Suhakam lawat lokasi Mat Sabu dilanggar polis

Selepas tiga sesi soal-siasat saksi, inkuiri Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) yang menyiasat perhimpunan BERSIH 2.0 petang tadi, melawat lokasi kemalangan timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu.




Pada kejadian itu, Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu mendakwa kereta polis merempuh motosikal yang diboncengnya.

Hari ini, pasukan polis yang diketuai oleh ACP Jamaluddin Abdul Rahman, cuba melakonkan semula bagaimana pemimpin kanan PAS itu boleh terjatuh.

NONESambil menunjukkan kesan tayar yang masih kelihatan di tepi tebing jalan Persiaran Persekutuan, berhampiran Jalan Travers, Jamaluddin berkata motorsikal yang dibonceng Mat Sabu hilang kawalan selepas terlanggar tebing jalan sehingga menyebabkan dirinya dan penunggang motorsikal itu jatuh.

Hadir sama adalah pemandu kereta Proton Waja polis yang didakwa Mat Sabu melanggar mereka, iaitu L/Cpl Muhamad Fauzi Mustafa, dan pegawai penyiasat ASP Che Aziz Md Isa yang merupakan saksi hari ini.

-malaysiakini-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan