Rosmah Akan Lari!

reformis1998

Ahli-ahli Umno mahukan Najib Razak GAGAL dalam pilihanraya ke13 nanti, kerana mereka telah muak dan fed-up dengan kegagalan Najib mengawal karenah bongkak dan gaya hidup mewah Rosmah seperti kenyataan di dalam buku 267 halaman yang ditulis oleh Timbalan Ketua Pemuda Wangsa Maju.

Betapa bergemerlapan kilauan intan berlian cincin Rosmah yang bernilai $24.4 juta hingga cerita mengenainya begitu sukar hendak dimalapkan. Selepas itu heboh pula mengenai koleksi beg tangan berjenama Birkin yang boleh mencecah hingga harga USD120,000 (kira-kira RM360,00)

termasuk beberapa koleksi 'one of its kind in the world' yang menjadi milik suami Najib, Rosmah Mansor.

Selepas PRU13 nanti pasti nasib Rosmah akan terjadi seperti isteri pemimpin-pemimpin lain terdahulu, akibat dari sikap bongkak, tindas Rakyat dan boros, dikala Rakyat di negara ini merempat dan menjalani kehidupan yang perit.

Leila Trabelsi, isteri yang sentiasa berada di belakang suaminya, bekas Presiden negara Tunisia, Zine al-Abidine Ben Ali yang mengamalkan cara hidup yang mewah setinggi gunung dan berkuasa di Tunisia selama 23 tahun, tiba-tiba pada 14 Januari, 2011, terpaksa lari ke negara Saudi dan memujuk teman-teman untuk tumpangkan mereka.

Gaya hidup Leila, serta ahli keluarga bekas presiden itu, telah menghidupkan suasana tidak tenteram di Tunisia. Keadaan kemiskinan menjadi-jadi, korupsi bermaharajalela, dan rakyat terus-menerus hidup tertekan, sedangkan presiden dan kerabatnya hidup dengan segala kemewahan hasil rakyat dan negara!

Kisah Leila mengingatkan kita kepada isteri bekas presiden Filipina. Imelda Marcos yang menyimpan segala kemewahan termasuk beribu pasang kasut di dalam stor koleksi kasut milik bekas 1st Lady of Philipine, seperti mana koleksi beg tangan berjenama koleksi Birkin yang dimiliki oleh Rosmah. Menurut laporan NewsWeek, Imelda Marcos di tempat ke-9 manusia paling tamak di dunia!

Imelda Marcos hidup dengan segala kemewahan sedangkan rakyat sengsara. Akhirnya, rakyat memberontak, lalu Marcos dan ahli keluarga terpaksa tinggalkan Filipina.

Kisah Raja Iran suatu ketika dahulu, Shah Pahlevi dan isterinya Farah Diba, yang hidup dengan kemewahan tanpa pedulikan rakyat jelata. Akhirnya mereka diusir keluar.

Akhirnya juga kedua-dua mereka serta anak-anak tiada tempat untuk berlindung!

Suzzane, isteri Presiden Mesir, Hosni Mubarak yang melarikan diri bersama 40-70 bilion Dolar Amerika adalah simbol pemborosan di Mesir.

Beliau juga mendapat gelaran 'Marie antoinette' sempena ratu perancis yang gilakan kemewahan sampai putus kepala [amukan rakyat la nih – tapi kat Malaysia idak kot…] dalam revolusi perancis.

Isteri Muammar Gaddafi, Safia Farkash didakwa memiliki koleksi emas peribadi berjumlah 20 tan (20,000 kilogram), kalau kita biasa beli dalam gram = 20 juta gram (haaaa.. kita kali aje dengan berapa harga satu gram emas…)

Dengan ini, kami anak-anak muda sudah meluat dan meluap-luap menguji kesabaran kami dengan perangai Rosmah Mansor yang menunjukkan sikap bongkak walaupun semasa di Mekah Al-Mukarromah.

Sikap Rosmah Mansor yang berjoli sakan dan bergelumang dengan kemewahan membelanjakan wang Rakyat Malaysia, dikhabarkan berita internet mendakwa beliau berbelanja mewah RM100,000 semalam untuk tidur menginap di Hotel Atlantis di Dubai, dan dalam masa yang sama Rakyat ditekan dengan tekanan hidup akibat kenaikan harga barang dan kos kehidupan.

Kepada sebahagian makcik-makcik di Felda, hangpa dapat apa dengan bermati-matian suami-isteri memberikan sokongan kepada parti Rosmah suami-isteri untuk terus kekal berkuasa?

Bila Rosmah dah lari…masa itu sudah terlambat…

Tiada ulasan:

Catat Ulasan