Video: Bukti Pemuda Umno mahu bakar ibu pejabat KEADILAN!

Milo Suam


TEMPOH hari sebelum perhimpunan aman BERSIH 2.0, Pemuda Umno Selangor telah datang beramai-ramai malam-malam butamenyerang Ibu Pejabat KEADILAN di Petaling Jaya.
Gerombolan Pemuda Umno Selangor ini mengugut mahu membakar Ibu Pejabat KEADILAN sekiranya Perhimpunan Aman BERSIH 2.0 diteruskan.
Apa yang melucukan, Pemuda Umno melalui jurucakapnya Lokman Nor Adam menafikan dakwaan mereka mahu membakar Ibu Pejabat KEADILAN. Sebaliknya mereka menegaskan bahawa sebenarnya jika mereka mahu, mereka boleh membeli Ibu Pejabat KEADILAN itu, rujuk sini [Pemuda Umno].

Hari ini, salah seorang dari gerombolan Pemuda Umno yang menyertai perhimpunan itu telah membongkarkan rahsia dengan menghantar satu email beserta video bukti jelas bahawa Pemuda Umno memangberhasrat mahu membakar Ibu Pejabat KEADILAN.

Lihat dengan mata kepala anda sendiri bagaimana Ketua Pemuda UMNO Selangor, Ungku Salleh Ungku Jamal begitu jelas di dalam video inimengugut mahu membakar Ibu Pejabat KEADILAN.

Kepada pimpinan KEADILAN, Saudara Saifudin Nasution yang telah membuat laporan Polis berhubung ugutan ini tempoh hari, sila download video ini sebagai bukti bagi membantu siasatan pihak Polis.
ReJaM© "Akhirnya orang sendiri menongkah arus bongkarkan pembohongan..."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan