Mufti Perlis sangsi dakwaan '250,000 umat Islam murtad'

Mufti Perlis Dr Juanda Jaya mempertikaikan dakwaan bahawa hampir suku juta umat Islam di negara ini telah memeluk agama Kristian seperti yang didakwa oleh Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria.

NONE
“Tidak logik apabila orang tulis di Internet kononnya lebih 250,000 orang Islam di negara ini sudah murtad. Kalau ada buktikan dan jangan beremosi,” katanya dipetik Utusan Malaysia hari ini.


Menurut Juanda jika ada kebenaran berhubung dakwaan itu, seseorang mesti dipertanggungjawabkan.

“Setiap negeri ada enakmen yang mengawal dakyah agama lain daripada disebar kepada orang Islam, kenapa mereka ini tidak didakwa?” soalnya.

Menurut Juanda, isu murtad tidak sepatutnya dihebohkan kerana ia menggugat sensitiviti umat Islam selain mencemarkan imej agama seolah-olah ia lemah dan tidak mampu menjaga penganutnya sendiri.

Bercakap di Kota Bharu, Dr Juanda bagaimanapun, tidak menolak kemungkinan ada kes murtad berlaku di kalangan masyarakat Islam.

Juanda mengulas kenyataan yang dibuat rakannya Harussani, yang mahu hukuman ke atas mereka yang memurtadkan umat Islam kerana ia bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.
-malaysiakini-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan