'Bendera Najib': Siswa enggan mohon maaf


Penganjur perhimpunan yang menyaksikan bendera Datuk Seri Najib Razak diturunkan di ibu pejabat Umno pada Sabtu lalu tidak akan memohon maaf kerana merasakan ia merupakan hak mereka untuk bersuara.

Presiden Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Ahmad Syukri Abdul Razab menjelaskan, tindakan itu merupakan lambang hilangnya keyakinan mereka terhadap kepimpinan perdana menteri.

student handing memo to umno on academic freedom crowd

Katanya, ini ekoran agenda tranformasi yang diperkenalkan gagal meyakinkan rakyat dalam beberapa dasar, seperti berlakunya tangkapan bawah Akta Keselamatan dalam Negeri ISA selepas diuumum akan dimansuh.

Justeru, bercakap dalam sidang media di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor, Ahmad Syukri berkata, kumpulan mahasiswa tidak akan mengeluarkan sebarang permohonan maaf.


Semasa perhimpunan menuntut kebebasan akademik kelmarin, kumpulan mahasiswa merendahkan bendera Najib yang terletak sebaris dengan semua bekas presiden Umno.



Mereka menggantikannya dengan kain rentang pro kebebasan akademik untuk beberapa minit sebelum sebelum menaikkannya semula.


Tindakan itu menimbulkan kemarahan pemimpin Umno termasuk Ketua Pemuda Khairy Jamaluddin dan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah yang menuntut permohonan maaf dibuat.
-malaysiakini-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan