Kondom untuk mangsa banjir

BANGKOK: Thailand semalam mengedarkan sejumlah kondom kepada mangsa-mangsa banjir bagi mengelak peningkatan kehamilan yang tidak dirancang.

Lima buah helikopter mula memindahkan bekalan perubatan termasuk kondom daripada Kementerian Kesihatan di Bangkok ke tujuh buah lokasi di Lop Buri.

"Para sukarelawan memberitahu kami bahawa penduduk kampung tidak dapat melakukan sebarang perkara semasa banjir, justeru bagi mengelak satu pertumbuhan pesat bayi, kami menambahkan kondom," kata seorang pegawai di Institut Perubatan Kecemasan Thailand. 
-AFP-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan