PERKASA Bacul dan dayus ganggu ceramah MAT SABU

wfauzdin_ns

PERKASA nampaknya sudah mula bermain kasar. Pertubuhan yang bukan anak jantan ini mula untuk tonjolkan keberanian setelah dikutuk dan dipersendakan akibat kebaculan mereka sewaktu berjanji untuk hadir semasa perhimpunan BERSIH 2.0 yang lalu, tetapi mereka ghaib entah ke mana.

Di Seremban, sebagaimana yang dilaporkan oleh Malaysiakini hari ini, PERKASA mahu menunjukkan jantan mereka dengan menganggu ceramah Mat Sabu, Timbalan Presiden PAS. Sambutan Aidilfitri dan ceramah Timbalan Presiden malam tadi, tercemar apabila beberapa penyokong PAS cedera akibat dibaling batu dan air botol, malam semalam. Lebih kurang 100 orang budak-budak PERKASA berhimpun di tepi jalan utama yang terletak kira-kira 60 meter dari pentas ceramah. Mereka membawa sepanduk dan kain rentang seperti "Mat Sabu Pembohong", "Mat Sabu Perosak Bangsa" dan "Mat Sabu Hina Pejuang".

Kononnya mereka mahu menyerahkan memorandum bantahan kepada Mat Sabu, tetapi ianya dihalang oleh para penyokong PAS. Mengapa di situ memorandum mahu diserahkan? Bukankah itu merupakan satu tindakan provokasi dan mengapa pihak berkuasa gagal bertindak pantas? Bayangkan jika ini berlaku kepada Najib, sudah tentu ada tangkapan awal dibuat.
Fracas during Mohd Sabu ceramah at Seremban
PERKASA jangan ingat kami di dalam PR takut untuk berdepan dengan mereka. Kalau kami boleh berdepan dengan ratusan atau ribuan FRU dengan berbagai senjata, usahlah PERKASA cuba untuk bermain api dengan PAS atau PR. Kami di dalam PR cuba sedaya upaya untuk mematuhi peraturan dan undang-undang tetapi jika PERKASA hadir untuk memaksa kami melanggar undang-undang, kami juga bersedia untuk melayan kamu.

Beberapa hari yang lepas, ceramah Ketua Umum DS Anwar juga diganggu oleh beberapa pemuda diketuai oleh Lokman Adam. Ceramah juga terganggu dengan `black out' secara tiba-tiba. Ini lah kerja kumpulan bacul dan dayus yang mendapat sokongan dari pemimpin yang bacul dan dayus. Mereka takut untuk berdepan melalui debat, tetapi mahu tunjuk berani dengan cara kotor sebegitu.

Kepada penyokong-penyokong PR terutamanya PAS dan PKR yang seringkali pemimpin mereka diganggu, kita harus belajar dari peristiwa ini. Persiapkan para petugas kita untuk menghadapi segala kemungkinan. Jelas, tumpuan mereka ini hanya kepada DS Anwar dan Mat Sabu. Justeru itu, persediaan mesti ada jika kita menganjurkan ceramah bagi kedua-dua tokoh ini.

Sekiranya berlaku apa-apa terhadap tetamu yang memberi ceramah terutamanya pemimpin utama kita, pihak Penganjur dianggap gagal memastikan keselamatan mereka. Kita tidak harus bergantung sangat kepada pihak Polis kerana kita sudah tahu apa yang akan dibuat oleh Polis jika berlaku sesuatu./wfauzdin.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan