SIS umpama jentera Barat

jojo

SHAH ALAM – Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris), menyelar kenyataan Sisters In Islam (SIS) yang tetap mempertahankan program Seksualiti Merdeka 2011, walaupun telah diharamkan polis dan mendapat kecaman pelbagai pihak.

Presidennya, Datuk Nadzim Johan berkata, pen dirian SIS dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menyokong program tersebut, dilihat umpama jentera-jentera Barat untuk merosakkan Islam dan perpaduan di negara ini.

Menurutnya, apa yang diperjuangkan dalam program tersebut adalah tidak jelas di mana di negara ini, tidak pernah mendiskriminasikan golongan tertentu, apatah lagi berkaitan gender melainkan telah termaktub dalam undang-undang.

“Apa yang mereka hendak perjuangkan?. Adakah undang- undang perlu mengikut mereka?

“Program sebegini adalah sebahagian program yang sengaja diadakan untuk merosakkan Islam dan perpaduan di negara ini,” katanya.

Ahli Dewan Negara, Senator Ezam Mohd Nor menyeru pihak berkuasa mengambil tindakan tegas bukan sekadar membatalkan program tersebut.

“Saya tahu agenda besar mereka. Semasa dalam PKR, mereka telah bawa agenda yang sama. Saya tentang tetapi dipertahankan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pemimpin lain diam.

“Mereka adalah alat kepada agenda asing yang mahu merosakkan asas dan tunjang negara berpaksi agama, raja- raja,” katanya.

Oleh demikian, Ezam meminta pihak berkuasa menyiasat dana asing yang diperolehi oleh mereka terutamanya NGO yang menyokong program Seksualiti Merdeka tersebut seperti Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Majlis Peguam dan lain- lain.

“Saya amat yakin ada dana asing digunakan oleh semua entiti ini,” katanya.

Dalam pada itu, Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa), menggesa kerajaan mengharamkan SIS kerana perjuangan mereka disifatkan tersimpang jauh dari ajaran Islam sebenar.

Setiausaha Agungnya, Syed Hasan Syed Ali berkata, tindakan SIS yang mahu pengiktirafan diberikan terhadap golongan songsang di negara ini adalah bertentangan dengan Islam.

Beliau berkata, dalam isu sebegini, pihak Jabatan Agama Islam perlu memainkan peranan penting dan mengambil tindakan segera dalam memelihara kesucian agama Islam.

“Amat malang mereka menggunakan perkataan Islam pada nama pertubuhan kerana jika itu yang diperjuangkan, kerajaan perlu haramkan perkataan Islam tersebut.

“Siapa SIS ini, adakah NGO Islam? Jika bukan Islam saya tidak hairan kerana ini adalah agenda mereka untuk melemahkan Islam,” katanya.

Menurutnya, Perkasa sememangnya masih kabur dengan perjuangan SIS, di mana mereka sering kali mengeluarkan kenyataan dilihat bercanggah dengan akidah Islam.

“Saya meminta umat Islam agar tidak terpedaya dengan dakyah dari masyarakat bukan Islam yang boleh memesongkan akidah sehingga sanggup murtad,” katanya".

1 ulasan:

  1. PAS pula penjilat tegar DAP sehingga sanggup membuang perjuangan Negara Islam....

    BalasPadam