Anwar Dipenjara, Umno HANCUR !!!

reformis1998
anwar ibrahim
Ramai Rakyat Malaysia mesti pernah merasakan keadaan “Déjà vu” pada tahun 1998, dimana kes Fitnah 1, yang menyaksikan tilam kotor telah diseret berulang kali ke mahkamah, kemudian Anwar diracun dengan arsenic di dalam penjara dan tuduhan eksploitasi seks yang dibuat oleh “anak dara” Ummi Hafilda dibuat di mahkamah Malaysia yang telah mengundang ketawa dari Rakyat Malaysia.

Siapakah yang kecewa apabila tuduhan Fitnah 1 telah diterbalikkan oleh Mahkamah Agung pada tahun 2004 dan Anwar dibebaskan?

Jawapannya bukan Najib Tun Razak, tetapi bekas PM, Mahathir Mohamad, yang mahukan Anwar kekal di penjara.

Bagi Mahathir, ia adalah penyelesaian dendam lama. Warisan dan dinasti politik beliau yang pada mulanya boleh berjaya tanpa gangguan, tetapi sekarang ini sekali lagi “diganggu” hebat dengan adanya Anwar di luar.

Sebab itu, sejak kebelakangan ini, Mahathir yang sudah kelihatan amat tua, masih lagi membicarakan mengenai Anwar Ibrahim, bagaikan ada sesuatu di dalam dirinya yang belum dilepaskan sebelum dia mati !

Fitnah 2

Di dalam kes Fitnah 2, percubaan oleh Najib dan Saiful Bukhari membuat fitnah terhadap Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebenarnya adalah juga satu perbicaraan rakyat.

Ia adalah salah satu perkara penting di mana rakyat Malaysia menyaksikan sendiri kekotoran terhadap pemerintahan salah guna kuasa kerajaan Bn, kezaliman terhadap rakyat dan hapusnya integriti terhadap kebebasan badan kehakiman dan ketidaketpercayaan semula rakyat terhadap polis.

Bagi kebanyakan pemerhati, perbicaraan yang dihakimi oleh Mohd Zabidin Mohd Diah, nampaknya sudah memutuskan nasib Anwar Ibrahim. Rakyat akan memerhatikan hakim menyampaikan keputusan Anwar dihukum penjara.

Namun, Anwar telah menyebut beberapa kali sebelum ini, bahawa dia telah "disediakan bagi yang terbaik, tetapi bersedia menjangkakan yang paling buruk", apabila diminta mengulas mengenai apa yang beliau fikirkan keputusan hakim terhadap kesnya.

BN akan kalah teruk

Dalam kajian berdasarkan pelbagai laporan perisikan, telah menunjukkan bahawa Bn akan kalah teruk pada PRU13. Pemerhati politik mendakwa, Najib mahukan Anwar dipenjara dan seterusnya mengumumkan tarikh untuk pru13 dalam tempoh tersebut. Najib akan mendakwa bahawa bukannya dia yang membuat keputusan memenjarakan Anwar, tetapi hakim yang telah membuat keputusan.

Mungkin ini adalah apa yang selalu pemerintah autokratik berkata, “bebaskan diri daripada tanggungjawab mereka, dan alihkan kesalahan itu ke atas orang lain dalam pentadbiran mereka”.

Ingat bagaimana Mahathir menafikan bahawa beliau telah mengarahkan Operasi Lalang dan berkata bahawa tindakan keras yang telah diberi kuasa oleh Ketua Polis Negara Haniff Omar?

Atau seperti di Syria, Presiden Assad yang mengisytiharkan baru-baru ini, bahawa dia tidak memerintahkan tindak balas yang kejam pada rakyatnya, bahkan tenteralah yang bertanggungjawab ke atas keganasan.

Malangnya, Najib tidak sangat kreatif dalam perancangan untuk menghapuskan Anwar. Sebab itu Najib menjual semula Fitnah 2 dengan isu yang sama.. Liwat, yang terdahulunya dibuat oleh Mahathir.

Cuma pada tahun 2011, plot fitnah telah diubah sedikit. Perubahan hanya pada pelakon seperti Saiful, seluar berlumuran air mani beliau dan dakwaan dia mengadakan hubungan seks dengan beberapa lelaki seperti mana terdapatnya air mani beberapa lelaki di duburnya.

Ini adalah gangguan semata-mata. Tetapi, teras utama adalah bahawa Najib perlu untuk memenangi PRU13 dengan segala daya upaya.

Rakyat sudah menganggap ini semua satu LAWAK JENAKA FITNAH KE-2 paling besar di dalam sejarah Malaysia. Rakyat memang tidak percaya dengan Fitnah ini.

Sebab itu, Bn akan menyaksikan satu Tsunami Amat Besar akan melanda politik Negara ini, apabila Anwar dipenjarakan.

Keadaan ini berlaku disebabkan pengundi-pengundi atas pagar terutamanya orang-orang Melayu, yang sekarang ini menjadi harapan UmnoBn untuk menang, akan pasti memberi undi simpati kepada Anwar Ibrahim.

Ini akan pasti berlaku, kerana bagi orang-orang Melayu terutamanya yang masih ada keimanan Islam mereka, pasti tidak dapat menerima Fitnah tersebut, apatah lagi mahu bersubahat dan mendapat dosa besar dengan menyokong fitnah dan kezaliman yang telah berlaku.

Mereka pasti akan bangun menentang kezaliman UmnoBn terhadap Anwar Ibrahim sepertimana berlaku kebangkitan orang-orang Melayu pada tahun 1998.

Umno, bahkan sesiapapun tidak akan dapat menahan Gelombang Rakyat ini.

Dengan sokongan yang diperolehi dari pengundi Melayu atas pagar ini, disamping sokongan Melayu sedia ada, dan sokongan padu masyarakat Cina serta sokongan orang-orang India, maka sudah PASTI UmnoBn akan berkubur dan menjadi sejarah di Negara ini.
ANAK MUDA
INGAT Najib !!!! Anak-anak Muda akan bangkit dengan darah dan nyawa sekalipun menentang KEZALIMAN oleh kamu dan UmnoBn, kerana kebangkitan kami adalah untuk masa depan RAKYAT MALAYSIA !!!

AYUH !!! Anak Muda … kita bangkit menentang kezaliman !!!

1 ulasan:

  1. Insyallah orang yang enggan bersumpah dengan nama Allah SWT tapi menyokong allah Christian herld akan hancur lebor macasm Arbhah dengan gajah-gajahnya.

    BalasPadam