Datuk Ngah Gadot: Ulamak atau ular dalam semak?

umnopenyangak

Assalamualaikum,,..


Utusan online melapurkan Datuk Ngah Gadot, penasihat agama Islam negeri Johor sebagai berkata umat Islam yang menyokong LGBT sebagai murtad. Berita penuh boleh dibaca  di sini.

Antara yang menarik ialah kata kata Ngah Gadot ‘‘Sesiapa juga yang menghalalkan hukum ini sama ada melalui al-Quran dan hadis juga ijma’ ulama perlu bertaubat nasuha dan kembali mengucap dua kalimah syahadah,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. Siapalah agaknya di kalangan orang Islam yang menghalalkan LGBT ini melalui alquran dan hadis juga ijma'ulamak? Orang gila atau orang mabuk agaknya.

Secara umumnya hanya MARINA MAHATHIR dan gengnya yang menyokong tetapi bukan dengan alquran dan hadis atau ijma' ulamak, cuma dengan justifikasi akalnya yang jauh dari ajaran Islam. Atau barangkali Ngah Gadot yang mabuk?

Isu penting di dalam kes LGBT tidak dihuraikan secara adil dan terperinci oleh seorang yang menerima gaji sebagai penasihat agama Islam. Di sini diperturunkan dua isu yang perlu dikupas seiring dengan isu LGBT itu.

Pertamanya, hukum Islam melarang LGBT, tepat sekali dan tidak perlu dibahaskan tentang itu. Ianya sudah menjadi perkara yang qatie yang mesti dipatuhi oleh semua umat Islam (walaupun Marina Mahathir dan geng yang mengaku Islam tetapi tetap menolak hukum). Tetapi bukan LGBT sahaja merupakan hukum yang qatie, masih ada hukum yang lebih besar yang juga qatie yang juga perlu patuhi oleh umat Islam ia itu hukum hudud. Malah LGBT dilingkari oleh keperluan melaksanakan hukum hudud. Umum faham dan Datuk Ngah Gadot sepatutnya faham bahawa pihak yang bertanggungjawab memastikan terlaksananya hukum hudud ialah kerajaan dan kerajaan di negara kita dikuasai oleh umat Islam maka tidak timbul kesukaran untuk melaksanakan hukum hudud kalau kerajaan mahu.

Persoalannya, apakah kerajaan yang ada di negara kita mahu melaksanakan hukum hudud? Semua orang tahu termasuk Ngah Gadot tentang pendirian kerajaan yang secara terang dan jelas menolak hudud malah memberi alasan antaranya negara akan mundur kalau hudud dilaksanakan. Oleh itu Ngah Gadot perlu juga menyentuh isu ini ketika dia mengeluarkan "fatwa" bahawa umat Islam yang menyokong LGBT sudah jatuh murtad, dalam erti kata perlu juga mengeluarkan "Fatwa" terhadap kerajaan yang diuruskan oleh umat Islam yang menolak hukum hudud.

Isu kedua ialah tuntutan LGBT ialah tuntutan universal yang melibatkan orang orang bukan Islam dan orang Islam yang diketuai oleh Marina Mahathir. Oleh itu ianya perlu ditangani berdasarkan polanya, yakni berbeza antara orang Islam dan orang bukan Islam, bukan ditangani secara pukal dan membabi buta mengeluarkan "fatwa". Apatah lagi fatwa itu dikaitkan pula dengan majlis peguam yang jelas dikuasai oleh orang bukan Islam, Sebagai penasihat agama Islam, Ngah Gadot bertanggungjawab mengupas isu ini secara adil dan mengikut panduan Al Quran dan Sunnah. Namun malang sekali bagi kita yang memilik orang yang berilmu dalam Islam kerana fatwa yang dikeluarkan itu ialah fatwa secara pukal yang tidak mengasingkan orang Islam dan orang bukan Islam sedangkan saban hari kita membaca surah alkafirun yang di dalam pengertiannya jelas menyatakan perbezaan amalan antara orang Islam dan orang bukan Islam. Ke mana pergi tarbiyah dari surah alkafirun ini wahai Ngah Gadot.

Teringat satu kuliah ust Azhar Idrus yang menghuraikan perbezaan antara anjing yang mulia dengan anjing yang hina. Kata Ustaz Azhar Anjing yang mulia ialah anjing kaki empat ia itu anjing pemuda alkahfi yang menjaga tuannya ketika tidur dalam gua dan anjing ini dijamin tempatnya di syurga ALLAH. Sementara anjing yang hina ialah anjing kaki dua, ia itu ulamak yang menjual akhiratnya untuk habuan dunia yang sementara (rujuk kepada ayat alquran yang berkaitan kalau nak tahu lebih lanjut). Bahasa hari ini ialah ular dalam semak untuk ulamak yang menjual akhirat. Datuk Ngah Gadot tergolong dalam golongan mana:Ulamak atau ular dalam semak?

1 ulasan:

  1. bro... betul ke nama dia NGAH GADOT? tak silap aku nama dia NOH GADOT... dan satu lagi aku nak tanya LGBT tu apakebendanya? lain kali kau tulis la dalam kurungan maksud benda tu sekali jer... lepas tu baru boleh guna nama pendek tu seterusnya...

    BalasPadam