Siri 1:PRU13: Parlimen UMNO/BN Akan Tergugat

mirputra
Selepas PRU12 hinggalah sekarang banyak isu yang telah dimainkan baik dari UMNO/BN maupun dari PR,terkini isu yang dimainkan oleh akhbar arus perdana maupun TV berkaitan isu kemerdekaan yang berkaitan dengan peristiwa Bukit Kepong termasuk Mat Indera yang diutarakan oleh Timbalan Presiden PAS,Saudara Mat Sabu..Akhirnya isu tersebut telah memakan diri UMNO/BN dengan sendirinya..Lagi lama isu ini dimainkan oleh akhbar maupun TV..lagi ramai rakyat Malaysia akan mendapat cerita yang sebenarnya..

Terkini sejarah penubuhan Malaysia dan juga kemerdekaan telah diputarbelit oleh kebanyakan Profesor yang membabi buta membuat komen yang tidak mendatangkan hasil kepada UMNO/BN.Pada hujung bulan September ini seluruh dunia akan tertumpu dengan kes mahkamah di Perancis berkaitan kes komisyen kapal selam yang berakhir dengan kematian warga Mongolia..Dunia akan bertanya kenapa diMalaysia kes ini tidak dibicarakan .kemana hilangnya taring Polis Malaysia dan SPRM..?

Dengan isu2 rasuah,salah guna kuasa,penindasan,penjawat awam yang berpihak kepada UMNO/BN termasuk polis,SPRM,badan kehakiman,NGO2 yang membuat serangan tanpa selidik terlebih dahulu dan juga dengan kos sara hidup yang tinggi maka tidak dinafikan PRU13 nanti kebanyakan pengundi2 muda akan menghukum UMNO/BN.Kebanyakan rakyat dan juga pengundi2 muda sudah muak dengan permainan dan janji2 UMNO/BN.

PRU13 UMNO/BN akan kehilangan kuasa sekiranya keputusan PRU12 diambil kira analisis yang dibuat ini berkaitan keputusan PRU12 yang mana kerusi parlimen yang dimenangi oleh UMNO/BN bawah majoriti 6,000 sahaja diseluruh Semenanjung termasuk Sabah dan Sarawak.


KERUSI PARLIMEN UMNO/BN YANG MENANG BAWAH 6,000 UNDI

KAWASAN PARLIMEN
MAJORITI
1.
P1-PADANG BESAR
5,348
2.
P3-ARAU
300
3.
P4-LANGKAWI
4,970
4.
P5-JERLUN
2,205
5.
P9-ALOR STAR
184
6.
P30-JELI
4,436
7.
P32-GUA MUSANG
4,394
8.
P35-KUALA NERUS
1,341
9.
P39-DUNGUN
4,994
10.
P42-TASEK GELUGOR
4,547
11.
P54-GRIK
5,573
12.
P55-LENGGONG
4,919
13.
P56-LARUT
1,911
14.
P61-PADANG RENGAS
1,749
15.
P63-TAMBUN
5,386
16.
P67-KUALA KANGSAR
1,458
17
P69-PARIT
2,873
18.
P70-KAMPAR
2,697
19.
P72-TAPAH
3,020
20.
P73-PASIR SALAK
2,688
21.
P74-LUMUT
298
22.
P75-BAGAN DATOK
2,692
23.
P77-TANJONG MALIM
5,422
24.
P78-CAMERON HIGHLANDS
3,117
25.
P79-LIPIS
4,137
26.
P80-RAUB
2,752
27.
P81-JERANTUT
1,946
28.
P87-KUALA KRAU
5,265
29.
P88-TEMERLOH
2,441
30.
P90-BERA
4,313
31.
P92-SABAK BERNAM
1,335
32.
P93-SUNGAI BESAR
5,009
33.
P95-TANJONG KARANG
3,820
34.
P100-PANDAN
2,961
35.
P113-SEPANG
4,849
36.
P125-PUTRAJAYA
2,734
37.
P131-REMBAU
5,746
38.
P137-BUKIT KATIL
1,758
39.
P140-SEGAMAT
2,991
40.
P142-LABIS
4,094
41.
P146-MUAR
4,661
42.
P152-KLUANG
3,781
43.
P168-KOTA MARUDU
4,198
44.
P169-KOTA BELUD
3,020
45.
P174-PENAMPANG
3,063
46.
P176-KIMANIS
5,453
47.
P180-KENINGAU
4,264
48.
P183-BELURAN
4,352
49.
P185-BATU SAPI
3,708
50.
P186-SANDAKAN
176
51.
P190-TAWAU
4,867
52.
P192-MAS GADING
4,301
53.
P196-STAMPIN
3,070
54.
P200-BATANG SADONG
5,425
55.
P202-SRI AMAN
4,252
56.
P203-LUBUK ANTU
1,610
57.
P208-SARIKEI
51
58.
P211-LANANG
4,864
59.
P216-HULU RAJANG
2,164
60.
P218-SIBUTI
3,648
61.
P219-MIRI
5,216
62.
P220-BARAM
4,044
63.
P221-LIMBANG
676


Mengikut pecahan negeri kerusi parlimen yang akan tergugat adalah Perlis 2 kerusi,Kedah 3 ,Kelantan 2 ,Trengganu 2,P.Pinang 1,Perak yang paling banyak iaitu 13 kerusi,Pahang 7,Selangor 5,Putrajaya(K.L) 1,N.Sembilan 1,Melaka 1,Johor 4,Sabah 9 dan Sarawak dengan 12 kerusi parlimen.Sekiranya keputusan PRU12 kesemua kerusi parlimen yang dimenangi oleh Parti PAS,DAP dan Parti Keadilan Rakyat dapat dikekalkan pada PRU13 ini bermakna UMNO/BN akan kehilangan 63 lagi kerusi parlimen.Keputusan PRU12 ini tidak termasuk pilihan raya kecil(PRK) dan juga wakil rakyat yang melompat.. UMNO/BN mempunyai 140 kerusi parlimen.

Untuk rekod,dalam PRU 2008,UMNO melalui BN hanya bertanding117 kerusi daripada 222 kerusi, menang 79 (kalah 38) dan parti komponen yang lainnya bertanding 105, menang 61(kalah 44). BN membentuk kerajaan dengan jumlah keseluruhan 140 kerusi.

Berdasarkan kepada 63 kerusi BN yang diramal akan tewas,32 kerusi daripada UMNO dan 31 kerusi daripada Sabah dan Sarawak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan