes kad pengenalan yang berkemungkinan besar palsu seperti yang telah dikemukakan pada minggu lepas. Seperti yang dijanjikan saya akan keluarkan maklumat terbabit setiap hari bekerja, satu hari sepuluh data.

Saya tidak akan menentukan mana satu kad pengenalan yang palsu. Saya serahkan kepada rakyat Malaysia untuk menentukan mana yang palsu dan mana yang benar. Saya juga mohon kepada pemilik kad pengenalan sebenar agar dapat menampilkan diri membuat penjelasan.

Saya percaya ada pihak tertentu telah membuat manipulsi terhadap kad pengenalan sebenar ini bagi tujuan pilihanraya. Ini sangat penting bagi kita menjadi warganegara yang bertanggungjawab membuat semak dan imbang dalam sistem demokrasi di negara kita.

Walaubagaimana pun pihak Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang membisu seribu bahasa adalah lebih maklum mana kad pengenalan yang benar dan mana yang palsu.
Terdapat dua identiti berbeza AZINAH BT MOHD FAZIN, pertama memiliki kad pengenalan 800829-02-5150 dan keduanya memiliki kad pengenalan 800820-02-5150. Kedua-dua identiti ini memiliki nama dan nombor kad pengenalan yang sama hanya dibezakan dengan tarikh hari lahir sahaja. Kedua-dua identiti ini boleh mengundi tetapi selepas pendedahan Pemuda PAS salah identiti telah dikeluarkan oleh SPR.

Terdapat dua identiti berbeza EH NAM A/L EH WAN, pertama memiliki kad pengenalan 780515-03-5705 dan keduanya memiliki kad pengenalan 280515-03-5705. Kedua-dua identiti ini memiliki nama dan nombor kad pengenalan yang sama hanya dibezakan dengan tahun lahir sahaja. Kedua-dua identiti ini boleh mengundi tetapi selepas pendedahan Pemuda PAS salah identiti telah dikeluarkan oleh SPR.

Terdapat dua identiti berbeza MOHD BAHAR BIN OMAR, pertama memiliki kad pengenalan 800105-02-5459 dan keduanya memiliki kad pengenalan 800105-02-5489. Kedua-dua identiti ini memiliki nama dan nombor kad pengenalan yang sama hanya dibezakan dengan satu digit ke 11 sahaja. Kedua-dua identiti ini boleh mengundi tetapi selepas pendedahan Pemuda PAS salah identiti telah dikeluarkan oleh SPR.

Terdapat dua identiti berbeza DALIZA BINTI IBRAHIM, pertama memiliki kad pengenalan 790402-03-5966 dan keduanya memiliki kad pengenalan 790902-03-5966. Kedua-dua identiti ini memiliki nama dan nombor kad pengenalan yang sama hanya dibezakan bulan kelahiran sahaja. Kedua-dua identiti ini boleh mengundi tetapi selepas pendedahan Pemuda PAS salah identiti telah dikeluarkan oleh SPR.

Terdapat dua identiti berbeza FATEN DIANA BINTI HASSAN, pertama memiliki kad pengenalan 810522-03-5400 dan keduanya memiliki kad pengenalan 810822-03-5400. Kedua-dua identiti ini memiliki nama dan nombor kad pengenalan yang sama hanya dibezakan bulan kelahiran sahaja. Kedua-dua identiti ini boleh mengundi tetapi selepas pendedahan Pemuda PAS salah identiti telah dikeluarkan oleh SPR.

Saya serahkan kepada rakyat Malaysia untuk menilai, apakah ada unsur manipulasi pilihanraya melalui manipulasi kad pengenalan di Jabatan Pendaftaran Negara?

SUHAIZAN BIN KAYAT

PENGERUSI PEMULIHAN DEMOKRASI & MOBILISASI PEMUDA PAS MALAYSIA

KETUA PEMUDA PAS NEGERI JOHOR

Tiada ulasan:

Catat Ulasan