Guna tali, plastik halau makhluk halus

MEGAT LUTFI MEGAT RAHIM
KAIN berwarna putih digunakan oleh Abdul Rejab untuk merawat pesakitnya.
TIDAK sah perubatan tradisioal tanpa jampi mantera malah ada pengamal perubatan alternatif menggunakan pelabagai aksi fizikal.

Di sebalik semua formula ajaib itu, Abdul Rejab Ahmad mendakwa dia mampu menyembuhkan individu yang diganggu makhluk halus tanpa menyentuh pesakitnya.

Malah paparan foto Abdul Rejab merawat pesakit yang terdapat dalam laman web Pusat Pakar Terapi Rawatan Islam Ilahi yang diasaskan oleh beliau sejak lima tahun lalu juga menunjukkan beliau merawat pesakit dengan hanya menggunakan batang plastik dan tali.

Teruja dengan dua dakwaan tersebut, krew Jurnal berkunjung ke pusat rawatan itu yang di Bukit Beruntung, Selangor untuk mendapat gambaran sebenar kaedah rawatan yang dijalankan oleh lelaki berusia 51 tahun itu.

Pada pagi Khamis minggu ini, kedatangan penulis ke Pusat Pakar Terapi Rawatan Islam Ilahi disambut baik oleh Abdul Rejab yang segak memakai songkok serta berkemeja kemas.

Kunjungan penulis ternyata tidak sia-sia kerana semasa itu, beliau sedang merawat pasangan suami isteri yang datang dari Kuala Terengganu, Terengganu.

Lelaki itu hanya ingin dikenali sebagai Izat ditemani isterinya, Liza. Kedua-dua mereka berumur dalam lingkungan 40-an.

Izat mendakwa sering mengalami kesakitan pada dada sejak setahun lalu. Liza pula sering mengadu kesakitan di bahu.

Seperti mengetahui tujuan sebenar kedatangan penulis, sesi rawatan terhadap pasangan suami isteri itu segera dilakukan oleh Ahmad Rejab.

Kaedah rawatan yang dilakukan lelaki yang tidak lekang dengan telefon bimbit Blackberry dan gajet canggih iPad ini cukup berbeza.

Tidak seperti pengalaman perubatan tradisonal yang lain yang menggunakan kemenyan, keris serta kain kuning beliau hanya menggunakan tali, batang plastik serta kain berwarna putih sebagai alat untuk merawat pesakit.

Proses rawatan bermula dengan Ahmad Rejab bertanyakan anggota badan Izat yang sering mengalami kesakitan. Izat kemudian menunjukkan bahagian dadanya.

Berusaha
TALI digunakan oleh Abdul Rajab sebagai langkah keselamatan.
Abdul Rejab meletakkan batang plastik itu di bahagian dada Izat selain kain putih diikat pada bahagian dada pesakit.

Kemudian, beliau membacakan zikir. Tangan kiri dan kanannya bergerak-gerak seperti menepis sesuatu dan terdapat satu ketika gerakan tangannya seperti membuang sesuatu.

Agak istimewa tetapi proses rawatan itu cukup singkat denganmengambil masa kurang lima minit.

Selesai rawatan, beliau bertanya kepada Izat adakah kesakitan yang dialami Izat telah pulih.

“Lega rasanya dan sakit di bahagian dada tiada lagi,” jelas Izat.

Sesi rawatan kemudian diteruskan dengan Liza yang mengalami kesakitan di bahagian bahu kanan.

Ternyata menggunakan kaedah yang sama dan jawapannya juga sama - kesakitan di bahagian bahu kanan tiba-tiba hilang.

Abdul Rejab merenung penulis yang seakan-akan tidak percaya pasangan suami isteri itu mampu pulih dengan proses rawatan yang cukup singkat.

“Kenapa tidak percaya, mari saya merawat anda pula,” katanya.

Penulis kemudian mengatakan sering mengalami kesakitan pada bahagian tapak kaki kiri serta bahagian pinggang.

Abdul Rejab mengulangi proses rawatan yang sama.

Hasilnya agak mengejutkan, tapak kaki kiri serta pinggang penulis tidak lagi sakit.

“Itu semua kuasa Allah SWT, saya hanya berusaha.

Beliau kemudian menjelaskan proses rawatan yang beliau lakukan sebentar tadi.

“Kebanyakan penyakit disebabkan oleh gangguan jin, syaitan, iblis dan roh jahat. Jika dalam perubatan moden sakit disebabkan kuman dan virus.

“Bagaimanapun, ada pesakit yang mengundang bala sendiri seperti menuntut ilmu dan mengamal ilmu salah, berubat dengan pawang, bomoh atau dukun yang mempunyai jin sebagai pembantu mereka selain disihir dan disantau oleh orang tertentu,” katanya.

Katanya, kesakitan yang dialami seseorang juga disebabkan jin, syaitan, iblis mahupun roh jahat yang mendiami anggota badan tertentu sehingga menyebabkan mereka sering mengalami kesakitan di bahagian tersebut,” dakwa Abdul Rejab.

Zikir

Katanya, petanda awal terkena gangguan makhluk halus ialah melalui tanda atau kesan lebam yang terdapat pada badan.

“Itu merupakan penanda aras gangguan makhluk halus yang terdapat dalam tubuh seseorang terutama pada bahagian sendi, tengkuk, pinggang.

“Gangguan itu kemudian dibersihkan dan dihapuskan. Itu menyebabkan kesakitan pesakit hilang,” katanya.

Bercerita mengenai alatan seperti alatan seperti batang plastik, tali dan kain putih yang digunakan untuk proses rawatan Abdul Rajab memberikan alasan tertentu penggunaan alatan tersebut.

Ujarnya, batang plastik itu digunakan untuk mengurangkan sentuhan badan dengan pesakit kerana khuatir makhluk halus yang terdapat dalam badan pesakit masuk ke dalam tubuhnya.

“Tali pula digunakan untuk mengikat pesakit yang diganggu makhluk halus supaya tidak membuat tindakan yang di luar jangkaan.

“Kain putih pula sebagai alas ditempat sakit juga supaya tidak bersentuhan dengan wanita yang bukan muhrim. Asasnya ketiga-tiga alat itu tidak memberikan sebarang fungsi sebenarnya,” katanya.
-kosmo-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan