Tarikh Pilihanraya Umum Bukan Lagi Rahsia

Ahmad Zawawi
http://3.bp.blogspot.com/-iMAa-AuWABc/TyYtAxw7QPI/AAAAAAAAK6w/EVdA9v4krXg/s1600/Pilihanraya%2BUmum%2Bke%2B13.jpg
Penggal Parlimen ke Dua Belas akan tamat pada April 2013. Pilihanraya Umum berikutnya boleh diadakan selepas ia berusia tiga tahun ataupun sampai cukup tempoh lima tahun untuk bubar Parlimen. Dalam perkiraan politik jika Parti yang memerintah menunggu sehingga cukup tempoh baru hendak dibubar Parlimen itu bermakna ia didalam keadaan cukup lemah untuk berdepan semula dengan rakyat.


Walau bagaimanapun suasana semasa belum memberi izin untuk diadakan pada waktu terdekat. Bantuan RM500 kepada rakyat yang layak yang sepatutnya telah selesai pada pertengahan Februari, 2012 masih belum beres dan ini tidak termasuk Rayuan dari pihak-pihak yang permohonan ditolak.

Petunjuk yang jelas juga perlu dinilai daripada Debat antara Setia Usaha Agong (DAP) dengan Presiden (MCA) yang bakal dizahirkan oleh pihak mereka pada hujung bulan ini. Jika reaksi daripada rakyat menyatakan bersetuju kepada sistem ” Dua- Parti “ diujudkan diMalaysia, persediaan menghadapi PRU ke 13 tentunya lebih sophisticated. Setidak-tidaknya janji-janji nak bagi bulan dan nak bagi bintang perlu dikeluarkan daripada Agenda Kempen nanti. Masa untuk melakukan persediaan kepada trend baru ini sekurang-kurangnya tiga bulan. Ini bererti ia akan dapat dibereskan pada pertengahan Mei.

Bagaimana pula dengan demand Bersih 2.0 tentang penambahbaikan sistem mengundi. Apakah Jawatankuasa yang dibentuk berjaya dalam misinya pada pertengahan Mei juga? Jika pun benar begitu keputusan untuk menerima cadangan-cadangan Jawatankuasa tersebut perlu juga diperhalusi dahulu sebelum boleh dijadikan peraturan. Proses tersebut pula perlu tempoh tiga bulan lagi.

Bagaimana pula dengan Isu besar NFC RM250 Juta? Jika benarlah cara memulangkan balik wang Peruntukan tersebut tidak menjadi satu kesalahan, sudah tentu pihak yang berkenaan memerlukan satu tempoh yang bersesuaian untuk melangsaikannya. Dan proses ini mungkin boleh selesai sebelum akhir tahun. Tambahan lagi jika ada ramalan banjir pada Nobember dan Disember nampaknya PRU ke 13 akan hanya diadakan setelah Penggalnya betul-betul matang. Dengan yang demikian tarikh Pilihanraya Umum ke 13 bukan rahsia lagi. Nampak gayanya Siti Nurhaliza sahajalah yang boleh berkata “ Biarlah Rahsia”.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan