Zionis dan Amerika nak serang Iran?

Syed Imran
http://www.forwarderexpress.com/uploads/Iran.jpg
Sudah gah berita yang menyebut bahawa rejim Zionis Yahudi dan Amerika Syarikat sedang merancang untuk menyerang Iran dengan alasan untuk menghalang republik Islam itu daripada memiliki senjata nukliar.

Rejim Zionis secara terang-terangan memberi amaran bahawa ia akan melancar serangan unilateral ke atas kemudahan loji nukliar Iran sebelum negara Islam itu berjaya memuktamadkan penghasilan senjata nukliar atau peledak atom.

Kita tahu bahawa Zionis Yahudi dan Amerika Syarikat serta pelesit mereka di Eropah bimbang sekirnya Iran berjaya menghasilkan senjata nukliar sedangkan negara sekutu mereka tidak dihalang atau dicegah daripada memiliki senjata pemusnah besar-besaran itu.

Walaupun Iran telah beberapa kali menyatakan bahawa program nukliarnya adalah untuk tujuan keamanan dan bukan ketenteraan tetapi ia terus ditentang oleh musuh-musuh Iran.

Jika benarpun Iran cuba membangun senjata nukliar untuk mempertahan kedaulatan negaranya, itu adalah hak mereka sama seperti negara-negara lain yang memiliki senjata nukliar. Kenapa Iran disekat dan dinafikan hak tersebut?

Kenapa Amerika dan dunia Barat membisu seribu bahasa apabila rejim Zionis Yahudi menghasil dan memiliki peledak nukliar? Jika Zionis Yahudi boleh kenapa Iran atau negara-negara lain di Asia Barat tidak boleh?

Zionis Yahudi atau Israel adalah satu-satunya negara di Asia Barat yang memilik senjata nukliar, bahkan dikatakan jauh lebih maju daripada yang dimiliki oleh Britain dan Perancis.

Program senjata nukliar Israel dimula oleh David Ben Gurion, perdana menteri pertama negara Yahudi itu pada lewat tahun 1950-an. Program itu bertapak di Pusat Penyelidikan Nukliar Negev, di pinggir kota Dimona dan berasaskan keupayaan reaktor nukliar Dimona, Israel dikatakan memiliki tidak kurang daripada 200 peledak nukliar. Progam itu disokong dan dibantu terutamanya oleh Perancis.

Selain senjata nukliar, Israel turut memiliki senjata kimia dan biologi.

Jelas sekali Israel adalah satu-satunya negara di Asia Barat yang mengancam keselamatan bukan sahaja serantau tetapi dunia dan bukan Iran atau mana-mana negara Arab/Islam.

Barat tidak mengambil sebarang tindakan ke atas Israel kerana mereka membantu dan menyokong pemilikan senjata nukliar, senjata kimia dan senjata biologi Israel.

Barat berbuat demikian kerena mereka tahu bahawa ekonomi di negara mereka dikuasai oleh Yahudi dan tanpa sokongan Yahudi, negara mereka boleh muflis.

Tindakan serta campur tangan dan pencerobohan ke atas beberapa negara Arab/Islam oleh kuasa-kuasa Barat yang diketuai Amerika Syarikat jelas memperlihat satu muslihat jahat untuk menghancur dan memusnahkan Islam itu sendiri. Mereka bertindak kononnya atas nama keadilan dan demokrasi. Mereka menghasut rakyat di negara-negara berkenaan untuk bangkit menentang pemerintah dan apabila pemberontakan atau kebangkitan rakyat itu berjaya, maka mereka, iaitu kuasa-kuasa Barat, akan menguasai semua hasil bumi negara berkenaan, terutama minyak dan gas.

Negara berkenaan akan menjadi negara boneka Barat dan pemimpinnya pula akan dicucuk hidung untuk mengikuti apa sahaja yang diarah dan diperintah oleh Barat. Lihat saja keadaan di Iraq dan Afghanistan dan selepas ini di Tunisia dan Libya. Mesir mungkin terlepas daripada kongkongan Barat kerana apa yang berlaku di negara itu bukan dihasut oleh Barat atau CIA Amerika Syarikat.

Amerika kini menguasai minyak Iraq sepenuhnya manakala Britain, Perancis dan Itali akan menguasai pengeluaran minyak Libya.

Dalam kes Iran, pengganas Zionis Yahudi akan berdepan dengan cabaran paling hebat jika mereka cuba menyerang Iran. Negara majoriti Syiah itu bukan mudah ditakut-takutkan kerana Iran juga memiliki kekuatan yang setanding walaupun tiada senjata nukliar.

Sekiranya Zionis Yahudi dan Amerika menyerang Iran, mereka melakukan satu kesilapan besar yang akan mengaitkan negara-negara lain termasuk yang memiliki senjata nukliar. Sudah tentu Israel dan Amerika serta pelesit mereka di Eropah akan berfikir panjang sebelum melakukan sebarang tindakan bodoh.

Adalah sesuatu yang bukan mustahil peperangan nukliar akan tercetus sekiranya Iran di serang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan