Tiga Remaja Ditemui Mati Dengan Kesan Tikaman

MELAKA: Tiga lelaki ditemui mati dengan kesan tikaman di badan dipercayai akibat pergaduhan di Jalan Kampung Solok, Pengkalan Balak, Masjid Tanah, malam Jumaat.

Mayat Lan Ee Shen, 20, dan Chong Sang Keong, 17, ditemui di tempat kejadian manakala Tai Chi Yong, 18, mati ketika mendapat rawatan di Hospital Terendak.

Ketua Polis Melaka, Datuk Chuah Ghee Lye berkata, berdasarkan siasatan awal polis percaya kejadian itu mungkin berpunca daripada pergaduhan antara dua kumpulan.

"Pada mulanya polis menerima laporan daripada penduduk kampung mengenai kejadian kemalangan jalan raya.

"Kami menemui dua motosikal dipercayai milik mangsa serta telefon bimbit dan dompet milik mangsa. Tiada senjata ditemui di sekitar kawasan kejadian," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, Tai dibawa oleh bapanya ke hospital untuk rawatan. Ketiga-tiga lelaki itu berasal dari Taman Mengkuang, kira-kira dua kilometer dari tempat kejadian.

Chuah berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Sementara itu, Lan Soon Heng, 49, ketika ditemui berkata beliau dimaklumkan mengenai kejadian membabitkan anaknya (Lan Ee Shen) itu pada pukul 10.40 malam.

"Saya terus ke tempat kejadian dan ketika saya tiba di sana, saya nampak anak kedua saya itu di tepi jalan, dia masih hidup...badannya cedera parah dengan kesan tikaman.

"Dia mati beberapa minit kemudian...saya tak sempat nak bawanya ke hospital," katanya.
-Bernama-

Dua bangkai makhluk misteri ditemui


SATU bangkai tanpa kepala yang ditemui di di pantai Shadmoor State Park, Montauk, Long Island, New York pada Ahad lalu.

NEW YORK: Dua bangkai makhluk ganjil dijumpai di pantai Shadmoor State Park, Montauk di Long Island dan Pelabuhan Three Mile, New York pada Ahad lalu, lapor akhbar The East Hampton Star semalam.

Seorang lelaki, Arthur Beckenstein menemui bangkai seperti seekor anjing yang besar, rusa atau anjing laut di tepi pantai Shadmoor State Park.

"Saya yakin terdapat penerangan logik tentang apakah binatang yang saya temui ini.

"Pada awalnya, saya ingat ia bangkai seekor anjing yang besar, rusa atau anjing laut. Ukuran tulang rusuknya ialah sepanjang 61 hingga 76.2 sentimeter. Bentuk tulang belakangnya kelihatan seperti buaya sedangkan tiada reptilia besar hidup di kawasan ini," katanya.

Menurut akhbar itu, penemuan itu menimbulkan persoalan sama ada ia merupakan makhluk asing atau hasil eksperimen pentadbiran Amerika Syarikat (AS).

Pada jarak sejauh 32 kilometer dari pantai itu, Eileen Murphy dan Jane Bimson terjumpa satu bangkai haiwan tanpa kepala yang mempunyai tulang rusuk serta ekor seperti ikan duyung.

Mereka kemudian merakamkan dua keping gambar dan menghantarnya ke Yayasan Penyelidikan dan Pemuliharaan Marin Riverhead.

Pakar biologi dari yayasan itu, Kim Durham menyatakan dia tidak dapat mengenal pasti makhluk tersebut dan memerlukan sampel asid deoksiribonukleik (DNA).

Namun, apabila mereka kembali ke lokasi sama pada keesokan harinya, bangkai itu telah hilang.

Kedua-dua bangkai itu ditemui tanpa kepala.
-Agensi-

Wak Din "Freddie Krueger" Tak Pandai Auta!

LeeSlimShady
Saling hormat perbezaan agama: Muhyiddin -Utusan Melalok

KUALA LUMPUR 20 Jan. - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, rakyat Malaysia perlu saling menghormati perbezaan kepercayaan agama kerana ia adalah ramuan bagi kehidupan yang harmoni.

"Sikap toleransi di kalangan masyarakat pelbagai kaum perlu dikekalkan agar negara terus menikmati keamanan dan kestabilan,” katanya dalam kenyataan sempena sambutan Thaipusam di sini hari ini.


Muhyiddin berkata, toleransi merupakan proses dua hala dan oleh itu, semua rakyat Malaysia perlu memahami dan mengambil kira sensitiviti pelbagai kaum di negara ini bagi mencerminkan semangat toleransi dalam erti kata sebenar.


"Saya yakin dengan mengamalkan prinsip 1Malaysia, iaitu penerimaan serta sikap keterbukaan sesama warganegara, kita akan dapat mengeratkan hubungan antara kaum serta meningkatkan persefahaman,” katanya.

Beliau dan keluarga turut mengucapkan selamat menyambut Thaipusam kepada semua penganut agama Hindu di seluruh negara. - Bernama


Warghh...Kah...Kah.....Kepala Lembu Masak Asam...Kah...Kah...Kah

Wak Din freddie krueger sedang bersabda di hari yang mulia,ada berapa banyak kepala lembu kat depan banguna S.U.K.Perlu hormati perbezaan agama dan kalau boleh serbu lagi banyak lagi ceramah agama tak kira Sunnah atau Syiah.

Toleransi yang tak cukup kepala lembu boleh lagi campak kepala ayam dalam tokong cina,kalau tak cukup kepala boleh sembelih kepala Khusrin kasi tambah korum kah...kah...kah

http://www.pejuangpro-demokrasi.blogspot.com

Pengundi Tenang diajak tinggalkan Umno BN

Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, mengajak pengundi Tenang meninggalkan Umno dan BN pada pilihan raya kecil Dun itu 30 Januari ini.

 
Menurutnya, walaupun Johor adalah kubu Umno, namun tidak bererti perubahan tidak boleh dilakukan demi untuk perjuangan Islam.

Katanya, sewaktu PAS bergabung dengan Umno lagi negeri itu telah kuat dengan parti itu sehinggakan tidak memberi peluang pada calon PAS untuk bertanding sedangkan negeri lain dibenarkan.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di pejabatnya kelmarin ketika ketika diminta mengulas pilihan raya kecil Dun berkenaan.

Beliau yang akan turun ke Tenang bagi membantu calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat, Normala Sudirman seterusnya berkata, Saidina Omar yang terkenal dengan berangnya memusuhi Islam akhirnya menerima Islam dengan kehendak Allah.

“Begitu juga Panglima Perang, Khalid Ibni Walid, juga menerima Islam dengan kehendak Allah, jadi tidak mustahil pengundi Dun Tenang akan melakukan perubahan,” ujarnya.

Kerana itu, sambungnya pengundi diminta mengundi calon Pakatan di Tenang dan meninggalkan Umno.

Sehubungan itu, Tuan Guru turut memaklumkan beliau akan berkempen bagi membantu calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat sebaik sahaja selepas penamaan calon.

Menurutnya, beliau akan membawa kebenaran perjuangan Islam sebagaimana yang terkandung dalam al-Quran 30 juzuk.

“Saya akan bawa di sana Islam al-Quran 30 juzuk dan gurunya Rasulullah s.a.w., yang membawa kebenaran itu./Bpie
-selatanonline.net-

UMNO Dan MCA Bergilir-gilir Menghina Islam

Pelakon porno yang menjadi Presiden MCA buat hal lagi.  Kalau tidak berapa lama dulu dia melabelkan Islam sebagai korup dan punca kemelaratan serta mempersoalkan kedai-kedai di Kota Bharu ditutup pada Hari Raya Korban, kini dia memperlekehkan cara wanita Islam bersalam dengan orang bukan muhrim dan menakut-nakutkan orang Cina dengan negara Islam tajaan PAS tanpa sedikit pun menyelami makna perkataan "Islam" yang berulang kali disebutnya.  Itulah yang dia dapat ssetelah berkawan rapat dengan UMNO.

 Beriya-iya benar dia menghentam Islam hingga tidak sedar noda zina yang terpalit pada dirinya.  Semua orang yang siuman akan berasa hairan bin ajaib jika orang Cina terpengaruh dengan kata-kata beracun yang keluar dari mulut pelakon porno yang sudah pasti tidak bermoral itu.

Lebih menghairankan lagi adalah kesanggupan MB Johor tumpang sekaki mengutuk Islam. Dia mendakwa negara Islam sebagai satu ancaman yang perlu dibanteras.  Lupakah dia bahawa konsep itu hanya akan menjadi kenyataan apabila semua rakyat negara ini tanpa mengira agama dan bangsa benar-benar memahami dan menerimanya?  Lupakah UMNO bahawa tiada paksaan dalam Islam?

MCA semakin melampau sekarang ini. UMNO pun dah jadi hampir sama dengan MCA.  Sudahlah rakan bukan Islam mereka dibiarkan menghentam Islam, mereka yang mengaku Islam pun hentam Islam tanpa segan silu.  Sebelum itu, perasuah Isa Samad membuat pengakuan bahawa dia tidak tahu sangat tentang Islam.  Namun, secara tersirat dia mengakui pula kejayaan PAS memahamkan prinsip Islam kepada rakan bukan Islam dalam Pakatan Rakyat.

Nampaknya orang Islam dalam UMNO semakin kelam-kabut sejak akhir-akhir ini.  Mereka main sesah sahaja tanpa mengira dosa pahala.  Sudah tidak takutkah dengan hukuman Allah?

Semua umat Islam di negara ini perlu berhati-hati dan berwaspada dengan golongan ini.  Usahlah bersekongkol dengan sikap mereka yang lebih rela mencemarkan kesucian Islam daripada memelihara dan membelanya.  Adakah kerana terdesak mereka kehilangan idea untuk berhujah?  Adakah kerana kuasa mereka ketepikan agama? Siapa yang mengajar mereka untuk bersikap demikian? 

Sebelum terlanjur lebih jauh, beristiqfarlah. Mohonlah keampunan Allah.  Kembalilah ke pangkal jalan sebelum diturunkan bala. /TMutiara  
 

Ahmad Said/UMNO Terengganu TERHIDU LEMAH

mohdnoorawang
Banyak diperkatakan pentadbiran Dato' Sri Ahmad Said sebagai menteri besar Terengganu lemah dan ada hala tuju yang jelas.  Ahmad Said telah terhidu kelemahannya. Fikiran dan daya fikir seorang pemipin sesebuah negeri terletak pada bijaksana serta matang buah fikirannya . Ahmad Said tidak cerdik, TIDAK LAYAK MENJADI MENTERI BESAR TERENGGANU.

Pertama. Ahmad Said mengadakan peruntukan cukup besar kepada setiap kawasan DUN sebanyak RM3 JUTA.  Tujuan untuk pancing undi dan memperkayakan ketua DUN dan wakil rakyat DUN.

Kedua. Ahmad Said gagal mengadakan satu anjakan ekonomi Terengganu. Malah Perbadanan Memajukan Iktisab Negeri Terengganu dibawah Ahmad Said lemah dan tidak ada  hala tuju yang boleh membawa perkita ekonomi rakyat.

Ketiga. Ahmad Said hanya "mengkosmetikannya" projek yang dibuat semasa zaman Dato' Seri Idris Jusoh. (walaupun projek zaman Idris Jusoh ada yang runtuh dan ada unsur salahlaku, SPRM tidak mampu siasat, ini yang menjadi bual bicara semua rakyat.)

Keempat. Ahmad Said dengan exconya serta sebahagian pegawai tadbir kanan negeri gagal menjadikan negeri Terengganu maju dan cekap tadbir urus. Pertanian, Perikanan adalah teras bagi penduduk Terengganu. Gagal mengadakan satu anjakkan yang kompetitif.

Kelima. Cukup jelas Ahmad Said tidak sepatutnya menjadi menteri besar Terengganu dengan bajet tahunan sebanyak hampir RM2 BILION setiap tahun. Namum rakyat tidak merasai dan mengecapi pembanguanan yang dicanangkan oleh Ahmad Said.

Keenam. Ahmad Said lebih boroh dari Idis Jusoh. Berselindung dengan sukan rakyat dan hiburan rakyat dalam asa yang sama kroninya bikin wang berjuta-juta.

Bagaimana kalau dicadangkan Ahmad  Said diguling pada PRU13 dan digantikan dengan orang yang lebih kompiten dari galangan UMNO jika ada.

Atau bagaimana kalau kita tumbangkan BN/UMNO dan Ahmad Said dalam PRU13. Ahmad Said dan UMNO Terengganu telah terhidu gelombang rakyat yang bencikan pada pemerintahan Ahad Said dan kroni UMNO yang rakus merompak harta dan wang rakyat.

Dalam kepala fikiran UMNO dan Ahmad Said, menteri besar Terengganu WANG DAN PROJEK sebagai sogokkan untuk rakyat mengundi UMNO PRU13. Ada wang ada umno tidak wang tidak umno. Angak wang pangkah PAS/PAKATAN RAKYAT.
-tranungkite- 

Chegu Bard : Umno-BN 'Tidak Hirau' Rakyat Johor, Sebab Dakwa Kubu Kuat

LABIS 22 JAN: Umno-Barisan Nasional sudah tidak menghiraukan kepentingan rakyat di negeri Johor kerana beranggapan bahawa negeri itu adalah kubu kuat parti itu sejak sekian lama,kata Badrul Hisham Shaharin.

Badrul yang juga Ketua Cabang PKR Rembau berkata, waktu pilihanraya kecil ini menjadi medan Umno-Barisan Nasional untuk menunjukkan parti itu menabur bakti kepada rakyat namun realitinya hendak menutup segala kelemahan membela nasib rakyat.

 "Hendak salam Datuk Seri Najib pun tidak dapat, sebab ini kubu kuat (Umno) tidak payah pening kepala. Bila BN menang esok, dia tinggalkan semua, tidak ada aspek perubahan," katanya.

Menurutnya lagi, kerajaan pusat terpaksa menubuhkan pasukan yang dilantik untuk berhubung dengan masyarakat di negeri-negeri Pakatan Rakyat kerana tidak berjaya untuk mendapat perhatian masyarakat umumnya.

"Ada tak India yang susah? Ada, ada tak Cina yang susah? Ada. Tapi bila tiba pilihanraya tiada lagi orang susah. Bantuan datang bercurah-curah. Maksudnya ialah perubahan. Apa kita takut, yang untung adalah saudara.

Jadi saudara, demi kepentingan orang Tenang, untuk Umno-BN tabur lagi duit untuk rampas DUN Tenang, saya ajak semua, ayuh buat perubahan, menangkan calon PAS kali ini demi perubahan supaya rakyat akan lebih senang dan Tenang akan lebih bermakna pada kacamata Perdana Menteri Malaysia," ujar beliau.

Badrul Hisham juga menggesa masyarakat Melayu khusunya bijak mengambil pendekatan politik yang digunakan oleh kaum Cina untuk meningkatkan taraf kehidupan.

Justeru bersandarkan parti yang memerintah, katanya rakyat tidak perlu takut membuat perubahan memilih pemimpin baru agar mendapat manfaat. 

"Besarkan Hospital Tampin sebab apa? DAP kuat di Tampin dan DAP menang kerusi di Tampin. Rembau tidak dapat apa. Kerana itu saya mengajak saudara belajar politik daripada orang Cina. Politik berdasarkan kepentingan dan keperluan mereka.

"Hakikat sekarang saya hendak beritahu, kawasan paling maju di Malaysia adalah Bukit Bintang Kuala Lumpur. Di situ berapa banyak penggal sudah DAP jadi ahli parlimen dan menang di Bukit Bintang. Ada longkang tersumbat? Ada lampu tidak menyala? Tidak, semua benda elok.,"  jelas beliau ketika menyampaikan ceramah di hadapan kira-kira tiga ratus orang rakyat di Felda Tenang malam tadi.

Badrul menegaskan kawasan yang dipimpin Pakatan Rakyat kini terhindar dari sebarang masalah pembangunan justeru katanya bukan alasan pengundi Melayu untuk menolak PAS di DUN Tenang.
-tvsnews-

Terbuka Malaysia: Chong Wei, Taufik ke final

KUALA LUMPUR, 22 Jan: Berikut adalah keputusan separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia di Stadium Putra, Bukit Jalil di sini hari ini:

PERSEORANGAN LELAKI:

Taufik Hidayat (INA) mn Simon Santoso (INA) 21-15, 21-19;

Lee Chong Wei (MAS) mn Chen Long (CHN) 21-9, 21-9.

PERSEORANGAN WANITA:

Wang Yihan (CHN) mn Wang Xin (CHN) 21-18, 21-18;

Wang Shixian (CHN) mn Jiang Yanjiao (CHN) 21-19, 21-17.

BEREGU LELAKI:

Mads Conrads-Petersen/Jonas Rasmussen (DEN) mn Naoki Kawamae/Shoji Sato (JPN) 21-17, 22-20;

Chai Biao/Guo Zhendong (CHN) mn Mohammad Ahsan/Bona Septano (INA) 21-15, 21-14.

BEREGU WANITA:

Wang Xiaoli/Yu Yang (CHN) mn Cheng Shu/Ma Jin (CHN) 22-20, 21-19;

Tian Qing/Zhao Yunlei (CHN) mn Du Jing/Pan Pan (CHN) 23-21, 21-18.

BEREGU CAMPURAN:

Jiaming Tao/Tian Qing (CHN) mn Robert Blair(SCO)/Gabrielle White(ENG) 21-11, 21-15;

He Hanbin/Ma Jin (CHN) mn Joachim Fischer Nielsen/Christinna Pedersen (DEN) 21-17, 17-14 (menarik diri).
-Bernama-

Pramugari MAS mati disebabkan sindrom jet lag

SEREMBAN, 22 Jan: Suami pramugari Malaysia Airlines (MAS) yang mati akibat terjatuh dari tingkat 9, Hotel Radisson, Amsterdam, Belanda, minggu lepas, percaya kematian isterinya disebabkan sindrom lesu jet (jet lag).

Suami mendiang, Cheng Yin Chet, 39, mengesyaki isterinya mengalami keadaan itu semasa mendiang sedang menikmati keindahan bandar Amsterdam dari kawasan terbuka di tingkat 9, hotel tersebut di antara 12 tengah malam hingga 6 pagi (waktu Belanda).

“Sebelum isteri saya ditemui mati, dia ada beritahu saya melalui system pesanan ringkas (SMS) bahawa dia mengalami pening kepala atau jet lag,” katanya kepada pemberita di rumahnya di Seremban 2 di sini hari ini selepas tidak berpuas hati dengan pelbagai spekulasi media yang menyelubungi kematian isterinya.

Menurut kamus perubatan jet lag merupakan satu keadaan yang biasa di alami dalam satu penerbangan yang jauh yang merentasi satu zon masa ke zon masa yang lain dan akan menyebabkan individu tersebut mengalami pening serta hilang keseimbangan badan.

Sehubungan itu, Cheng yang merupakan seorang ahli perniagaan dan mempunyai seorang anak lelaki berusia 16 tahun hasil dari perkahwinan itu, menafikan isterinya membunuh diri.

“Isteri saya juga tidak bunuh diri dan tidak ada rancangan untuk bunuh diri. Hubungan kami sangat baik, mendiang sempat menghantar sms kepada abangnya di Malaysia untuk menjemput abangnya makan malam di rumah kami sempena sambutan Tahun Baru Cina,” katanya.

Beliau berkata mendiang juga ada menghubunginya dari Belanda meminta Cheng menunggu kepulangannya untuk membeli belah sempena sambutan perayaan itu.

Cheng juga melahirkan rasa kesal kerana ada spekulasi yang menyatakan bilik isterinya berselerak seperti diselongkar sedangkan perkara tersebut tidak berlaku dan wang tunai, kamera serta komputer bimbit milik mendiang masih berada di biliknya dan tidak hilang. 
-Bernama-

Polis tahan wanita berang cuba dekati Taib Mahmud

MIRI, 22 Jan: Seorang wanita berusia dalam lingkungan 40 tahun ditahan polis kerana cuba mendekati Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud sebelum beliau melancarkan program Sejiwa Senada di Padang Majlis Bandaraya Miri di sini hari ini.

Drama itu tercetus kira-kira pukul 11.30 pagi apabila wanita berkenaan, yang berbaju biru dan membawa sekaki payung serta satu beg plastik, menyusup di celah-celah orang ramai untuk menuju ke tempat VIP.

Beberapa pegawai Cawangan Khas yang melihat gelagat wanita itu serta-merta menghalang dan membawanya keluar dari khemah utama di mana majlis pelancaran itu bakal diadakan.

“Ketua Menteri perlu tahu perkara sebenar!, “ jerit wanita itu ketika diiring keluar dari tempat berkenaan.

Dia kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Miri sebelum dibebaskan tidak lama kemudian.

Wanita itu dipercayai tidak berpuas hati dengan perkhidmatan sebuah jabatan kerajaan dan ingin mengadu hal berkenaan kepada Taib.

Kejadian itu tidak menjejaskan perjalanan majlis tersebut dan Taib menyampaikan ucapan beliau seperti yang dijadualkan.

Program Sejiwa Senada anjuran kerajaan negeri itu menjadi platform bagi jabatan dan agensi kerajaan serta syarikat berkaitan kerajaan untuk mendampingi orang ramai.

Program yang berakhir esok itu menyediakan 181 gerai untuk memudahkan orang ramai mendapat penerangan tentang peranan jabatan dan agensi kerajaan terbabit, di samping mendengar cadangan dan sungutan mereka dalam usaha kerajaan menambah baik sistem penyampaian kepada rakyat. 
-Bernama-

PAKATAN DITERIMA MASYARAKAT TIONG HUA

Oleh: MEDIA PAS
PIMPINAN Pakatan Rakyat yang dianggotai oleh Yang Di Pertua PAS Batu Sapi, Hj. Hamzah Abdullah, berserta AJK PAS Kawasan Sandakan; pimpinan DAP George Hiew dan PKR Sandakan yang diwakili oleh Zainuddin Hassan, telah membuat lawatan ke pasar-pasar sekitar Kawasan Batu Sapi dan Sandakan serta bersalaman dengan masyarakat Tionghua sambil memberikan kad ucapan Selamat Tahun Baru Cina 2011.

"Kami berpuas hati di atas sambutan yang begitu mesra yang ditunjukkan oleh masyarakat Tionghua", ujar Hamzah yang berbangga kerana ada penjaja yang melaungkan kata-kata 'reformasi' serta laungan hidup PAS!

Tambah Hamzah, pihaknya akan terus menziarahi masyarakat di sekitar Batu Sapi dan Daerah Sandakan bagi mempereratkan hubungan serta silaturrahim.

Kelihatan dalam gambar Hj. Hamzah bersama rombongan pimpinan Pakatan Rakyat ketika melawat pasar di Tanah Merah dan beramah mesra dengan pengunjung pasar tersebut yang terletak dalam kawasan Batu Sapi.

Pengasas Umno kecewa dengan Umno

Khairil Abdul Rahim
ROMPIN, 22 Jan: "Saya ni pengasas Umno Rompin, saya bersama-sama berjuang menuntut kemerdekaan tapi dalam hati dan jiwa saya kini sudah tidak ada lagi Umno.

“Perit kami berjuang untuk menuntut kemerdekaan demi maruah bangsa, tapi hari ini saya sedih melihat pemimpin Umno sekarang ini berjuang hanya untuk kaya dan memewahkan diri sendiri.”

Demikianlah luah pengasas Umno Rompin, Tuan Haji Nik Ahmad Bin Nik Hassan, 81, kepada Naib Ketua Pemuda PAS Pahang Fadzli Ramly ketika menziarahi tokoh tersebut bersama Pengarah Jabatan Pilihan Raya (JPN) PAS Pahang, Abdul Majid Hassan, di rumahnya di Kampung Pulau Helang dekat sini baru-baru ini.

"Fadzli teruskanlah perjuangan demi anak bangsa dan agama," katanya kepada Fadzli yang juga bekas calon PAS Dewan Undangan Negeri (Dun) Tioman pada pilihan raya umum (PRU) lalu.

Pesara guru yang mesra dengan panggilan Cikgu Nik itu merupakan pejuang awal kemerdekaan dari Rompin sejak menuntut di Maktab Perguruan Sultan Idris (STIC) bersama dengan Allahyarham Tun Ghafar Baba.

Sebaik pulang dan berkhidmat di Rompin, beliau telah menubuhkan Umno Kuala Rompin dan rapat dengan bekas Perdana Menteri Allahyarham Tun Razak Hussein.

Ketika perisytiharan darurat pada 1948, beliau sendiri berkawal di bandar Kuala Rompin.

Kini Cikgu Nik sudah tidak kuat lagi kudratnya dan terpaksa bertongkat akibat kaki yang agak lemah kerana diabetes.

Namun dalam kelemahan fizikalnya beliau tetap mengikuti perkembangan politik tanah air. Paling membimbangkannya ialah penghakisan tanah rizab Melayu serta ramainya bangsa Melayu yang terjebak dengan gejala sosial.

Difahamkan, ahli Umno sendiri kurang menziarah Tokoh Guru dan isterinya yang juga sedang sakit itu menyebabkan beliau merasa terpinggir dan berkecil hati.

Lagi derhaka, lagi gemilang

Penarik Beca
Selepas membaca posting dua kawan yang saya hormati "Ceramah 'Umno Derhaka Lagi' di Taman Melewar 26 Januari, Prof Dr Aziz Bari sifatkan Noh Omar buta Raja Berperlembagaan" (Tarmizi Mohd Jam 22/1/11) dan "Pindaan Undang2 Tubuh Selangor: Taat Mahathir atau Sultan?" (Abdul Rahman Abdul Talib 22/1/11), dengan tulus ikhlasnya saya mengulangi rasa terima kasih tidak terhingga kepada Tun Dr Mahathir Mohamad kerana tindakan terpujinya menerajui pindaan Perlembagaan 1993 yang mengkudungkan imuniti raja-raja. Sepatutnya beliau buat lebih dari itu.

Dan, dengan tulus ikhlas saya juga mengulangi rasa terima kasih tidak terhingga kepada Al-Marhum Ustaz Yusof Rawa dan Al-Marhum Ustaz Fadzil Mohd Noor kerana ketegasan mereka supaya PAS tidak mengundi menentang pindaan tersebut walaupun tidak menyokong kerana pada masa itu PAS berkawan dengan Semangat 46 yang dipimpin oleh Tengku Razaleigh Hamzah.

Saya tidak lupa antara kata-kata Ustaz Yusof yang diberitahu kepada saya. Dalam salah satu mesyuarat atau perbincangan menjelang pindaan itu, lebih kurang dia kata, seperti yang saya diberitahu: "Hang tau dak Nik Aziz, patik tu makna dia anak anjin!"

Saya selalu menyebut bahawa amat jarang saya menyokong Dr Mahathir kecuali dalam dua tindakannya yang saya sokong sungguh-sungguh:

1. Mengkudungkan imuniti raja-raja
2. Memecat Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2 September 1998.

Menjelang pilihan raya 2008, saya tambah satu lagi tindakan Dr Mahathir yang saya sokong habis-habisan iaitu tindakannya menentang Tun Abdullah Ahmad Badawi yang ketika itu menjadi Perdana Menteri. Selain dari tiga perkara itu, saya tak ingat saya ada menyokong tindakan Dr Mahathir. Nak kata tak dak langsung, takut menipu pulak. Lebih baik kata tak ingat.

Saya juga tak boleh memadam fakta sejarah bahawa saya kutuk sakan Dr Mahathir ketika dia menjadi Perdana Menteri. Selepas dia bersara, saya tidak nampak ada sebarang keperluan untuk mengutuk orang tua itu. Soal perbezaan pendapat, itu perkara biasa. Yang menjadi isu bagi saya ialah apa yang saya lihat dan rasai sebagai salah guna kuasa.

Benarkah sokong raja dapat undi banyak dari orang Melayu? Saya tak ingat banyak contoh. Masih berlegar kepada pindaan Perlembagaan yang mengkudungkan imuniti raja-raja.

Pergi baca wikipedia fasal pilihan raya umum 1995. Antara lain ditulis bahawa:
Dengan kemenangan 162 kerusi daripada 192 kerusi dalam Dewan Rakyat, ini merupakan 84.4% daripada jumlah kerusi, dan merupakan satu kenaikan sebanyak 19.6% berbanding pilihan raya yang terakhir; bilangan undi sebanyak 65.2% merupakan satu kenaikan sebanyak 22.0%. Ini adalah satu perbaikan yang amat besar bagi kerajaan Dr Mahathir.
Kejayaan dari rakyat itu diperolehi oleh Dr Mahathir selepas dijerit-jeritkan kepadanya dengan kata-kata penderhaka raja.

Menjelang pindaan perlembagaan itu juga, antara yang paling kuat menyokong raja ialah orang-orang PAS Kelantan, Pahang dan Terengganu. Pada pilihan raya itu, PAS Kelantan serta Semangat 46 yang menjadi rakan PAS ketika itu mendapat undi yang lebih buruk berbanding pilihan raya 1990. PAS Terengganu terus kempunan hendak memerintah negeri itu. PAS Pahang tak payah cakap la.

Tetapi yang lebih menarik ialah sejarah Tan Sri Annuar Musa. Pada 29 April 1993, Annuar ketika itu sebagai Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan telah menabal Tengku Ibrahim Petra di majlis pemasyhuran Anugerah Kecemerlangan Indera Petra. Annuar dilabel penderhaka kepada Sultan Kelantan pada masa itu.

Selepas dicop penderhaka itulah beliau mencipta salah satu kemenangan gemilang dalam kerjaya politiknya. Dalam pilihan raya 1995, beliau mengalahkan Cik Gu Rafei Mat Salleh dan terpilih sebagai Ahli Parlimen Peringat dengan majoriti 1,935 undi! Di Kelantan, di mana majoriti yang diperolehi biasanya sangat marginal, majoriti sedemikian adalah sangat gemilang. Perlu diingatkan bahawa Rafei pada masa itu ialah calon Semangat 46 yang gila-gila menyokong raja dan histeria sakan menentang usaha murni Dr Mahathir mengkudungkan imuniti raja-raja.

Kepada saya, pengajaran dari sejarah Annuar itu ialah: Lagi kuat dijerit-jerit kepadanya kata-kata derhaka kepada raja, lagi gemilang kemenangan yang diperolehinya dalam pilihan raya yang bertunjangkan undi rakyat.
Raja manakah di Malaysia yang boleh menandingi kuasa "raja" yang melambai ini?

Kerajaan bertanggungjawab cegah gejala sosial

Majdan Dagang
AMPANG, 22 Jan: Kiai Hassan Shazali Ahmad Shuhud, Mursyid Am Perkid merangkap mudir Darul Islah Sabak Bernam menegaskan bahawa kerajaan atau umara bertanggungjawab dalam membanteras gejala sosial yang berleluasa di Malaysia pada hari ini.
Pandangan beliau ini dikemukakan ketika menjadi ahli panel dalam forum perdana “Gejala Sosial Makin Parah, Antara Cabaran Dan Strategi Menanganinya”.

Forum yang berlangsung di Grand Ballroom, De Palma Ampang malam tadi itu turut disertai pendakwah bebas, Ustaz Mohd Farhan Abdullah Al-Hafiz dan Datuk Nahrawi Hashim iaitu bekas Pengarah Jais). Moderator forum ialah Ustaz Masridzi Sat, Presiden Perkid Malaysia.

(Gambar: Masridzi (kiri), Mohd Farhan, Nahrawi dan Hassan Shazali.)

Forum perdana ini turut dihadiri oleh Pengurus Besar Kumpulan Hotel De Palma, Datuk Mohd Ilyas dan Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin.

“Perlaksanaan sistem pendidikan Islam (mata pelajaran Pendidikan Islam) hendaklah diwajibkan sebagai satu cara menangani gejala sosial ini, tetapi apa yang berlaku, mata pelajaran sejarah pula dicadangkan sebagai mata pelajaran wajib,” ujar Mohd Farhan.

Selain itu, beliau menekankan peranan ibu bapa itu sendiri sebagai ketua keluarga di rumah dalam menangani masalah gejala sosial.

Katanya, jika kedua ibu bapa berjaya menunjukkan contoh yang baik dan melatih anak-anak solat dan mengajar tentang Islam, masalah itu dapat dikurangkan malah dihapuskan.

Forum yang berakhir kira-kira jam 11.30 malam itu turut dihadiri anak yatim dan miskin daripada Perkid.

PRIMA: Muhyiddin penipu, pendusta, pengkhianat...

Persekutuan Pertubuhan India Malaysia (PRIMA) melabelkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga menteri pelajaran sebagai seorang penipu, pendusta dan pengkhianat kerana membuat kenyataan bahawa kementerian telah mencapai persetujuan dengan masyarakat India berhubung penggunaan buku teks kontroversial, novel Interlok.

indian ngo pc 221209 federation of malaysian indian ngos (prima) president a rajaretinamSebaliknya, kata ketua penerangan persekutuan itu, AP Raja Retinam, beberapa perwakilan India yang menghadiri mesyuarat pada Selasa lalu secara teranagn menuntut buku itu ditarik balik.

“Muyhiddin adalah penipu, pendusta dan pengkhianat. Semua anggota delegasi MIC membantah kata-kata Muyhiddin dengan sekeras-kerasnya.

“Semua delegasi MIC menuntut supaya buku itu ditarik balik. Sama sekali tidak setuju menerima dengan pemindaan,” katanya dalam satu SMS kepada Malaysiakini, hari ini.

Sebelum ini, PRIMA memberi amaran bahawa mereka akan meletakkan calon pada pilihan raya kecil Tenang jika kerajaan gagal menangani isu tersebut tetapi tidak berbuat demikian hari ini.

Sehubungan itu, Raja Retinam menggesa pengundi India supaya menyokong calon PAS.

muhyiddin pc 200910 02Beliau juga mahu MIC, yang juga menghantar perwakilan pada mesyuarat Selasa lalu mengadakan mesyuarat jawatankuasa pusat berhubung kenyataan Muhyidin dan mengeluarkan kenyatan rasmi parti tersebut.

Muhyiddin semalam dilaporkan berkata mesyuarat Selasa lalu yang dipengerusikan oleh timbalannya, Datuk Puad Zarkashi telah mencapai konsensus dengan beberapa persetujuan bagi mengakhiri perbalahan mengenai Interlok.

Ini termasuk memuatkan nota khaki tambahan, glosari dan garis panduan pengajaran.

Muhyiddin dilaporkan berkata novel berkenaan membincangkan perpaduan dan intergrasi di kalangan penduduk pelbagai kaum dan selaras dengan konsep 1Malaysia.
-malaysiakini-

Isteri derhaka: Hayun kuali hentak kepala suami

AMPANG: Gelaran isteri derhaka layak buat seorang wanita apabila tergamak menghentak kepala suaminya dengan kuali sehingga lelaki berkenaan yang sedang menderita akibat penyakit kencing manis pengsan seketika sewaktu berada di rumah mereka di Pandan Perdana, di sini.

Tindakan tidak berperikemanusiaan itu dibuat selepas wanita terbabit terdesak kerana pada masa sama seorang lelaki lain yang dipercayai teman lelakinya turut berada di dalam rumah dan tidak menyangka suaminya datang ke kediaman itu.

Ini kerana pasangan berkenaan dalam proses bercerai selepas tinggal berasingan sejak dua tahun lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi, Selasa lalu, mangsa yang berusia 45 tahun dan bekerja sebagai pemandu van pulang ke rumah untuk menjenguk anak dan memberi wang belanja kepada mereka.


Namun, sebaik menjejakkan kaki masuk ke dalam rumah, isterinya terus menghentak kuali ke kepalanya sebelum mangsa yang menghidap penyakit kencing manis dan darah tinggi pengsan.

Menurut sumber polis, mangsa bernasib baik kerana anak perempuannya yang berusia 16 tahun terus menghubungi ambulans untuk meminta bantuan selepas melihat bapanya tidak sedarkan diri.

“Mangsa kemudian dihantar ke hospital berhampiran dan dibenarkan pulang selepas mendapatkan rawatan. Dia juga membuat laporan polis berhubung kejadian itu.


“Susulan laporan itu, polis menahan seorang wanita yang juga isteri mangsa berusia 38 tahun sehari selepas kejadian sebelum dibebaskan dengan dijamin ahli keluarganya,” katanya.

Menurutnya, kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Difahamkan, pasangan terbabit sudah 17 tahun mendirikan rumah tangga dan mempunyai tiga anak berusia belasan tahun, namun mempunyai masalah rumah tangga sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Malah, suaminya sudah dua tahun tinggal berasingan dan menumpang di rumah ibu saudaranya di sebuah flat di Kuala Lumpur, namun dia sesekali pulang ke rumah untuk menjenguk anaknya.

Bagaimanapun, perbuatannya itu tidak disukai isterinya yang dikatakan sudah mempunyai kekasih lain dan sebelum ini juga pernah memarahi suaminya yang melawat anak-anak mereka.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan yang dibuat mangsa.
-hmetro-

ADUN Pelabuhan Klang ke mahkamah Isnin ini

Timbalan pegerusi perhubungan Umno selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata ADUN Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah dijangka memfailkan permohonan di mahkamah berhubung keputusan speaker Selangor yang mengisytiharkan kerusinya kosong.

NONE“Badrul akan menfailkan deklarasi (bahawa dia masih ADUN Pelabuhan Klang) di mahkamah.

“Saya difahamkan Isnin ini,” katanya.

Bercakap kepada pemberita selepas penamaan calon di Tenang, pagi ini, Noh berkata Badrul Hisham akan memohon kepada mahkamah bahawa beliau masih ADUN yang sah.

Ini berikutan tindakan speaker Selangor, Datuk Teng Chang Khim yang pada Rabu lalu yang mengisytiharkan kerusi dewan undangan negeri Pelabuhan Klang kosong berikutan kegagalan penyandangnya, Badrul Hisham Abdullah menghadiri sidang dewan undangan negeri Selangor selama lebih setengah tahun.

Katanya, keputusan itu dibuat mengikut Perkara 69 dan 70 perlembagaan negeri dan Badrul Hisham gagal menghadiri sidang dewan antara 8 November dan 13 November tahun lalu dan tidak memohon cuti sehingga 10 Disember lalu.

NONEBeliau bagaimanapun menafikan dakwaan Teng dan berkeras mengatakan beliau hadir pada maajlis perasmian dewan pada 8 November sebelum mengambil cuti untuk rawatan tradisional.

Sebaliknya, Teng berkata Badrul Hisham menipu berhubung kehadirannya pada sidang DUN November lalu.
Tak setuju
"Saya ingin gunakan peluang ini bagi menafikan kenyataan yang dibuat oleh Badrul Hisham yang mendakwa beliau hadir pada majlis perasmian sidang dewan undangan negeri pada 8 November.

"Hanya ada satu majlis pembukaan rasmi. Bagi sesi ketiga sidang dewan undangan negeri ke-12 diadakan pada 12 April dan dirasmikan oleh Sultan Selangor.

azlan“Sidang pada November adalah pembentangan belanjawan tahunan di mana tidak ada pembukaan rasmi diadakan,” kata Teng sambil mengemukakan bukti kehadiran.

Sementara itu, mengulas cadangan usul tergempar pindaan perlembagaan Selangor yang akan dibentangkan oleh kerajaan negeri Pakatan Rakyat, bagi mengembalikan kuasa Sultan pada Isnin ini, Noh berkata pendirian BN menolak perkara itu tidak bermakna mereka menentang sultan.

"Mereka kata sultan bersetuju bersidang dewan, bila kita kata tak setuju, seolah-olah kita tak setuju dengan sultan."

"Tapi ini dua isu, sultan berkenan untuk bersidang dewan, dan bukan perlembagaan."

Katanya, pindaan perlembagaan itu adalah bermotifkan politik.

NONEMenteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebelum ini berkata bahawa persidangan itu adalah untuk meminda Perkara 52 Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959 bagi mengembalikan kuasa Sultan dan Menteri Besar dalam melantik Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri dan Penasihat Undang-undang Negeri.

Ketiga-tiga jawatan itu sebelum ini terletak pada kerajaan negeri, ditarik balik berikutan pindaan Perlembagaan pada 1993 oleh Tun Dr Mahathir Mohammad yang menjadi perdana menteri yang turut menyebabkan undang-undang di Selangor dipinda bagi memusatkan kuasa Kerajaan Persekutuan.
-malaysiakini-

Tolonglah, Jangan Tangguhkan Mereka Yang Nak Masuk ISLAM!

al-bahanj
ISLAM adalah addin yang benar. Dan kebenaran ISLAM bisa sahaja mengetuk pintu hati sesiapa sahaja yang diberi ALLAH akan hidayah & taufiq.

Malangnya, kedengaran kisah kadang2 ada non-muslim yang berminat untuk memeluk ISLAM yang ditangguhkan oleh ustadz/pegawai/wakil Jabatan Agama, malah kita sendiri pun.

Ada sebahagian mereka merespon kepada non-muslim ini, dengan berkata:
“Datang pejabat saya minggu depan…”
“Nanti kita setkan appointment ye…”
“Awak dah fikir betul2 ke…?”
“Baca dan kaji dulu…”
“Dah ‘potong’ …?”
“You pergilah pejabat agama…”
Dan lain2 respon yang merugikan si non-muslim itu. Sedangkan hidayah & taufiq telah mengetuk hati fitrah si non-muslim itu untuk memeluk ISLAM.
Inilah senario yang terdapat di Malaysia dan mungkin di lain2 tempat juga. Amat sedih sekali . Sedangkan peluang sebegini bukan selalu mendatangi kita, iaitu peluang membantu si non-muslim menyatakan kesaksiannya kepada ISLAM: mengucap 2 kalimah syahadah. 
Peluang sehebat ini jarang dilepaskan oleh orang yang tahu akan kebaikannya, seperti video berikut: 
Sepatutnya, apabila ada si non-muslim datang kepada kita menyatakan hasrat ingin memeluk ISLAM, railah dia, bantulah dia serta merta agar terbuka luas & mudah untuknya menikmati ISLAM & IMAN ini. Bantulah dia mengucap 2 kalimah syahadah. Selepas itu, barulah kita bawa dia ke pejabat agama dan mengikuti pelbagai prosedur.
Tolonglah…jangan tangguhkan mereka!
Utk mengikuti kisah2 revert/convert-to-ISLAM, sila lawati:
http://www.wechooseislam.wordpress.com/
waAllahu ta’ala a’lam.

Kedah : Najib pdrm sudah tawarkan

Afrar Yunus
Jika Ahmad Bashah Hanipah dan Mukhriz Mahathir berjaya merampas Kedah dari PAS di dalam pilihanraya akan datang, maka tidak mustahil Najib pdrm [penghisap darah rakyat Malaysia] seperti yang dijanjinya akan mengistiharkan cuti Thaipusam di negeri Kedah.

Najib pdrm berkata demikian ketika sama-sama menghadiri majlis yang diraikan oleh lebih 50,000 penganut agama Hindu di Kuil Sri Subramaniya Swami Devasthanam di Pekan Lama, Jalan Kuala Ketil di Sungai Petani Kedah.

"Kita sudah laksanakan janji ini di Wilayah Persekutuan malah di Pulau Pinang dahulu. Tidak mustahil Kedah juga bakal mendapat cuti umum ini jika BN kembali berkuasa," katanya.

Adakah kerajaan PAS dan Pakaran Rakyat bukan sahaja di Kedah tetapi di seluruh Malaysia sudah memikirkan soal-soal seperti ini untuk pengundinya ?

Dr Mahathir Mohamed membayangkan budaya cantas-mencantas sesama UMNO semakin menjadi-jadi di Kedah dan ini pasti menyukarkan UMNO merampas Kedah.

Apakah kesukaran UMNO ini dapat dieksploitasikan oleh PAS dan PR atau kesukaran yang dibayangkan oleh Dr Mahathir ini bakal merupakan kesukaran berganda bagi parti alternatif itu.

Ramai yang berpendapat tiada apa yang sukar bagi Najib pdrm buat masa ini selagi Rosmah menyuntik semangat dan tenaga luar biasa untuknya

Taktik MCA takutkan Cina, Hadi tak gusar

Di sebalik taktik menakut-nakutkan pengundi Cina di Tenang dengan “agenda penubuhan sebuah negara Islam jika Pakatan Rakyat berkuasa”, presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata mereka mempunyai peluang 50 peratus untuk menawan kubu kuat BN itu.

NONE"Ini isu lama. Masyarakat kita kini lebih memahami... mereka telah lihat keadaan di negeri-negeri yang ditadbir oleh PAS - Kelantan, Perak, Terengganu dan Kedah.

"Peluang kita (Pakatan Rakyat) 50 peratus, begitu juga BN, tidak mudah untuk kita menang tapi ia tidak mustahil.

"Kita letak 50 peratus dulu tapi kempen kita bergerak bermula dari 40 peratus, di Johor kita sudah menang dua kerusi. Jadi peluang (menang) memang ada,” kata Abdul Hadi ketika ditemui di proses penamaan calon DUN Tenang di pejabat Majlis Daerah Labis, hari ini.

Menurut beliau, perubahan besar juga sudah berlaku di Johor dan BN menghadapi masalah malah kedudukan Umno juga tidak kuat.

Ini katanya, berdasarkan kejayaan PAS merampas dua kerusi negeri pada pilihan raya umum yang lalu.

NONESelain itu, Abdul Hadi berkata kejayaan PAS menumbangkan Umno di beberapa kubu kuatnya pada beberapa pilihan raya kecil lalu seperti di Arau (Perlis), Bukit Gantang (Perak) dan di Kuala Terengganu menambahkan lagi keyakinannya.

“Calon PAS Normala Sudirman mempunyai peluang cerah sekiranya maklumat dapat disampaikan dengan tepat kepada pengundi di DUN Tenang,” katanya.
Faktor penentu

Pada pilihan raya kecil ini, Pakatan Rakyat diwakili oleh Ketua Muslimat PAS Labis, Normala Sudirman manakala BN pula menyandarkan harapan ke atas bekas Penolong Pentadbir Tanah Daerah Kecil Rengit, Mohd Azahar Ibrahim, bagi mempertahankan kerusi Umno itu.

NONEMenurut Abdul Hadi, pengundi muda di Tenang merupakan penentu kemenangan Pakatan Rakyat di kawasan itu.

"Pengundi muda yang dapat menatap media baru, mereka boleh mendapatkan maklumat yang tepat.

"Bagi saya pengundi muda adalah undi penentu, di sini BN tiada undi Orang Asli, malah undi warga Felda juga sudah memihak kepada kita.

"BN tiada undi deposit di sini, kita mempunyai peluang kerana meletakkan calon anak tempatan bukan BN yang meletakkan calon yang sudah lama meninggalkan kawasan," kata beliau yang juga ahli parlimen Marang.

NONEDUN Tenang mempunyai 14,735 pemilih berdaftar termasuk 18 pemilih pos.

Daripada jumlah itu, pengundi Melayu terdiri daripada 7,014 orang (47.54 peratus), Cina 5,766 (39.08 peratus), India 1,780 (12.07 peratus), Bumiputera Sabah enam (0.04 peratus), Bumiputera Sarawak lima (0.03 peratus) dan Orang Asli 171 (1.16 peratus).

Mengikut pecahan umur, seramai 3,271 pengundi berusia antara 30 hingga 39 tahun, 3,602 (40-49 tahun), 2,788 (50-59 tahun), 1,897 (60-69 tahun), 1,188 (70-79 tahun), 268 (80-89 tahun) dan lebih 90 tahun pula 70 orang.

Pilihan raya kecil Tenang diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Sulaiman Taha dari Umno-BN pada 17 Disember lalu.
-malaysiakini-

Tenang: Pertandingan satu lawan satu, BN-PAS

Pegawai pengurus pilihan raya, Md Asri Amir mengumumkan pilihan raya kecil Tenang pada Ahad ini akan menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara BN dan PAS.
NONE"Saya juga telah menerima tiga bantahan dan setelah masa bantahan ditutup tiada calon ditolak kertas penamaannya.

"Dengan ini, saya mengumumkan calon yang bertanding adalah Normala Sudirman dan Mohd Azahar Ibrahim," kata Md Asri.
Pengumuman itu disambut dengan sorakan bergemuruh oleh penyokong kedua-dua parti.
Md Asri berkata terdapat tiga bantahan dikemukakan tetapi beliau telah menolak semua bantahan tersebut.
Dalam kertas undi pada 30 Januari ini, nama Normala akan mendahului nama Azahar.
-malaysiakini-

PAS optimis, Felda bukan lagi talian hayat Umno

Nazri Abdullah
LABIS, 22 Jan: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, Felda bukan lagi talian hayat Umno kerana masyarakat di tanah rancangan itu sudah mula berubah.

Sehubungan itu, ketika ditemui sementara menunggu pengumuman calon-calon yang bertanding dalam pilihan raya kecil (PRK) Dun Tenang, beliau optimis PAS mampu memenangi PRK ini berdasarkan kepada beberapa faktor.

Ianya, kata beliau termasuk perubahan pengundi muda terutama generasi kedua Felda di samping warga peneroka yang sudah berubah.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang menambah, selain itu calon PAS yang yang dekat dengan masyarakat dan sokongan rakyat pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2008 yang menyaksikan PAS menang di dua Dun Johor turut menjadi faktor kemenangan berpihak kepada PAS pada PRK Tenang.

“Sekurang-kurangnya PAS akan mengurangkan majoriti BN dalam pilihan raya kecil kali ini,” ujarnya.

Pada PRU 2008, PAS memenangi kerusi Dun Sungai Abong dalam kawasan Parlimen Bakri melalui Dr Sheikh Ibrahim Salleh dan Dun Maharani di Parlimen Muar menerusi Dr Mohammad Taslim.

Sementara itu, Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali berkata, parti itu akan menghantar sekurang-kurangnya 1,000 petugas bagi membantu kempen calon PAS.

Malulah Rosmah buat kerja menteri kabinet

Hafizi Pauzi
PARIT BUNTAR, 22 Jan: Pejabat Wanita Pertama Malaysia (FLOM) di Putrajaya adalah satu pembaharuan yang julung kali ada dalam sejarah pentadbiran negara.
“Perkara ini boleh disifatkan sebagai tindakan tiada adab dan biadab dalam isu pentadbiran negara,” kata Ketua Penerangan PAS Perak, Drs Khalil Idham Lim ketika ditemui di sini.

Khalil memberi respons dengan menjelaskan bahawa pejabat rasmi Rosmah yang kapasitinya adalah sebesar satu bahagian atau divisyen.

Tambahnya, bahagian FLOM adalah rasmi dan ia sebaris dengan divisyen lain termasuklah Pejabat Setiausaha Politik, Pejabat Penasihat Perdana Menteri, Pejabat Ekonomi Perdana Menteri dan Pejabat Pengurusan Sri Perdana.

“Dia isteri PM, jadi dia tidak perlu bekerja untuk sara keluarga, malah PM sudah ada menterinya yang lengkap dengan jabatan bagi mengurus tadbir kerajaan, Rosmah tidak diperlukan, dia tidak lebih dari mendampingi PM dalam majlis rasmi seperti amalan isteri PM sebelum ini. Dan jangan nak jadi menteri dan lakukan sesuatu yang tidak masuk akal,” katanya yang juga Adun Titi Serong.

Beliau turut mempersoalkan tindakan Rosmah menghadiri dan menyampaikan ucaptama bertajuk 'Kompetensi Guru Dalam Membentuk Generasi Akan Datang' pada Persidangan Antarabangsa Pertama anjuran Kementerian Pendidikan Arab Saudi minggu lepas.

“Menteri-menteri yang dilantik dalam kabinet Najib seolah-olah sudah hilang peranan. Siapakah Menteri Pelajaran? Mengapakah semudah itu dan tanpa ada rasa bersalah dia melakukan kerja-kerja menteri berulang kali?” soal beliau.

Beliau juga menyifatkan Malaysia sudah mempunyai kerajaan yang layak diberi jolokan sebagai kerajaan suami isteri.

“Suatu yang amat memalukan jika perkara ini sampai ke pengetahuan rakan-rakan dari negara luar, Malaysia dilihat bercelaru apabila isteri PM melakukan kerja-kerja menteri kabinet," ujarnya.

Justeru, ujarnya ahli-ahli Umno khususnya wajar berfikir kembali mengenai taat setia mereka terhadap BN.

“Sanggupkah anda melihat negara luar terus mentertawakan Malaysia tercinta disebabkan pemimpin BN berkelakuan pelik dan aneh," soalnya.

Beliau berpandangan bahawa kerja Rosmah hanya boleh dihentikan dengan mengalahkan BN dengan memberikan peluang kepada Pakatan Rakyat memulihkan imej negara pada PRU13 nanti.

Katanya lagi, apabila Najib terus berkuasa selagi itu Rosmah akan mengganggu pentadbiran negara.

Langsung Proses Penamaan Calon PRK Tenang - Harakahdaily 11.45

Nazri Abdullah, Hazayani Zakaria   
11.30 am: Calon kini bergerak keluar dari pusat penamaan menuju ke kawasan penyokong berhimpuan di luar dewan.
11.20 am: Setelah tempoh bantahan ditutup, SPR mengumumkan tiada bantahan yang diterima.

SPR mengumumkan pertandingan dua penjuru iaitu Normala Sudirman mewakili PAS dan Mohd Azahar Ibrahim mewakili BN.

10.55 am: Ketua Pembangkang Dun Johor Dr Boo Cheng Hau, dari DAP berkata "Kami tunggu kehadiran Cikgu Mala bersama kami di Dun Johor".

10.40 am:
Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berkata, PKR akan menghantar sekurang-kurangnya 1,000 petugas bantu kempen calon PAS.
10.10 am: Calon PAS Normala sudirman menyerahkan borang pencalonan pada jam 9.10 pagi. Beliau dicadang oleh Mahat Jamin dan disokong Rosiah Ahmad.

Calon BN, Mohd Azahar Ibrahim menyerahkan borg pcalonan jam 9.02 pagi. Beliau dicadang oleh Ma Chong Pah dn didsokong Jayaraman Chinasamie

10.05 am:
Hanya dua borang pencalonan dipamer iaitu masing-masing dari calon PAS dan calon BN.

10.00 am: Pegawai pengurus pilihan raya megumumkan waktu penyerahan borang pencalonan ditutup dan kini dipamer dan dibuka untuk bantahan sehingga jam 11 pagi.

9.50 am:
Presiden PAS ketika ditemui berkata, beliau optimis PAS mampu memenangi PRK Tenang berdasarkan kepada beberapa faktor.

Ianya termasuk perubahan pengundi muda terutama generasi kedua Felda, calon PAS yang yang dekat dengan masyarakat dan sokongan rakyat pada PRU 2008 yang menyaksikan PAS menang di dua Dun Johor.
Adapun Felda katanya, bukan lagi talian hayat Umno kerana masyarakat Felda sudah mula berubah.

Sekurang-kurangnya PAS akan mengurangkan majoriti BN dalam pilihan raya kecil kali ini.

9.12 am:
Petugas mengawal keadaan penyokong PR yang semakin ramai dengan mengarahkan mereka bergerak ke tepi padang.
9.07 am: Calon PAS masuk ke dewan penamaan calon bersama pencadang dan penyokong.

Calon BN sudah masuk ke dewan penamaan jam 9 pagi tadi.

9.05 am: SPR mengumumkan masa menghantar borang penamaan dibuka jam 9 pagi tadi.

9.02 am:
Calon PAS, Normala Sudirman kini masuk ke pusat penamaan, kini sedang berada di khemah calon PAS yg disediakan SPR.

Mengiringi calon ke dewan penamaan calon, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Presiden PKR, MB Selangor, Ketua Muslimat PAS, Datuk Chua Jui Meng dan lain-lain.



8.55 am: Penyokong PR kini mencecah 20 ribu orang berada di hadapan pusat penamaan. Sementara pimpinan PAS sedang berbincang dengan pihak keselamatan.

8.54 am:
Perarakan kini berada tiba di sekatan polis dihadapan pintu masuk pusat penamaan.

8.50 am: Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah, MB Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yang menunggu di tepi jalan kini menyertai perarakan.

Peserta perarakan kini mencecah 15 ribu orang.

8.47 am:
Perarakan kini berada hampir 500 meter dari sekatan polis dihadapan pintu masuk pusat penamaan.

8.45 am: Peserta perarakan kini mencecah 13 ribu orang.

8.40 am:
Antara pimpinan utama yg hadir, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi, Ustaz Nasharudin Mat Isa, Datuk Mahfuz Omar, Salahudin Ayub, Azmin Ali, dan Tan Seng Giaw.

8.30 am: Pimpinan dan calon PAS kini tenggelam dalam lautan penyokong yang berarak. Jumlah penyokong kini mencecah 8000 orang.

8.28 am:
Penyokong semakin ramai apabila mula bercantum dengan kumpulan kecil di sepanjang jalan.

8.23 am:
Perarakan dimulakan. Lebih 5000 mengikuti perarakan, ribuan lagi sedang menunggu di sepanjang jalan ke pusat penamaan.

8.20 am:
Pihak polis menutup jalan 2 km dari kedua-dua arah menuju ke pusat penamaan sejak malam tadi.

8.15 am:
Jarak ke pusat penamaan calon kira-kira 2 km. Masih menunggu beberapa kepimpinan utama sampai ke tempat himpunan.

8.06 am:
Perarakan akan bermula bila-bila masa bermula di hadapan bilik gerakan utama PAS, bersebelahan dataran wayang pacak, Labis.

8.02 am:
Penyokong dan Pimpinan PAS siap sedia berarak ke pusat penamaan calon di Dewan Majlis Daerah Labis.

Barisan kepimpinan utama PAS dan PR baru sahaja selesai solat hajat.