Huru-hara Malaya: Muhyiddin selesaikan masalah untuk Najib tetapi dicuriga

Wong Choon Mei

Tidak seperti ketuanya, Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin kelihatan mengambil langkah-langkah yang bijak. Sebalik membuta-buta mencuba untuk mengaburi fakta yang diterima baik oleh rakyat negara ini, Muhyiddin akhirnya mengakui Malaya merupakan tanah jajahan British sebelum mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.

Kenyataannya itu dengan sekelip mata memberikannya mata kemenangan, dan beliau kini dianggap sebagai wakil rakyat yang lebih mantap dan lebih dipercayai berbanding dengan Perdana Menteri Najib Razak.

Sebalik menggunakan pengetahuan umum, Najib telah menggunakan ancaman-ancaman dan kuasa undang-undang untuk mendakwa Naib Presiden PAS Mat Sabu dengan tuduhan jenayah fitnah di atas insiden Bukit Kepong, yang melihat kembali bagaimana dan siapa pejuang-pejuang yang membantu Malaya mencapai kemerdekaan daripada British.

Ramai yang menuduh Najib bersikap seperti 'lalang', mengambil keputusan bukan kerana ianya betul tetapi kerana beliau menyangka itu akan menjaga hati komuniti Melayu dan membuatkan mereka menyokong beliau.

Walau bagaimanapun, jelas kelihatan yang PM telah membuat perkiraan yang salah, dan sekarang Muhyiddin menyelesaikan masalah ini untuk UMNO dan BNdalam insiden yang telah membuat ramai rakyat Malaysia, termasuklah orang-orang Melayu berpaling daripada BN.

"Pernahkah kita dijajah? Ya. Kita sudah merayakan kemerdekaan setiap tahun. Mestilah bukan untuk perkara sia-sia. Mereka menerima nasihat daripada residen British, tetapi nasihat-nasihat itu harus diterima. Sultan-sultan tidak bebas untuk memerintah," kata Muhyiddin di Parlimen pada hari Rabu.

Beliau menjawab soalan daripada Azmin Ali, MP PKR untuk Gombak. TPM itu juga berkata walaupun ada yang berhujah Sultan-sultan Melayu cuma menerima 'nasihat' daripada British, tetapi dia berpendapat bahawa mereka itu dikawal di bawah pemerintahan British, samada secara langsung atau tidak.

Prospek terhad

Tetapi jika Muhyiddin dan penyokongnya berpendapat mereka boleh menuju kemenangan, mereka tentunya salah.

Tidak semua orang Melayu menerima Muhyiddin kerana sikapnya yang serius dan kurang imaginatif itu. Beliau dianggap ramai sebagai lebih baik sedikit berbanding Ghaffar Baba, bekas TPM, yang gagal untuk menunjukkan prestasinya dan gagal untuk menunjukkan kebolehannya untuk membawa Malaysia maju ke hadapan.

Untuk orang-orang bukan Melayu pula, ramai orang-orang Cina tidak menyukainya kerana kenyataan 'Melayu dulu, Malaysia kemudian'nya itu. Mereka melihat beliau hanya mementingkan orang-orang Melayu sahaja dan sebagai seorang yang boleh mempergadaikan kepentingan kaum-kaum lain.

Silap Najib

Untuk Najib pula, pegawai-pegawainya terlalu bergantung kepada loghat UK dan penampilan urbannya.

Sudah tiba waktunya untuk pemimpin-pemimpin UMNO menerima di sebalik orang-orang Melayu yang membentuk 55% daripada populasi negara, untuk memimpin negara ini mereka haruslah menjadi Perdana Menteri untuk semua rakyat Malaysia.

Mereka tidak boleh hanya bergantung kepada undi orang-orang Melayu yang sudah pun berpecah, dengan PAS dan PKR memegang porsi yang agak besar. Dan usaha-usaha memperjuangkan Melayu tidak akan mengubah pendirian pengundi-pengundi ini kerana mereka berkepercayaan yang mendalam bahawa UMNO itu korup dan tidak mengamalkan Islam dengan benar.

"Masalah untuk Najib ialah dia memandang remeh terhadap rakyat. Dia menyangka dengan mempunyai imej yang berpatutan dan melambai lambaian 1Malaysianya itu sudah mencukupi untuk menjadi Perdana Menteri untuk semua rakyat Malaysia. Tetapi kita sudah mengujinya selama hampir 3 tahun sekarang ini dan jelaslah yang beliau sudah gagal.Tetapi untuk Muhyiddin, saya yakin dia akan menjadi presiden UMNO tidak lama lagi tetapi saya curiga samada dia dapat menjadi Perdana Menteri atau tidak," kata Naib Presiden PKR Chua Jui Meng, yang juga berasal daripada Johor, kepada Malaysia Chronicle.

Curiga halangan utamanya


Satu lagi halangan besar untuk Muhyiddin ialah prestasinya sebagai Menteri Pendidikan yang kurang cemerlang. Bagi semua kaum, prestasinya hanya lebih baik sedikit berbanding sepupu Najib, Hishamuddin Hussein, yang sekarang ini merupakan Menteri Dalam Negeri.

Sebagai Menteri Pendidikan, Muhyiddin membuat keputusan yang akan sentiasa menjejaskan hubungannya dengan orang-orang bukan Melayu. Sebagai contoh, pembelaannya terhadap beberapa pengetua-pengetua sekolah yang pernah mencela murid-murid Cina dan India, tomahannya terhadap penyanyi rap Namewee di atas video 'Nah' nya, novel Interlok yang beliau enggan singkirkan daripada senarai buku-buku sastera sekolah di sebalik mengandungi perkataan-perkataan seperti pariah yang tidak diterima oleh kaum India dan Cina.

Barangkali, sekiranya Muhyiddin yang sudah berumur 64 tahun itu, serta penyokong-penyokongnya ingin tahu sejauh mana prospek masa depannya, mereka patut melihat kebimbangan rakyat semua kaum tentang bagaimana beliau mengendalikan isu 'sejarah' negara.

Sememangnya, ketakutan yang jelas wujud sekiranya dengan jawatannya sebagai Menteri Pendidikan, Muhyiddin akan meluluskan penulisan semula fakta-fakta sejarah untuk menngukuhkan kedudukan UMNO, dan megukuhkan jawatan dan kuasanya sendiri. Ketakutan ini yang menampilkan rasa curiga rakyat Malaysia terhadap beliau.

Putar belit sejarah

Sementara itu, ahli PKR Azmin Ali menyoal Muhyiddin sekiranya terdapat rencana untuk memasukkan subjek "falsafah sejarah" di dalam pembelajaran di sekolah-sekolah, selain daripada hanya mendidik pelajar dengan fakta sejarah sahaja.

Muhyiddin pada awalnya berkata terdapat satu komiti untuk memastikan pembelajaran subjek itu merangkumi fakta dan tafsiran kejadian. Ini adalah untuk memantapkan lagi pemahaman pelajar terhadap sejarah, katanaya sewaktu menjawab pertanyaan Shamsul Anwar Nasarah, Ahli Parlimen BN untuk Lenggong.

Kepada Azmin, TPM berkata penafiran fakta termasuk falsafah dan pemahaman sejarah boleh berbeza di antara satu sama lain, dan ini boleh menyebabkan berlakunya slah faham.

Oleh itu, penafsiran sejarah haruslah dilakukan oleh pakar-pakar dan bukanlah rakyat biasa dan ahli-ahli politik, tambah Muhyiddin. Kata-kata yang beliau sendiri harus akur. Tetapi akankah beliau?
-Malaysia Chronicle-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan