Nasihat Azwan Ali Untuk UMMI HAFILDA Dan BARISAN NASIONAL

Blog Pulakdah

KUALA LUMPUR: Ummi Hafilda Ali, saksi utama kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998 berjanji akan mendedahkan rahsia dahsyat kepimpinan atasan Parti Keadilan Rakyat (PKR) atau trio 'bateri 3A' sekiranya mereka tidak bertaubat sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) nanti.

Ummi memberi amaran itu kerana beliau tidak sanggup melihat trio berkenaan iaitu Anwar, isterinya yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan abangnya sendiri, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali terus mengelirukan rakyat dengan dakyah demi kepentingan politik mereka.
"Hari ini mereka panggil polis anjing tetapi semasa Anwar berkuasa pada 1997, dia guna 50 orang polis untuk menangkap saya, jadi orang muda terutama mahasiswa perlu tahu siapa yang buat salah laku dan salah guna kuasa.

"Wan Azizah mempunyai pengaruh untuk menasihatkan suami kembali ke pangkal jalan, jangan sampai saya serta 'geng' iaitu (Datuk) Nallakaruppan, (Datuk) Zulkifli Noordin dan Rahimi Osman dedahkan perkara sampai nanti mereka (3A) tidak boleh angkat kepala. Kami merayu mereka kembali ke pangkal jalan," katanya. - Utusan

Kesan daripada ugutan Ummi Hafilda yang tidak habis-habis dengan 'pendedahan' demi pendedahan. Hari Jumaat yang mulia ini, Azwan Ali telah menjawab pertuduhan Ummi Hafilda itu dengan nasihat-nasihat khas kepada Betina Neraka (BN) yang dipercayai ditujukan kepada Ummi Hafilda supaya menghentikan kerja-kerja mengaibkan orang dan juga kepada orang ramai supaya tidak mempercayainya.

Azwan Ali juga turut menasihatkan Barisan Nasional agar tidak bekerjasama dengan Betina Puaka semata-mata untuk memenangi PRU-13 dalam kerja-kerja mengaibkan orang.

Hahaha...Azwan Ali. Bravo bro. Salam Jumaat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan