Majlis Rapat Rakyat di seluruh negara bermula 4 Dis. di Selangor


SHAH ALAM 2 DIS: Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat telah memutuskan untuk mengarahkan negeri-negeri mengadakan Rapat Rakyat sebagai langkah mengembeling seluruh jentera komponen pakatan dalam menghadapi Pilihanraya Umum ke-13 nanti.

Menurut surat arahan yang dikeluarkan Sekretariat Pakatan Rakyat semalam, setakat ini tiga lokasi telah dikenal pasti untuk diadakan majlis tersebut.

Sementara beberapa lagi lokasi di seluruh negara akan diputuskan kemudian.

Lokasi tersebut adalah Rapat Rakyat Selangor pada Ahad, 4 Disember 2011 bertempat di Perkarangan Stadium Melawati Shah Alam dari jam 7.00 - 12.00 malam.

Rapat Rakyat Perak pada Sabtu, 10 Disember 2011 di perkarangan Kilang Weng Lee Sawmill Beruas, Perak pada jam 7.00 - 12.00 malam.

Rapat Rakyat Pulau Pinang pada 18 Disember 2011 di Stadium Bandaraya Pulau Pinang jam 7.00 - 12.00 malam.

Pada majlis tersebut ketiga-tiga pemimpin tertinggi komponen Pakatan akan hadir yang terdiri dari Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mursidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat, Presiden PAS, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Setia usaha DAP. Lim Guan Eng serta kepimpinan tertinggi komponen pakatan.

Pada tarikh yang sama Jawatankuasa Pilihanraya komponen Pakatan di negeri terbabit akan memberi taklimat berhubung persediaan pilihanraya kepada wakil majlis pimpinan Pakatan Rakyat.

Turut serta dalam taklimat tersebut terdiri dari wakil-wakil setiap parti komponen pakatan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan