Dah nak bubar...malangnya dia buat kacau pula !

Tok Pepijat
Melihat kepada tiga perkara "besar" yang baru berlaku baru-baru ini yang memberi "modal" kepada UMNO, menunjukkan PMNajib bakal bubarkan Parlimen pada 11.11.2011 nanti.

Pertamanya, perhimpunan HIMPUN. Media barua UMNO begitu beria-ia menyokongnya dan mempromosi bahkan IGP memberi lampu hijau dan akhirnya PMNajib pula memujinya bahkan membandingkan dengan BERSIH 2.0.
UMNO akan gunakan modal ini untuk menyerang PAS dengan menyatakan PAS tidak "bersungguh" membela umat Islam yang menghadapi Kristianisasi

Keduanya, Program Seksualiti Merdeka. Sekonyong-konyong UMNO mengharamkan program ini yang telah berjalan sejak 2008. Bahkan anak Mahathir Marina sendiri yang merasmikan program ini tahun 2009 yang lalu.

Mengapakah UMNO berbuat demikian? Ianya mempunyai motif tersembunyi. Pertamanya kerana Pengerusi BERSIH 2.0 terlibat.

Sebolehnya UMNO ingin mengaitkan Ambiga dengan PAS. Ini kerana sebelum ini PAS menyokong Ambiga dalam BERSIH 2.0. Keduanya, UMNO ingin mengaitkan Seksualiti Merdeka dengan Anwar Ibrahim. UMNO akan menyerang Anwar atas dua perkara iaitu Anwar "menyokong" faham pluralisme dan homoseksual.

Peliknya, UMNO juga beri lesen permit untuk pengamal homoseksual Elton John membuat persembahan di Genting akhir bulan ini.

Ketiganya, kenyataan Tony Pua tentang cadangan peribadinya untuk mengurangkan kakitangan awam jika PR memenangi PRU 13. Ini satu lagi "bola tanggung" buat UMNO. Media barua UTUSAN mengaitkan dengan rasis. Iaitu DAP akan kurangkan kakitangan awam kerana majoritinya adalah orang Melayu.

Dengan tiga modal ini, PMNajib berkira-kira untuk bubarkan Parlimen pada 11.11.11 apabila beliau dan isteri pulang dari Mekah.

Malang seribu malang. Apabila Mufti Perlis mempersoalkan "kesahihan" haji yang dikerjakan oleh PMNajib dan isteri, tiba-tiba segala perancangan 11.11.11 bakal tidak menjadi.

Apalah Mufti buat kacau daun. Malulah PM dan isteri. Sudah berkira mahu bubar tiba-tiba persoal kesahihan haji pula.

Kita tunggu BERNAMA "betulkan" laporan atau Jamil Khir beri hujah bela bosnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan