Dua tindakan samseng dalam masa dua hari, apa tindakan polis?

umnopenyangak

Assalamualaikum,,.. Dua kekecohan ala samseng Hong Kong berlaku di Lembah Klang.Pertama samseng yang mengamuk di luar di Masjid Nurul Hidayah Kg Pandan selepas solat jumaat dan sehari kemudian, samseng Jalan Kebun pula beraksi.Kejadian di Jalan Kebun ada dilapurkan di akhbar sebagai tindakan 1,000 penduduk Jalan Kebun yang mengepung ceramah Hindraf kerana tidak senang dengan ceramah itu.Polis juga dikatakan ada mengeluarkan kenyataan yang hampir sama ia itu menunjukkan kejadian samseng itu hanyalah tindakan tidak puas hati penduduk dengan ceramah yang diadakan.Namun dengan kegigihan pendokong PR, kejadian sebenarnya berjaya rakamkan untuk dibuktikan.


Kejadian di Jalan Kebun sudah dilapurkan kepada polis walaupun kurang pasti tentang kejadian di luar Masjid itu, dengan bukti bukti dari video dan gambar yang diambil ketika kejadian, tidak ada sebab kenapa samseng samseng ini terlepas dari dakwaan dan hukuman.

Secara jelas, kedua kedua kejadian menunjukkan percubaan untuk menghidupkan budaya samseng dalam negara oleh pihak pihak tertentu yang seharusnya dibendung segera.Polis yang bertugas menjaga keamanan perlu mengambil tindakan segera seperti tindakan polis terhadap pendemo bersih tempoh hari.

Kerjasama rakyat dalam membekalkan bukti yang diperlukan sudah diberi, jadi apa polis tunggu lagi?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan