Ulama berjuang merdekakan Malaya, Umno dapat ihsan British

Detikdaily
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiX2AgBskupRdUiGb_Wv-8Jy5MOIm6zdFhXshLZ76d_b1ZeI5pbWxgGQ0zT5jkbGzg6QrqBRFSgrZ2jmZGAEdZvTE14eO0cEz6dsiKIoVDS-y5wsNXhg4EQrFBBsInTJjzpzb0Tk5zS4Ss/s320/pak+yazid.bmp
DATO’ YAZID JAAFAR atau lebih dikenali dengan panggilan Pak Yazid, 87, adalah antara askar Melayu yang dipanggil berbaris semasa pengisytiharan kemerdekaan negara di Stadium Merdeka pada 31 Ogos 1957 lalu.

Beliau yang kini bergelar ulama mendakwa walaupun para ulama pencetus kemerdekaan, golongan itu dipinggirkan untuk sama-sama berjumpa orang Inggeris di London.



Malah perjanjian yang dimeterai dengan Lord Ried tidak pernah ditunjuk kepada golongan ulama. Atas faktor-faktor itu, katanya kepada wartawan ROY RASUL yang menemubualnya , antara penyebab ulama tidak sehaluan dengan Umno sehingga kini.

Sebagai seorang askar Melayu boleh Ustaz cerita serba sedikit mengenai kisah kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 dan apa yang Ustaz lakukan pada hari kemerdekaan?
PAK YAZID: Sebelum itu saya seorang tentera. Jadi apabila berjaya mendapat kemerdekaan saya dan rakan-rakan diminta sama-sama berbaris pada hari pengisytiharan kemerdekaan yang jatuh pada 31 Ogos 1957 di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.

Pada masa itu, orangorang tua dan rakyat jelata begitu bersemangat menyambut kemerdekaan.

Tetapi sekarang ini orang-orang muda tidak berapa berselera menyambut kemerdekaan. Sebabnya kemerdekaan kita ini lain daripada negara lain.

Di negara lain mereka mendapat kemerdekaan setelah puas berjuang dengan penjajah. Di negara kita mereka tidak berjuang sebaliknya kita hanya meminta belas ihsan penjajah untuk merdeka.

Jadi tidak ada semangat untuk menyambut kemerdekaan. Negara lain mana ada yang meminta daripada penjajah untuk mendapat kemerdekaan. Yang saya tahu dalam dunia ini tidak ada melainkan Malaysia, hendak merdeka minta dengan British. Itu bukan merdeka tetapi minta belas ihsan daripada penjajah. Tetapi kita ada pejuangpejuang seperti Shamsiah Fakeh, Ahmad Boestamam, Dr Burhanuddin Al-Helmy, Pak Sako dan lain-lain yang menuntut kemerdekaan. Orang-orang inilah yang mencetus dan menyedarkan untuk kemerdekaan, jadi orangorang itu kita kena angkatlah. Bukan hanya dua tokoh, seperti Tuanku Abdul Rahman dan Onn Jaafar. Oleh kerana itu budakbudak sekarang tidak begitu selera dengan kemerdekaan yang ada sekarang.

Apa aktiviti yang dilakukan oleh ulama ketika itu khususnya ulama dalam PAS.
Ulama kita bersama-sama menuntut kemerdekaan. Yang mencetuskan kemerdekaan adalah ulama. Namun, apabila hendak meminta kemerdekaan ditinggalnya ulama. Ulama tidak berserta dalam perjanjian yang dibuat mereka.

Perjanjian pun tidak ditunjukkan kepada kita iaitu yang dibuat dengan Lord Ried dan sebagainya.

Jadi ulama ini dipinggirkan tetapi sekarang ini hendak dinaikkan balik ulama. Sekarang mereka ajak bekerjasama dengan dia. Bagaimanapun, kita tidak bekerjasama, Sekarang ini ulama tidak sehaluan dengan dia (Umno) sebab semasa menuntut kemerdekaan tidak diajaknya ulama.

Di mana bermulanya golongan ulama bangun untuk menuntut kemerdekaan?
Ia bermula di Gunung Semanggol, Perak di mana dicetuskan oleh Ustaz Abu Bakar Bakir. Di Indonesia pun sama, ulama-ulama juga seperti Imam Bonjol dan dan sebagainya yang mula menyedarkan kemerdekaan daripada penjajahan. Walaupun orang tidak menghormati ulama tengoklah di manamana pun termasuk Iran seperti Ayatollah Khomeini yang mencetus kemerdekaan.

Sebenarnya ulama bekerjasama dengan pejuang lain seperti dengan Shamsiah Fakeh dengan gerakan Sedarnya, Ahmad Boestamam dengan Pemudanya. Walaupun mereka bukan golongan ulama tetapi mereka bersama ulama. Jika ulama sahaja tidak jadi.

Maknanya kita ada kerjasama ulama dengan umarak. Pemerintah dengan ulama tidak boleh dipisahkan. Kalau dipisahkan tempanglah kemerdekaan negara.

Ketika itu apa yang dilakukan oleh Umno sehingga mendakwa mereka yang pejuang kemerdekaan?
Semasa itu Umno tidak ada semangat kemerdekaan sehingga hendak buat senapang pun tidak tahu. Mereka tidak mahu merdeka masa itu.

Kita tengok banyak bukubuku sejarah dan saya ada baca buku-bukunya tidak ada mengatakan mereka menuntut kemerdekaan. Mereka tidak boleh mendabik dada.

Semasa sama-sama menuntut kemerdekaan mereka tidak ada. Mereka tidak hendak dan mengatakan Malaya tidak layak menuntut kemerdekaan.

Mengapa pula mereka mendakwa mereka yang perjuangkan kemerdekaan?

Mana ada. Dengan budak-budak tidak cerdik bolehlah diceritakan macam itu. Orang yang tahu sejarah merdeka, memang tidak percaya dakwaan mereka itu.

Kalau begitu wajar atau tidak sejarah kemerdekaan ditulis balik?
Mestilah ditulis semula, dikaji balik dan naikkan balik kisah pejuang-pejuang seperti Tok Janggut, Mat Kilau, Dr Burhanuddin Al-Helmy, Ahmad Boestamam dan lainlain. Mereka itu anti-British.

Ustaz mengatakan anak-anak muda tidak berminat dengan sambutan kemerdekaan. Pada pandangan Ustaz wajar atau tidak anak muda bersikap dingin dengan sambutan itu?
Kita kena kaji semula sejarah kemerdekaan kita bagaimana hendak sedarkan anak-anak muda kita mengenai kemerdekaan. Kita kena terangkan betul-betul mengenai perjuangan kemerdekaan. Dan ia kena berlandas sejarah yang tulen.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan