Tiga pegawai SPRM merompak pengurup wang USD300,000 ditahan

Tiga pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ditahan hari ini berhubung satu kes rompakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Turut ditahan berhubung kes rompakan berjumlah USD300,000 (RM900,000) itu ialah seorang pegawai kanan, menurut laporan the Star Online petang ini.

Ketiga-tiga pegawai yang ditahan berhubung rompakan ke atas seorang pengurup wang itu telah digantung kerja, kata ketua polis negara Tan Sri Ismail Omar, menurut laporan itu lagi.
-malaysiakini-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan