Gempar! Terbongkar rahsia Guan Eng oleh Teresa

Helen Ang
Cerita meledak ini mula-mula diteropongi . (Hat-tip)

Saya akan mengolahnya dengan lebih lanjut. Orang kuat DAP Teresa Kok baru-baru ini ditemuramah TV Selangor dalam rancangan Fokus Berita bersama Ahli Parlimen PAS Khalid Samad dan Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Rani Othman.(Baca Harakah hari ini.)

Tajuk perbincangan ahli-ahli panel ialah ‘Politik konspirasi Kristianisasi’ untuk menangkis tuduhan dibuat Umno tentang puak evangelis yang dianggap sebagai suatu ancaman.

Pada minit 13:20 (lihat YouTube bawah) Teresa ditanya oleh Khalid tentang keadaan yang sebenarnya kerana sering disalahfahamkan DAP sebuah parti Kristian.

Teresa menjawab:

“Pengerusi DAP Karpal Singh seorang Sikh, penganut agama Sikh. YB Lim Kit Siang, Lim Guan Eng ini saya ingat mereka tak ada apa-apa agama tertentu lah. Dan saya rasa di parti DAP penganut agama Hindu lebih ramai daripada penganut agama Kristian. Penganut agama Kristian di kalangan keahlian DAP ini memang yang paling kurang sekali … paling minoriti.” http://youtu.be/KoQMPflXOyU

Saya pernah mengulas status minoriti orang Kristian Cina dengan merujuk kepada Banci Penduduk Malaysia 2010. Dianggarkan bahawa orang Cina yang beragama Kristian mungkin kurang dua setengah peratus (lihat carta pai dan perangkaan sini).

Namun Kristian yang berkuasa di DAP dan mempunyai pengaruh kuat. Di zaman kolonial dahulu, pun penjajah British yang berkuasa walaupun bilangan pegawai-pegawai orang putih di tanahair tidak ramai.

Boleh juga membaca Suara ‘silent majority’ lemas di mana saya mengatakan penganut Buddha ditenggelami evangelis Cina yang begitu lantang serta galak menyinsing lengan (umpamanya Bishop Paul Tan).

Meneladani gelagat agresif Si Bishop

Yang menjadi isu bukanlah lunas-lunas fahaman Kristian mahupun para pengikutnya tetapi bagaimana DAP mempolitikkan agama demi menambah undi. Tindakan agresif inilah yang meningkatkan ketegangan kaum.

Persengketaan antara tamadun (‘clash of civilizations’) bukan sahaja membabitkan politikus tetapi juga media pro-pembangkang yang menyokong golongan Kristian.
Contohnya kolum yang paling popular dalam portal berita The Nut Graph adalah yang bersangkut-paut dengan hal-hal agama (misalnya mendakwa orang Kristian ditindas).

Kolumnis tersebut, yang juga pengarang TNG, adalah Bishop Paul dalam bentuk wanita. Anda bacalah sendiri tulisannya, ‘
KUALA LUMPUR, Dec 13 — Many Christians feel victimised and are convinced they are being used as political pawns to win Muslim votes in the next general election, a number of church leaders have said.
The church leaders told the New York Times in a report published today that there was generally a feeling of Christian-bashing among the community which makes up less than 10 per cent of the population and consists of most major denominations. — The Malaysian Insider

Berbalik kepada kenyataan Teresa bahawa YB Lim Guan Eng “tak ada apa-apa agama tertentu”.
Pada hari Ahad berikutan peristiwa pemeriksaan/serbuan JAIS atas Damansara Utama Methodist Church, Guan Eng – diiringi Teresa dan Hannah Yeoh – menghadiri upacara keagamaan mingguan di DUMC untuk memberikan sokong moral kepada gereja tersebut. — laporan Utusan.

Jadi, Guan Eng hadir di DUMC hari itu untuk tujuan sembahyang jemaah ataupun untuk berpolitik?

Adakah politikus DAP 2.0 yang tidak tahu menghormati masjid [Teo Nie Ching juga Kristian evangelis, sini) turut memperlekehkan kesucian gereja?

'Perang salib'

Satu lagi tajuk berita Utusan pada 18 Mei 2011 berbunyi 'Guan Eng cuba hasut penganut Buddha, Hindu'.

Naib Ketua Pemuda Gerakan Pulau Pinang mendakwa Guan Eng cuba melaga-lagakan penganut pelbagai agama di negara ini melalui perutusannya sempena Hari Wesak.

Kata H'ng Khoon Leng, seolah-olah Guan Eng menghasut penganut Buddha dan Hindu supaya membenci orang Melayu yang beragama Islam. "Apabila saya baca [perutusan tersebut], saya amat kecewa kerana Guan Eng mempolitikkan ucapan tersebut yang sepatutnya menyeru kepada kebaikan,” kata Khoon Leng.

Satu repot polis juga telah dibuat terhadap Guan Eng berkaitan dakwaan hasutan itu.

Hari Wesak ialah untuk memperingati Gautama Buddha tetapi perutusan Guan Eng (yang berjumlah 421-patah perkataan) tidak menyebut nama ‘Buddha’ walau sekalipun. ‘Buddhist’ hanya dipakai Guan Eng untuk merujuk kepada pertubuhan Malaysian Buddhist Association.

Sebaliknya perkataan ‘Kristian’ disebut Guan Eng lapan kali walhal hari itu sambutan Wesak. Dia juga menuduh Ibrahim Ali sebagai menyeru supaya Muslim berjihad menentang orang Kristian. Apa kena-mengena ketua Perkasa dengan Hari Wesak atau pengasas agama Buddha untuk Guan Eng mengungkitkannya?

Antara kandungan perutusan Guan Eng yang berbaur hasutan dalam perutusannya pada Mei 17 selaku setiausuha agung DAP ialah:

Perenggan 3: “Malaysians are shocked and outraged at the inaction by the Home Ministry against Umno-owned paper Utusan Malaysia, for publishing dangerous lies of a Christian conspiracy with DAP to set up a Christian state, that is clearly intended to incite hatred against Christians. The BN government has also refused to act against Perkasa’s Ibrahim Ali for making Christians an object of hate by calling for a crusade (perang jihad) against Christians. Home Minister Datuk Seri Hishamudin Tun Hussein Onn even refused to call Ibrahim Ali an extremist for launching this crusade against Christians.”

Perenggan 4: “DAP is willing to work with all Malaysians including non-Umno component members in BN to oppose this crusade …”

Perenggan 5: “Are non-Malays and non-Muslims an easy target to be blamed and kicked around …?”

Manakala sehari awal pada Mei 16, Guan Eng telah berkata dalam perutusan Wesaknya selaku Ketua Menteri Pulau Pinang:

“Even though Christians and not Buddhists are targeted by Umno and Utusan Malaysia this time, what is there to stop Budhhists and Hindus from being the next targets in future”?

Guan Eng juga memetik sebuah sajak terkenal oleh paderi Kristian bernama Martin Niemoller yang menggambarkan penindasan Nazi terhadap kaum-kaum minoriti.

Sekiranya apa yang didedahkan Teresa adalah betul, dan Guan Eng sebenarnya tidak memeluk apa-apa agama, adakah keasyikannya menimbulkan isu-isu Kristian sekadar memperkudakan agama untuk membuak politik benci DAP?

Mungkin atas sebab itu juga, Guan Eng sanggup membayangkan dirinya paling berminat mencontohi Khalifah Umar Abdul Aziz.

Agama boleh ditukar-tukar mengikut musim asalkan ada imbuhan politik.
-mindarakyat-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan