Rosmah Dan Lembu Adalah Dua Maskot Politik

Mohd Sayuti Omar

Orang Umno yang besar-besar nampaknya semua ada penyakit atau liabiliti tersendiri. Liabiliti ini tentu akan dijadikan isu pada pilihan raya akan datang. Walaupun liabiliti atau isu peribadi ini tidak manis dan tidak profesional dijadikan modal untuk menyerang di antara satu sama lain, tetapi nama lagi politik ia tidak akan mengenal siapa mangsanya dan pemainnya akan menggunakan apa jua senjata termasuk bola api.


Dalam politik kawan menjadi lawan, lawan menjadi kawan, putaran itu berterusan sepanjang masa akan berterusan zaman berzaman selagi ada politik. Sebab itu ada orang mengatakan politik itu kotor yang dikotorkan oleh pamancunya.

Begitu juga di pihak Pakatan Rakyat, tokoh-tokoh mereka selain dari Anwar Ibrahim ada isu atau penyakitnya. Masing-masing ada liabiliti atau pun tanggungjawab yang boleh membawa kerugian.

Buat permulaan biarlah saya menyenaraikan isu-isu atau penyakit yang dihidapi oleh ahli politik di sebelah Umno dulu. Saya mulakan dengan orang nombor satu Umno Ha Najib Razak. Apakah penyakit Najib Razak? Dia bukan seorang penghidap barah tulang atau barah darah yang kronik (leukemia) seperti arwah bapaknya.

Tetapi penyakit atau pun isu yang membelenggu Najib ialah isterinya, Rosmah Mansor. Peranan, pengaruh dan juga gila glamour Rosmah akan menadi liabiti kepada Najib. Pergilah ke mana-mana dan tanya siapa orang akan mengatakan Najib bagus, tetapi isteri yang buruk. Wanita yang berparut di dahi itulah pembawa masalah dan sialnya.

Bekas seorang pemimpin tertinggi negara jiran pernah menyebut tentang Najib. Katanya kalau Najib hendak jadi PM dia harus menceraikan Rosmah Mansur. Nauzubalihiminazalik. Tidaklah kita memaksa Najib sampai ke situ tetapi cemuhan orang kepada Rosmah yang merosakan reputasi Najib sampai ke tahap itu. Ertinya Rosmah dengan gelagat, fiil dan perangainya menjadi masalah kepada Najib.

Kesimpulannya Najib tidak rosak dengan harta, dengan lembu tetapi rosak oleh isterinya sendiri yang gila glamour dan bertindak lebih sudu dari kuah. Saya yakin dalam pilihan raya nanti Rosmah akan menjadi isu untuk memburukkan Najib bin Razak. Poster Rosmah bersama cincin, selonggok kasut, beg tangan berjenama atau gaya dia sedang 'berkhasidah' di depan karaoke akan dipamirkan seluas-luasnya.

Seperti saya kata tadi kandati isu atau liabiliti bersifat peribadi itu tidak manis, tetapi nama lagi politik ia tetap akan dimain dan akan dipusing bagaikana piring hitam lama. Makanya Rosmah akan menjadi 'algojo' kepada politik Najib dalam pilihan raya kelak. Rosmah adalah maskot politik Najib.

Orang kedua yang akan berbelit dengan isu peribadi ialah Sharizat Jalil. Isu yang akan ditaburkan kepada Sharizat ialah isu projek lembu gemuk (NFC) yang diuruskan oleh suaminya, Mohamad Salleh. Walaupun Sharizat tidak terlibat tetapi kerana Mohamad Salleh suaminya, dan para pengarah di syarikat NFC itu anak-anaknya yang bergaji sampai RM40,000 sebulan, Sharizat tidak dapat lari dari isu lembuk gemuk itu.

Sudah lumrah dalam politik orang akan selak bukan saja setakat lengan tetapi sampai ke paha sekali. Sebab itu kalau kita ada kudis, panau, kurau dan jerawat... jangan sesekali cuba hendak masuk politik. Apa lagi kalau kita mempunyai rekod buruk, main dengan isteri orang, ambil isteri orang, bawa lari anak muda dan sebagainya, ia akan mengancam kita. Satu hari kisah-kisah lama yang sudah berlapuk dalam surat itu akan diungkit balik.

Tentang isu yang membelenggu Sharizat, bersumpah laknatlah Sharizat di 100 masjid di seluruh negara hatta termasuk masjidi Haram di Makkah dan masjid Al Aqsa di Palestin, orang tidak percaya. Selagi tudung kepala Sharizat tidak menutup rambutnya ussahlah bersumpah dan mengatakan tidak. Bau hamis tahi lembu dan lendir air liurnya tetap 'terselet' kepadanya.

Sharizat kena tanggung dan pukul liabiliti itu. Kalau takdir dia bertanding lagi dalam pilihan raya ke-13 nanti pasti banting kempen di pihak Pakatan Rakyat akan penuh dengan foto-foto lembu, gambar banglo di Bangsar dan juga di Singapura. Justeru maskot politik bagi Ketua Wanita Umno itu selama dia berkecimpungan dalam politik ialah LEMBU.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan