Kalau mahu tahu soal PRU-13, tanya Rosmah

Maclean Patrick,

http://jamilkucing.files.wordpress.com/2011/07/rosmahmansor.png?w=200
Desas-desus tentang pilihanraya umum ke 13 yang akan datang akan berlangsung pada November kerana Perdana Menteri suka pada nombor 11. Jadi, nombor 11.11.2011 sudah menjadi kesukaan ramai termasuklah pembeli 4D. Dan pada kesudahan Belanjawan 2012, ramai media Cina yang meramalkan 12 November, hari Sabtu, tetapi adakah Najib berani membuat pilihanraya pada November?


Pertamanya, respon terhadap rencana perbelanjaannya yang digembar-gemburkan itu adalah lemah, menunjukkan ketidak-percayaan rakyat terhadapnya dan janji-janjinya. Keduanya, bercanggah dengan tanggapan ramai, Najib sendiri tidak tahu bilakah tarikh yang sesuai untuk pilihanraya dan ini bermakna kemungkinan besar PRU-13 akan ditunda.

Orang-orang yang patut ditanya mengenai pilihanraya umum adalah orang-orang elit UMNO. Ketua-ketua golongan dalam UMNO adalah orang yang patut ditanya bilakah pilihanraya akan diadakan dan salah satu orang yang penting sudah pastinya Rosmah Mansor, isteri Najib dan ketua de-facto kumpulannya.

Gagal memadamkan pergolakan dalaman UMNO


Pada pilihanraya umum 2008, kegagalan BN adalah berpunca daripada pergolakan dalaman UMNO. Golongan-golongan dalaman sibuk berebut share-share mereka yang membutakan mereka daripada memenangi pilihanraya. Ini terbukti apabila BN kalah 5 negeri kepada Pakatan Rakyat.


Semenjak itu, perpecahan telah bertumbuh dan Najib gagal untuk menyelesaikan pergaduhan dalaman UMNO ini. Kini, dengan hampirnya PRU-13, pergaduhan dalaman di antara ketua-ketua UMNO – samada secara langsung atau tidak – sudah memuncak.

Mantan Perdana Menteri sudah pun mengepalai gerakan untuk menurunkan Najib dengan secara lantangnya berkata pilihanraya patut diadakan pada 2012, dan bukan tahun ini. Kenapa? Kerana Mahathir perihatin terhadap sentimen rakyat. Rakyat Malaysia tidak sama dengan sewaktu tahun 2008. Desakan untuk perubahan sudah semai kuat dan dalam UMNO dan BN, perpecahan sedah semakin mendalam.

Faktor Mahathir


Mahathir sedar akan perkara ini, dan beliau juga tahu untuk memenangi hati rakyat tidak cukup dengan memberikan “satu” pembayaran dalam Belanjawan 2012, seperti yang dilakukan oleh Najib dengan gaya kalutnya. Malahan, kenyataan terakhir Mahathir yang mengatakan Malaysia harus berhati-hati daripada mengalamai krisis ekonomi patut diambil berat. Najib beri gula, tetapi gagal memberitahu rakyat bagaimana untuk membayar daging.


Dan jelas inilah yang disuarakan Mahathir. Di tangan Najib dan penasihat-penasihat ekonominya, Malaysia menuju kerugian. Untuk menangani masalah ini, Najib perlu diganti dan cara dan waktu terbaik untuk melakukan itu adalah pada Perhimpunan Agung UMNO pada awal Disember nanti.

Inilah tarikh yang menghantui Najib. Dapatkah Najib selamat daripada pemberontakan dalaman partinya sendiri? Mahathir dan kuncu-kuncunya sudah pun memberi isyarat kepada rakyat untuk mengorak langkah pada perhimpunan agung itu. Perdana Menteri dan Presiden parti yang penuh dengan skandal bukanlah sesuatu yang baik untuk parti politik, dan sudah pasti ini akan bermain di minda delegasi-delegasi sewaktu perhimpunan itu nanti.

Mac 2012 tarikh seterusnya


Sekiranya Najib selamat selepas perhimpunan agung itu, pilihanraya boleh berlaku seawall Mac 2012. Kenapa Mac 2012? Janji-janji Belanjawan 2012 sudah pun diberikan. Ada kemungkinan rakyat Malaysia akan lupa soal-soal politik apabila diberi wang. Pihak polis dan pegawai-pegawai kerajaan akan diingatkan tentang siapakah tuan majikan mereka. Dan kerajaan BN lah yang telah memberikan mereka bonus dan ang pow.


Sudah pastinya, imej BN yang mendahulukan rakyat akan dimainkan dengan lebat untuk memadamkan perbincangan-perbincangan untuk mewujudjan negara kebajikan oleh Pakatan Rakyat. Dan ada juga yang menjangka penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri sehingga ia benar-benar dimansuhkan. Ada yang berkata ianya sama sahaja kerana undang-undang baru yang menggantikan ISA akan sudah dilaksanakan untuk menghentam bantahan. Inilah yang diperjudikan oleh Najib.

Rosmah lebih berkuasa daripada tanggapan ramai

Walau bagaimanapun, penghujungnya, keputusn tarikh pilihanraya boleh jadi sama tidak rasional dan tiba-tiba dengan Belanjawan 2012. Dan ada kemungkinan ia adalah kerana Najib suka nombor 11 atau Rosmah mahukannya.

Sebagai contoh, malam sebelum pembentangan Belanjawan 2012, Najib mengadakan perjumpaan tertutup dengan penasihat-penasihatnya. Bernama melaporkan siapa yang hadir dan ini termasuklah Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin dan Datuk Donald Lim Siang Chai. Setiausaha Agung Bendahari Tan Sri Dr Wan Abdul Aziz Wan Abdullah, Ketua Setiausaha Kerajaan Tan Sri Mohd Sidek Hassan dan juga Govenor Bank Negara Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz.

Kenapa Rosmah hadir? Ini tidak disangka dalam 50 tahun lebih pemerintahan BN. Apakah pentingnya Rosmah dalam penelitian Belanjawan 2012? Pernahkah Siti Hasmah hadir pada mesyuarat seperti itu selama 22 tahun Mahathir berkuasa?

Jadi untuk semua orang di luar sana, tak perlulah meneka bilakah Najib akan mengadakan pilihanraya. Beliau amatlah tidak keruan tetapi lebih baik jika bertanya Rosmah, kerana isteri Perdana Menteri itu diberitahu tentang semua urusan dan rahsia negara. Ataupun deskripsi yang lebih tepat adalah, Rosmahlah yang menentukan tindakan negara.
-Malaysia Chronicle-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan