PRU-13, Shahidan atau Isa Sabu bakal tersungkur

WAN NORDIN WAN YAACOB
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhuN6qsTNiQ6KUmh-tFs-2pJjw5ZKYgX3n75zGAMDLhfYytx2If2TftLAL88wvDG9Ug227eVbR_fXiYyuNu9pXQ72uB426VSs40Lcxuc-Y9BrHk82tXsc71e6gNIbSvapOBUbkvtF5Vg4Fm/s1600/mb+mantan.jpg
Perlis bukan sebuah negeri yang memiliki keluasan yang besar seperti Pahang mahupun Sarawak. Kedudukan Perlis di hujung sempadan antara Malaysia-Thailand sedikitpun tidak memberi kelebihan kepada pintu masuk Malaysia itu untuk berkembang pesat sebagai pengkalan darat.



Namun Perlis pernah mencatat sejarah politik yang menggemparkan negara semasa bantahan sebilangan pihak ke atas pelantikan Dato' Seri Dr Mohd Isa Sabu selaku Menteri Besarnya selepas pilihan raya umum 2008.

Bantahan dipercayai dilakukan oleh pihak bekas Menteri Besar, Dato' Seri Shahidan Kassim yang disokong oleh jentera BN di peringkat pusat.

Sejak pelantikan Isa Sabu menerajui Perlis, negeri itu tidak sunyi daripada isu-isu politik membabitkan MBnya mahupun bekas MB.

Ketika itu ramai yang meramalkan, Isa Sabu mendapat tentangan hebat dalam melaksanakan tugasnya kerana 'bayang-bayang' Shahidan tetap menghantuinya.

Perlis hanya memiliki tiga kawasan Parlimen dan 15 Dewan Undangan Negeri (Dun), namun berantakan kes Isa Sabu- Shahidan mampu menerobos hingga ke Kuala Lumpur malah ke Putrajaya.

Rakyat Perlis sendiri bingung kerana anyak perkara yang dilakukan oleh Md Isa dibandingkan dengan bekas Menteri Besar Perlis itu.

Seperti diketahui umum, Shahidan bukan orang baharu menerajui Umno dan BN di Perlis.Pengalaman menerajui BN selama tiga penggal menjadi Menteri Besar menjadikan Shahidan sebagai 'orang kuat' BN di Perlis.

Isa Sabu sebelum ini bukanlah 'permata' bagi memimpin BN di sana, malah namanya cukup tidak popular walaupun telah menjadi Adun beberapa kali.

Shahidan punyai pengaruh dalaman Umno dan juga melestarikan benih persahabatan dengan beberapa Mufti terdahulu termasuk dengan Dr Mohd Asri Zainul Abidin serta Dr Juanda Jaya.

Ramai yang ragu dengan keupayaan Md Isa menerajui Perlis kerana MB Perlis itu bukanlah seperti 'super star' Umno Perlis antaranya, Dato' Seri Azmi Khalid; Dato' Seri Radzi Sheikh Ahmad dan Shahidan sendiri.

Mereka bertiga (Shahidan, Azmi dan Radzi) cukup lama, dan sudah membina proksi politik yang cukup ramai di peringkat negeri dan pusat.

Radzi seperti diketahui umum adalah orang kepercayaan Tun Abdullah Ahmad Badawi sementara Azmi sangat berpengalaman menerajui beberapa kementerian dan kini menjadi Pengerusi Jawankuasa Kira-kira Wang Awam (PAC).

Kemudian populariti Azmi ditambah dengan penikahan bersama Pengacara Popular TV3, Datin Seri Normala Shamsuddin.

Shahidan pula cukup aktif dalam lapangan sukan termasuk menerajui Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) selain seorang pemimpin yang cukup lantang menerjah pembangkang.

Cerita-cerita kehebatan Azmi, Shahidan dan Radzi membayangi kisah hidup Md Isa yang jauh tenggelam dan sangat tidak dikenali.Malah hingga kini, Md Isa bukanlah seorang MB yang menjadi bualan umum.

Nama Adun Bintongan ini hanya dikenali kerana kontroversi pelantikan MB yang menyebabkan beliau 'berlaga' dengan Shahidan yang tidak terpilih.

Menjelang pilihan raya umum ke-13, politik Perlis dikatakan semakin rancak dengan pertembungan antara kelompok yang mewakili individu yang disebutkan tadi.

Jika sebelum Mac 2008, hanya ada kelompok Shahidan, Azmi dan Radzi, kini muncul satu lagi kelompok iaitu 'kumpulan Md Isa'.

Sebagai MB, Md Isa sendiri pastinya mahu mempertahankan kedudukannya ditakhta tersebut memandangkan ia adalah kemuncak kejayaannya sepanjang bergelar wakil rakyat.

Sementara jawatan itu adalah jawatan yang sangat dikehendaki wakil-wakil rakyat Umno-BN kerana ia mendatangkan 'keuntungan' jika mereka mampu menggunakan kedudukan itu sebaik mungkin.

Jika tidak, masakan berlaku krisis antara Md Isa dan Shahidan semasa pemilihan MB selepas Mac 2008?

Perlis sebenarnya tiada sumber yang besar yang membolehkan seseorang MB-nya meratah kekayaan kerana setiap tahun negeri sekecil sebuah daerah Baling di Kedah.

Perlis juga tidak memiliki 'emas di perut bumi' (petroleum) yang ingin direbutkan oleh mana-mana wakil rakyat yang berhasrat menjadi Menteri Besar.

Namun, menjadi Menteri Besar bagi seseorang wakil rakyat Umno-BN adalah peluang yang besar sebesar namanya untuk mengaut laba dari jawatan tersebut.

Pergolakan politik Perlis tidak akan sekecil keluasan tanah negeri ini, kerana semakin dekat tarikh pilihan raya, semakin sengit permainan antara kelompok yang wujud di sana.


Pastinya penyokong disetiap kelompok akan menuruti sahaja apa yang disuarakan ketuanya yang akan menyaksikan perpecahan mengikut ketua masing-masing berlaku di negeri kecil itu.

Malah lebih parah lagi, rencah perpecahan yang sebenarnya sudah lunak di peringkat Umno-BN pusat antara Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak dengan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin membantu perpecahan di Perlis.

Umno Perlis sebenarnya tidak memiliki kekuatan untuk melakar apa sahaja pelan perubahan di Pusat kerana Perlis hanya ada tiga bahagian Umno sahaja yang juga Parlimen.


PAS telah berjaya menembusi dua kubu kuat Umno di Bahagian Arau iaitu di Dun Simpang Empat (Ruslee Eizan) dan Dun Sanglang, (Ustaz Hashim Jasin).

Kejayaan PAS ini sebenarnya merisaukan Md Isa dalam berdepan pilihan raya umum ke-13.Meskipun kejayaan PAS hanya tipis di Sanglang dan Simpang Empat, namun gelodak percakaran antara kelompok di Perlis melemaskan perpaduan Umno.

Md Isa bukanlah orang yang mampu menjernihkan percakaran yang sebenarnya menjadi hangat kerana kehadirannya selaku MB selepas PRU-12.

Apakah, percakaran itu bakal menenggelamkan kapal layar Umno yang bertahan sejak 12 pilihan raya lalu di Perlis, ianya mungkin kini menjadi 'sebuah mimpi negeri' dalam setiap lena Md Isa Sabu.

Jika Perlis tumbang ke tangan Pakatan Rakyat, Md Isa adalah orang yang bakal di serang Shahidan mahupun Azmi atau Radzi kerana kegagalan itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan