Muhyiddin penyebar fitnah tak layak jadi PM

Yow Hong Chieh

KUALA LUMPUR, 23 Okt: Lim Guan Eng melabel Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai pemimpin “pengecut” dan “gagal dalam ujian moral menjadi perdana menteri” kerana mengulangi dakwaan blog kononnya anak lelaki beliau telah mencabul kehormatan rakan pelajar wanita.

Ketua Menteri Pulau Pinang berkata beliau terkejut dan mual dengan kenyataan Muhyiddin yang menyerang anaknya demi kepentingan politik, sebaliknya menggesa pemimpin nombor dua Umno itu agar memfokus ke atas dirinya jika mahu.

“Jika Muhyiddin sangat membenci saya, beliau boleh melakukan yang terburuk untuk menghabiskan saya dari politik,” kata Lim(gambar) dalam satu kenyataan.

“Sebaliknya Muhyiddin tidak harus menyertai mereka yang pengecut untuk memilih anak saya berusia 16 tahun dan terus meletakkan anak saya dalam keadaan trauma,” kata beliau.

Lim juga berkata Muhyiddin telah gagal ujian moral dan etika untuk menjadi perdana menteri kelak kerana mengulangi pembohongan ke atas remaja yang tidak boleh mempertahankan dirinya, meskipun pelajar yang kononnya menjadi mangsa telah menafikan dakwaan-dakwaan yang dibawa blog-blog Umno.

Tambah Lim, Muhyiddin berhadapan dengan risiko kehilangan rasa hormat di mata masyarakat umum jika terus mengulangi dakwaan itu.
-malaysianinsider-

Guan Eng: Muhyiddin terbukti gagal ‘ujian moral dan etika’ jadi PM

1 ulasan:

  1. ada pemimpin umno suka aibkan orang lain, anwar kena teruk, rahim dibela, orang umno kelakuan buruk dibela, rais baru kena kes aman dah menggelabah, jadi maknanya kita semua tak mahu diaibkan, tak mahu difitnah termasuk najib pun, jika begitu kenapa kita tak bermuhasabah diri? kalau kita tak suka diaibkan, begitu juga orang lain, muhyidin pun sama, jika anda tidak suka diaibkan, janganlah aibkan orang lain, anda bakal jadi PM, ingat masa depan anda mungkin lebih buruk lagi kerana menerima aib dari rakan anda sendiri.

    BalasPadam