Umno hipokrit: Israel keluar masuk macam rumah sendiri

PETALING JAYA: Ketika kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) masih membisu, terkedu dan terkial-kial mencari jawapan mengenai penghantaran sawit bagi membantu ekonomi Israel, kini terbongkar satu lagi data di laman web http://www.linescape.com/.

“Satu carian di laman web tersebut telah menemukan dengan jadual sebuah syarikat perkapalan yang membuat penghantaran terus dari Israel ke Malaysia,” kata Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin @ CheguBard ketika menulis dalam blognya hari ini.

Menurutnya, penghantaran melalui sebuah syarikat perkapalan ZIM (yang punya kepentingan Israel) dibuat terus dari Haifa (Israel) terus ke Perlabuhan Klang di Selangor.

Beliau menegaskan, “kita mendedahkan risiko nyawa rakyat Malaysia dengan menghantar kapal untuk ditahan tentera Israel tetapi pada masa sama kita membenarkan kapal dagang berkepentingan Israel terus berdagang dan membuat hantaran terus dari Israel ke Malaysia.

Minggu lalu, mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad kononnya mendakwa bahawa data permedagangan Israel-Malaysia dibekalkan oleh Israel merupakan satu tuduhan terdesak.

“Lihat sahaja data kemasukan perdagangan Israel melalui kapal ZIM ini hanya memerlukan carian di ruang awam maka terdedahlah hipokrasi regim Umno,” kata CheguBard dalam blognya http://chegubard.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan