Penjelasan kenapa Najib selesai Haji awal oleh Jamil Khir..

Anak Sg Derhaka

Kata Jamil Khir "Yang dimaksudkan (dalam Twitter Perdana Menteri), bukan selesai ibadat haji (tetapi) selesai wukuf. Wukuf ini dari Zohor 9 Zulhijjah sehingga Maghrib hari yang sama. Jadi yang dimaksudkan selesai itu, selesai wukuf.

Cuba korang baca betul-betul apa yang Najib tulis dalam Twitter nya itu.. Najib tulis "Alhamdulillah urusan Haji kami telah selesai

Apa yang korang faham?
Sudah tentu korang akan faham bahawa Najib kata dia dan Rosmah telah selesai mengerjakan Haji kerana Najib tulis "Alhamdulillah urusan Haji kami telah selesai"..

Adakah Jamil Khir mengatakan Najib sendiri tidak faham apa yang ditulis atau dilakukannya itu?

Cuba baca apa penjelasan (baca putar belit) Jamil Khir dibawah..

*******************

Jamil Khir Perjelas Salah Faham Mengenai Twitter Najib 'Selesai Haji'

SEPANG: Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom hari ini menjelaskan bahawa kenyataan daripada Twitter Datuk Seri Najib Tun Razak pada Ahad lepas yang beliau selesai menunaikan ibadah haji sedangkan masih ada rukun haji yang belum dilaksanakan ketika itu, telah disalah tafsir.


Sambil menolak sebarang andaian kononnya Perdana Menteri dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor serta beberapa kenamaan lain tidak selesai mengerjakan ibadah haji, beliau berkata sebagai tetamu diraja kerajaan Arab Saudi, Perdana Menteri serta jemputan yang lain dapat menjalankan ibadah dengan baik.

Bercakap kepada pemberita sejurus tiba dari Tanah Suci di KLIA, Jamil Khir berkata Perdana Menteri dan rombongan telah mendapat kawalan yang baik dan teratur bagi menyempurnakan semua ibadah semasa mengerjakan haji.

"Yang dimaksudkan (dalam Twitter Perdana Menteri), bukan selesai ibadat haji (tetapi) selesai wukuf. Wukuf ini dari Zohor 9 Zulhijjah sehingga Maghrib hari yang sama. Jadi yang dimaksudkan selesai itu, selesai wukuf.

"PM selesai (menunaikan ibadah haji). Haji ialah kita mesti pergi di Arafah. Kalau kita tidak berada di Arafah, maka tiadalah haji itu.

"Jadi pada petang itu mungkin...barangkali soalan itu ditanya petang itu...selesai itu, selesai arafah. Haji itu belum selesai lagi. "Kita masih ada untuk nak melontar selama tiga hari pada hari-hari Tasyrik. Jadi ini yang mungkin disilap faham," kata beliau. - BERNAMA

1 ulasan:

  1. betulah jamil tu cakap... maksudnye najib sendiri tak paham apa bende yang dibueknye @ di twit nye.. hentam saje...mcm ni PM Malaysia???

    BalasPadam